English: Be pragmatic and give parents an option

Tuesday, April 26, 2011

K.T. MARAN, Seremban, Negri Sembilan
letters@nst.com.my

I REFER to the letter “BM is soul of the nation” (NST, April 19) by Professor Dr Norhashimah Jalaluddin.

On the calls by those wanting Science and Mathematics to be taught in English, she said: “This will create social dichotomy and dualism, which defeats the purpose of having a unifying national language.”

During the time when English was the medium of instruction, was there dualism and social dichotomy? We were actually more united then.
Knowing Bahasa Malaysia will allow a person to survive only in Malaysia. Do those who are anti-English want to create such a situation in a globalised world? Do they want to prevent Malaysia from becoming a global player?

I was amused by her argument that those advocating the teaching of Science and Mathematics in English showed a lack of patriotism.

I wonder how a person can become unpatriotic just by being not proficient in Bahasa Malaysia or by studying in English.
Unity does not come only through the use of the national language. There are economic, social, cultural and spiritual factors that unite mankind.

Let our thoughts be world-embracing, so that we will become global citizens. Let us be pragmatic, not narrow-minded.

Those who think that unity and patriotism will only come through the use of Bahasa Malaysia as the medium of instruction can send their children to schools that use BM. Those who wish to have their children learn Science and Mathematics in English instead should be allowed to do so.

‘Home eating habits to blame’

Tuesday, April 26, 2011

By Elvina Fernandez
elvina@nst.com.my

KUALA LUMPUR:The National Union of the Teaching Profession yesterday urged the government to conduct a study on what schoolchildren eat at home to identify the cause of obesity.

Its president, Hashim Adnan, said children’s eating habits outside school were the main contributor to obesity.

“It is sad to hear that nasi lemak will be sold only twice a week as it is not the cause of obesity among schoolchildren, but, rather, what they eat outside school.”
Hashim said the new canteen food guidelines would badly affect canteen operators as nasi lemak was their main food item.

“The government should carry out a study at the beginning of the next school term and not now.”

He added that canteen operators had an agreement with schools on food items to be sold to cover their rental and make a little profit.
“If the ministry bans most of the food items, what will canteen operators sell to students?”

Malaysian Dietitians Association president Tan Yoke Hwa said the ministry should train canteen operators to prepare nasi lemak healthily instead of restricting its availability.

“Canteen operators should be taught to cook the food items with less oil, salt and santan.”
Tan added that the authorities should make sure the operators adhered to the guidelines.

However, she praised the move to ban fast food such as burgers, sau-sages and nuggets. “Having (fast food) every day in canteens will tempt students to eat it more often.”

Terengganu to keep programme for ‘inactive’ students

Tuesday April 26, 2011

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/26/nation/8550182&sec=nation

By FARIK ZOLKEPLI
farik@thestar.com.my

KUALA TERENGGANU: The state Education Department will continue its student “personality development programme” despite criticism from various quarters.

Its director Razali Daud said the programme was aimed at boosting the self-confidence of students who are inactive in co-curricular and sports activities, but it had been misconstrued as a boot camp for effeminate boys.

“We chose the students based on their lack of participation in sports and co-curricular activities and not based on effeminacy,” he told The Star yesterday.

This explanation contradicted his comments last week that the “programme was designed to prevent the boys from developing feminine traits which could hamper their future”.

The first programme involving 57 secondary students was held in Besut last week.

Razali admitted he was disappointed that the media, especially the foreign press, had twisted an honourable programme into something negative and discriminatory.

“The students had fun while developing self-confidence and team work,” he said.

“There was no brainwashing going on as claimed by certain quarters,” he said.

It was reported last week that the department had organised a boot camp for 57 effeminate boys.

The move was criticised by social activists, psychologists and even Women and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

However, participants who were interviewed said the programme was enjoyable.

Programme to tackle student obesity to be introduced soon

Tuesday April 26, 2011

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/26/nation/20110426195358&sec=nation

KUALA LUMPUR: The Government will introduce a special programme soon to address the problem of obesity among students, Education director-general Datuk Abd Ghafar Mahmud said Tuesday.

He said the initiative would be carried out by the Education and Health Ministries.

“We will study the proposal and submit it to the Health Ministry on how to produce the best programme, especially on a healthy diet for students,” he told reporters here after the 2010 SPM Excellent Award presentation.

He said the guidelines on healthy food at schools would be updated and then handed to the Health Ministry for enforcement.

Meanwhile, Cheras Education Foundation chairman Datuk Wira Syed Ali Alhabshee said a healthy diet could produce students who excel in their studies.

