Parenting: Teach your kids about safety

Thursday, March 10, 2011

TAN SRI LEE LAM THYE, Kuala Lumpur
letters@nst.com

I REFER to the letter “Introduce safety education in school” (NST, March 8) which merits serious attention.

I have on several occasions emphasised that like fostering unity, safety education should begin in schools if we are to see the emergence of an anti-crime culture among young Malaysians.

Crime and violence among the young are quite rampant today and there are students who behave like gangsters in schools. Over the years there have also been several cases of missing schoolchildren. All this goes to show that we must never take the safety of young people for granted.
In the wake of heinous crimes against children such as kidnapping, assault, abuse, sodomy, rape and even murder, we need to do more to protect children from harm. Protecting children from violence is an integral component of protecting their right to survive, grow and develop.

Protecting children from despicable criminal acts is the responsibility of all. It is not just the duty of the authorities concerned but society as a whole.
Protection of children must start from the the home. Parents must not neglect their responsibility and should teach their children how to respond to potentially dangerous situations.

Parents and guardians of children must always be vigilant and alert to ensure the safety of their children.

They need to advise their children to be wary of strangers, educate them on safety and what to do when untoward incidents occur.
Their children’s whereabouts must be monitored and they must not be allowed to move around unsupervised.

Children must be taught to be suspicious of strangers all the time and not be lured by people unknown to them.

Schools can play an important role in this regard. I strongly advocate that child safety education be introduced in our schools.

Innocent schoolchildren can prove to be most vulnerable, in the absence of safety education, to criminals.

The police and other relevant authorities can also implement various measures to ensure better protection of children and the public.

The Malaysian Crime Prevention Foundation has worked with the Education Ministry to set up Crime Prevention Clubs in both primary and secondary schools.

To date 5,587 clubs have been set up with 3,576 in primary schools and 2,011 in secondary schools.

These clubs only serve to create awareness about crime prevention among schoolchildren. Of paramount importance is to introduce safety education in schools.

Safety education is not confined to crime but includes teaching schoolchildren the importance of creating a safe school environment.
Read more: Parenting: Teach your kids about safety http://www.nst.com.my/nst/articles/21palent/Article/#ixzz1GFYwncGN

26 in Ipoh school hit by flu virus

Thursday, March 10, 2011

By Fadhal A. Ghani, Ling Poh Lean and S. Ista Kyra
news@nst.com.my

Health Ministry officers carrying out health checks on cadets at the Police Training Centre in Kuala Lumpur yesterday.

Health Ministry officers carrying out health checks on cadets at the Police Training Centre in Kuala Lumpur yesterday.

KUALA LUMPUR: As the medical authorities laboured to disinfect and contain the spread of the influenza-like illness (ILI) at the Police Training Centre (Pulapol) here yesterday, an outbreak was reported in a school in Ipoh.

Twenty-six SMK Anderson students, aged between 13 and 17, who are boarders at the school hostel were placed in quarantine and treated for ILI.

The ILI outbreak in Pulapol has claimed one life — a 25-year-old police constable trainee Mohd Azizan Azirid of Kuala Kangsar, Perak. He died in the intensive care unit of Kuala Lumpur Hospital on Tuesday.
Azizan was among 39 trainees who came down with ILI and are now under observation by a medical team. One trainee remains warded.

On Wednesday, Pulapol was closed to outsiders and all activities were suspended.

Those who come down ILI may die of community-acquired pneunomia with multi-organ failure caused by adenovirus infection.
Pulapol Commandant Zulkifli Mohamed said 412 cadets and four personnel had been isolated for treatment and observation, up from 226 cadets on Wednesday.

Zulkifli said cadets suspected of being infected by the virus were isolated in a barrack.

“The staff are confined to their quarters in Pulapol,” he added.
Zulkifli said trainees who were not infected were told to keep their barracks and Pulapol clean.

The Health Ministry has stationed 32 officers and eight doctors in Pulapol to monitor the situation.

In Bentong, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Teong Lai as saying the health authorities had yet to identify the cause of the Adenovirus infections and how it spread in Pulapol.