“The ministry can draw up the guidelines on diet, but it all depends on the students themselves,” he said, adding that nasi lemak was not the main cause of obesity among students. – Bernama

Kesatuan guru syor kekalkan BISP

Selasa , 26 April 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KesatuangurusyorkekalkanBISP/Article

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

SELEPAS dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) digantikan kepada Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), guru yang menerima Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) resah dengan dakwaan elaun berkenaan mungkin dimansuhkan tahun depan.

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata walaupun pihaknya menyambut baik transformasi pendidikan itu, namun mengharapkan jika ada cadangan menarik balik elaun berkenaan, pelaksanaannya perlu dilakukan beransur-ansur.

Beliau berkata, KGMMB meminta supaya guru yang tidak mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris saja ditarik BISP, manakala yang masih mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris dikekalkan sehingga pelaksanaan MBMMBI 2016.

“Penggantian PPSMI kepada MBMMBI dilakukan secara beransur-ansur melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun ini. Jadi, dicadangkan pemotongan dan penarikan balik bayaran BISP juga perlu dibuat dengan kaedah sama,” katanya.

Memandangkan perubahan mengikut keperluan semasa, wajar bagi kementerian membuat penelitian kerana proses pengajaran kini semakin kompleks dan pembayaran BISP dilihat sebagai imbuhan wajar.

Sementara itu, Mohamed Sabri berkata, bagi memantapkan proses pengajaran sedia ada, kesatuan mencadangkan guru opsyen bahasa Inggeris mengajar sekurang-kurangnya 20 hingga 25 waktu seminggu, kecuali sekolah yang mempunyai lebihan guru opsyen dan sekolah kurang murid.

Pelaksanaan itu kata beliau, bertujuan mengekalkan kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang dikuasai mereka.
Secara dasarnya KGMMB katanya, bersetuju dengan transformasi pendidikan itu kerana kajian `Global Trends in Mathematics and Science Studies’ majalah Times mendapati kedudukan Malaysia dalam pencapaian bagi mata pelajaran peringkat 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira merosot.

“Hasil kajian mendapati pencapaian negara menurun pada kedudukan 20 pada 2007 berbanding 10 pada 2003, sedangkan tiga pencapaian tiga peperiksaan umum mencatatkan peningkatan A,” katanya.

Mohamed Sabri berkata, penstrukturan bayaran BISP itu juga baik untuk mengurangkan rasa tidak puas hati guru yang tidak menerima imbuhan berkenaan walaupun mereka mengajar subjek penting seperti bahasa Malaysia di sekolah aliran Cina dan Tamil serta bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan.

Bagi memantapkan KSSR pula, beliau berkata, kesatuan mencadangkan jika BISP yang ditarik balik, peruntukan sedia ada perlu digunakan untuk memperkasakan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mewujudkan makmal bahasa melalui pengubahsuai makmal komputer sedia ada

Terap tabiat membaca seawal di bangku sekolah

Selasa , 26 April 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Teraptabiatmembacaseawaldibangkusekolah/Article

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula Jumaat lalu hingga 1 Mei ini wajar dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia, khususnya yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Pendekatan ‘sofa putih’ yang dianjurkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang mana menjemput penyair seperti Abdul Ghafar Ibrahim untuk diwawancara adalah strategi bijak bagi menarik minat pengunjung ke pesta buku berkenaan.

Ibu bapa perlu memupuk anak mereka dengan tabiat suka membaca agar dapat melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang. Jika sebelum ini telefon bimbit canggih atau permainan video sering menjadi peneman buat anak di rumah ketika ibu bapa sibuk bekerja, mengapa tidak kita mengubah pendekatan dengan memberikan buku yang menarik kepada mereka untuk dibaca.

Hakikatnya, sikap rakyat Malaysia yang kurang membaca amat membimbangkan. Perkara ini jelas kelihatan apabila menaiki kenderaan awam seperti komuter. Hanya segelintir penumpang yang membaca buku atau surat khabar.

Jika dihitung dalam bentuk nisbah, boleh dikatakan hanya 1:50 yang memanfaatkan tabiat membaca dan selebihnya mendengar muzik, berbual atau melelapkan mata. Seharusnya tabiat membaca ini diterapkan di bangku sekolah lagi bagi mewujudkan bangsa cinta ilmu.

Barangkali, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke PBAKL kali ini bagi mendedahkan pelajar dengan pelbagai buku serta info menarik di samping menemui penulis kegemaran mereka.