Speaking after launching a 1Malaysia Caring Connection for inmates in Bentong Prison, Liow urged all police stations, prisons, armed forces bases and National Service training camps to step up cleanliness.

In Ipoh, Perak Health Committee chairman Datuk Dr Mah Hang Soon said the outbreak at SMK Anderson was detected after several students sought treatment at a private clinic for flu-like symptoms on March 3.

“All of them are in a stable condition and are responding well to treatment. The state Health Department will be sending a team of doctors to check on their condition daily.”

Dr Mah said it was not necessary to “seal” the school or the dormitory housing 179 students.

“At the moment, only those living in the dormitory have showed ILI symptoms and other students and teachers in the school are unaffected.”

He said 108 positive cases of Influenza A (H1N1) were reported in the state this year, compared with 367 cases and two deaths last year.

He urged the public not to be alarmed and to seek immediate treatment when down with flu, fever or sore throat.

IPT hab inovasi, penyelidikan negara

Jumaat , 11 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPThabinovasi_penyelidikannegara/Article

Oleh Saudi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my

Kementerian mahu bangun, wujud persekitaran pengajian tinggi pusat ilmu unggul, insan kompeten

MEMPERTEGUHKAN penyelidikan dan inovasi adalah satu daripada tujuh teras utama yang digariskan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi menjelang 2020. Pada masa sama, KPT juga mahu membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi tempatan yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Pada hakikatnya, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah banyak kali menyentuh aspek mengupayakan penyelidikan dan inovasi. Pada beliau, pencapaian sesebuah negara hari ini sebahagian besarnya bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dalam membangunkan sumber manusianya dengan nilai tambah dalam bidang inovasi dan kreativiti.

Apabila Malaysia membuat keputusan untuk menganjak dan mentransformasikan pembangunan ekonomi negara bertunjangkan inovasi dan kreativiti, KPT akan memastikan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara berupaya menjadi pemain utama dan menjadi hab kepada inovasi di negara.

Selain keperluan untuk mempunyai ekosistem inovasi dan budaya yang tepat terhadap inovasi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D), KPT akan membangunkan keupayaan dalam melaksanakannya melalui kaedah ‘selectivity and concentration’.

Dengan penambahan dana untuk Fundamental Research Grant Schemes (FRGS) sebanyak RM741 juta untuk dua tahun pertama pelaksanaannya, kementerian perlu strategik dalam pengagihan dana terbabit.

Ini penting supaya pelaksanaan R&D mencapai tahap yang berkualiti dan memberi impak yang besar kepada negara terutama kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk itu beberapa inisiatif baru akan diperkenalkan dengan harapan dapat menyumbang kepada merealisasikan peranan pengajian tinggi dalam inovasi negara.
Ini termasuk meningkatkan output penyelidik dalam negara kerana pada tahun lalu, IPT hanya mempunyai 21,000 penyelidik berbanding sasaran kerajaan 200,000 penyelidik pada 2020. Untuk itu, kerajaan sudah memperluaskan sasaran Program MyBrain15 melalui program MyMaster, MyPhD dan PhD industri yang akan meningkatkan jumlah pemegang PhD dalam negara ini.

Ini diikuti pemindahan Jaringan Penyelidikan Pendidikan Malaysia atau Malaysian Research and Education Network (MYREN) kepada KPT sejak 1 Januari 2011. Rangkaian berprestasi tinggi ini akan memberikan KPT satu infrastruktur rangkaian termaju khusus yang berpotensi untuk kolaborasi global termaju dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Pada masa sekarang rangkaian ini diperluaskan untuk merangkumi semua 20 IPTA, 20 politeknik, 20 kolej komuniti, lima IPTS, dan dua institut penyelidikan. Rangkaian ini akan berhubung terus dengan komuniti penyelidik dan pendidik yang berada di Asia Pasifik, Australasia, Eropah dan Amerika Utara melalui Trans Eurasian Information Network 3 (TEIN 3).

Dengan itu, kesemua penyelidik dan pendidik yang dihubungkan dengan MYREN akan berupaya untuk berkomunikasi dan menjalin kolaborasi dalam ruang kerja maya dengan rakan kerja dalam dan luar negara dengan lebih berkesan dan pantas.

Selain itu, nafas baru diberikan kepada aktiviti pengkomersialan hasil R&D daripada IPT. Usaha gigih dan berterusan dengan kerjasama agensi dalam dan luar negara akan terus dipergiatkan lagi untuk membawa produk dan harta intelek (IP) hasil R&D IPT ke pasaran dunia dan global, termasuk kolaborasi dengan Unit Inovasi Khas (UNIK) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi lain.

Inisiatif berikutnya ialah menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia (PSM) yang akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun ini untuk mengindekskan semua hasil penerbitan dalam negara sama ada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Mandarin dan Tamil.

“KPT peka dengan nilai dan bilangan sitasi yang dirujuk yang menjadi asas kepada ranking dunia dan pengiktirafan profesor tersohor.

“Saya berharap PSM akan mampu melonjakkan lagi bilangan sitasi penyelidik Malaysia melalui kerjasama dengan ISI-Thomson Web of Science, SCOPUS dan Islamic Science Citation Centre (ISC),” kata Mohamed Khaled.

Tidak ketinggalan, mewujudkan beberapa konsep geran penyelidikan yang baru. Ini termasuklah Long Term Research Grant Scheme (LRGS), Exploratory RGS (ERGS), dan Prototype Research Grant Scheme (PRGS) sebagai tambahan kepada Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang sedia ada.

PRGS adalah inisiatif baru KPT untuk menggalakkan lebih ramai penyelidik IPT untuk meneroka bidang baru setelah sekian lama terbabit dalam bidang R&D semata-mata. Program ini mestilah dilaksanakan dengan tersusun kerana di sinilah bermulanya inisiatif KPT untuk memastikan pengajian tinggi menyokong hasrat kerajaan dan negara dalam menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Inisiatif bagi memantapkan keupayaan Penyelidikan IPTA-IPTS. KPT akan turut memberi keutamaan dalam pengagihan geran FRGS kepada projek yang membabitkan kolaborasi kedua pihak ini.

“Saya berharap ini akan memantapkan lagi kebolehan penyelidikan IPTS. Dengan ini sumbangan IPT negara kita terhadap penghasilan inovasi dan produk yang boleh dikomersialkan oleh IPT kita akan bertambah, program MyBrain15 dapat dijayakan dan seterusnya menyumbang kepada hasrat Model Baru Ekonomi (MBE) yang ingin mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya

Perbanyakkan sumber ilmiah bahasa Melayu

Jumaat , 11 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PerbanyakkansumberilmiahbahasaMelayu/Article

TIDAK ada mana-mana pihak yang boleh menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Sesiapa yang ingin mendalami bidang bahasa dan linguistik Melayu sekalipun perlu merujuk buku dalam bahasa Inggeris.

Ini kerana teori linguistik moden merangkumi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik, leksikografi, wacana, sosiolinguistik, psikolinguistik dan banyak lagi dimulakan oleh sarjana Barat.

Nama seperti de Saussure, Bloomfield, Chomsky, Halliday dan Firth, merekalah yang menjadi sumber rujukan pelajar bahasa dan linguistik Melayu, selain sarjana tempatan seperti Nik Safiah Karim dan Asmah Omar.

Konsep linguistik yang diperkenalkan dari dunia Barat, antaranya konsep langue dan parole, signifier dan signified, deep structure dan surface structure (berkenaan pembinaan ayat) dan lain-lain diterapkan ke dalam pengkajian bahasa Melayu kita.

Pelajar bahasa dan linguistik Melayu bukan sekadar menyelak Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka saja, seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Hampir semua bidang akademik pada zaman ini bergantung kepada sumber dalam bahasa Inggeris.

Namun, fikirkanlah sejenak persoalan ini. Sampai bilakah kita perlu mendendangkan lagu dengan kata-kata ‘sumber ilmu yang terkini adalah dalam bahasa Inggeris’, maka bahasa Melayu bukan bahasa ilmu”?

Saya ingin bertanya, di manakah letaknya tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi untuk menghasilkan penulisan ilmu dalam bahasa Melayu sebanyak mungkin, agar bahasa kita ini mampu berdiri sama tinggi dengan bahasa lain di dunia?
Bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengungkapkan apa-apa konsep pun. Bahasa Melayu sudah cukup kuat, tetapi bangsa Melayu sendiri yang sengaja tidak mahu memberikan peluang kepada bahasa Melayu untuk menunjukkan kekuatannya. Dewan Bahasa dan Pustaka sudah menggubal lebih daripada 800,000 istilah dalam pelbagai bidang termasuk bidang sains dan teknologi.

Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan Negara, dan pihak institusi pengajian tinggi sendiri semuanya mesti berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa penghasil ilmu dan bahasa penyampai ilmu. Kuasai ilmu dan hasilkan penulisan atau penyebaran ilmu itu dalam bahasa Melayu.

Usaha ini bukanlah mudah dan memang memakan masa, tetapi jika kita tidak memulakannya sekarang, maka bilakah lagi usaha ini akan dijalankan? Saya sedar, kita masih menggunakan teknologi dari luar. Kita bertaraf ‘negara pengguna’.

Kita tidak menghasilkan teknologi sendiri. Akan tetapi, adakah dalam tempoh 100 tahun akan datang pun, maka kita masih mahu menggunakan alasan yang sama, iaitu ‘sumber ilmu terkini bukan dalam bahasa Melayu’, maka kita masih perlu utamakan bahasa Inggeris dalam dunia akademik?

Usaha memartabatkan bangsa dan bahasa perlu berjalan seiring, bukannya diasingkan. Bahasa ialah ‘senjata’ untuk memajukan bangsa dan ‘senjata’ kita iaitu bahasa Melayu sudah cukup mantap.

AMIR ARIF ABDUL LATIP,
Gombak, Selangor

Yayasan kendali program PERMATA

Jumaat , 11 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YayasankendaliprogramPERMATA/Article

Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Yayasan PERMATA dengan modal permulaan RM4.4 juta dilancarkan semalam, sekali gus mengorak langkah setapak lagi dalam usaha ke arah peningkatan program pembangunan dan pendidikan kanak-kanak di negara ini.

Antara badan korporat prihatin yang tampil menyampaikan sumbangan adalah Yayasan AlBukhary, Khazanah Nasional, Perbadanan Nasional Berhad, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Berjaya Corporation Berhad.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung PERMATA, berkata penubuhan yayasan itu membolehkan semua program PERMATA sejak 2007 dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan.

“Falsafah ‘Setiap Anak Adalah PERMATA’ akan digunakan dalam merangka tumpuan terhadap pembangunan dan pendidikan kanak-kanak terutama dalam bentuk biasiswa kepada pelajar PERMATApintar yang terpilih.

“Setakat ini, program pembangunan pendidikan yang sudah dilaksanakan adalah PERMATA Negara untuk kanak-kanak kurang empat tahun yang kemudian diperluas kepada program kepemimpinan dan pengurusan bakat kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat melalui PERMATApintar, PERMATA Seni dan PERMATA Insan,” katanya pada Majlis Pelancaran Yayasan PERMATA di Kompleks PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Program Pendidikan PERMATApintar untuk pelajar cerdas Tingkatan 4 dan 5 sudah beroperasi dengan pengambilan seramai 116 pelajar kumpulan pertama Tingkatan 4 pada 17 Januari lalu.

Pada majlis berkenaan, Rosmah turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UKM yang diwakili Naib Canselor UKM, Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dengan Sentientwave Technology Sdn Bhd diwakili Presidennya, Khoo Koay Boon dan LS Industrial Systems Co Ltd menerusi Naib Presiden, Dr Choe Jong Wong.
Perjanjian berkenaan adalah untuk memasang panel suria bagi kegunaan eksperimen teknologi hijau oleh pelajar pintar