Selain itu, guru boleh mengambil peluang dengan membina hubungan yang baik dengan mana-mana penulis buku agar dapat menjemput mereka ke sekolah bagi memberikan ceramah berhubung kaedah mengarang penulisan kreatif.
Hasilnya, pelajar teruja dan menanam azam untuk menjadi penulis muda. Namun, begitu, segala usaha ini tidak berjaya jika golongan muda itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

MOHD SAIPUDDIN SULIMAN,
Puncak Perdana, Selangor

6 NGO mahu syarat jual nasi lemak ditarik

Selasa , 26 April 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/16NGOmahusyaratjualnasilemakditarik/Article

Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my

Dakwaan punca pelajar obesiti tak tepat, rugi peniaga

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) semalam, mendesak Kementerian Kesihatan menarik semula keputusan menetapkan jualan nasi lemak dilakukan secara giliran di sekolah.

Difahamkan, nasi lemak hanya boleh dijual dua kali seminggu mengikut garis panduan ditetapkan kementerian.

Antara NGO lain turut menyatakan rasa tidak puas hati itu termasuk Majlis Permuafakatan Ayahanda SeMalaysia (PERMAS), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Perpaduan Ummah Teras Negara (PUTRA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Seni Bela Diri Vovinam.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata mereka berasa keputusan larangan penjualan itu dibuat secara tergesa-gesa, manakala kesannya tidak dikaji melalui kaedah saintifik.

Katanya, susulan larangan berkenaan dan kesan kononnya menyebabkan obesiti di kalangan rakyat, sudah mengakibatkan kerugian di kalangan pengusaha kantin serta peniaga kecil Melayu yang menjalankan perniagaan terbabit.

“Sehubungan itu, PPIM, PERMAS dan gabungan NGO Melayu lain mendesak kementerian mengkaji semula larangan ini berikutan dakwaan berkenaan tidak tepat, menyeluruh serta mempunyai agenda tersembunyi yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi orang Melayu.
“Kami berpendapat pelbagai langkah boleh diambil kementerian seperti menyekat penjualan makanan ringan, air berkarbonat, makanan sejuk beku yang masih berleluasa dijual di kantin dan luar sekolah.

“Selain itu, penekanan berhubung pengajaran pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat harus ditekankan kerana pelajar masa kini kurang beriadah, sebaliknya lebih gemar melayari internet menggunakan i-Pad, i-Phone dan laman sosial Facebook, ” katanya pada sidang media di sini.

Hadir sama, Penasihat PERMAS, Syed Husin Al-Shahab, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Kol Prof Datuk Dr Kamarudin Kachar, Timbalan Presiden Seni Bela Diri Vovinam, Datuk Faizal Musa, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan wakil PUTRA, Hashnoel Murshim Hashim.

Pada sidang media itu, Tunku Azwil turut melontarkan tujuh soalan kepada kementerian untuk dinilai iaitu jika Malaysia berada di tangga keenam paling ramai menghadapi obesiti, apakah penduduk lima negara lain menjadikan nasi lemak makanan harian sehingga mempunyai masalah kegemukan.

Beliau turut mempersoalkan adakah burger, roti canai, mi, kuey teow, bihun dan makanan ringan yang bahan pelunturnya bahaya kepada pemakanan lebih baik daripada nasi lemak, selain sama ada Kementerian Kesihatan tidak sensitif bahawa nasi lemak satu daripada ikon makanan negara sebelum mengeluarkan kenyataan.

Sementara itu, Jais berkata, pihaknya tidak bersetuju cadangan kementerian berhubung punca obesiti, sebaliknya ia disebabkan pengambilan makanan barat seperti burger, nuget dan mee.

“Nasi lemak adalah makanan paling murah dan mampu dibeli pelajar dan kenapa ia dijadikan sasaran,” katanya.

Bagi Dr Kamarudin, nasi lemak mengandungi karbohidrat yang boleh memberi tenaga untuk bergerak atau bekerja

10,000 guru BI dilatih – TPM

26 April 2011, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA, SAIFULIZAM MOHAMAD dan MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 25 April – Kementerian Pelajaran akan melatih 10,000 guru bahasa Inggeris pada tahun ini sebagai usaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, latihan seumpama itu selaras dengan tanggungjawab kementerian untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahun satu mulai tahun depan.

Kata beliau, dasar MBMMBI tidak sesekali menidakkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Sehubungan itu, sejak pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kementerian telah merangka dan sedang melaksanakan beberapa pendekatan.

“Kita telah melaksanakan pelbagai usaha dan strategi bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris. Sehingga kini hampir 12,000 guru terlibat dalam program tersebut sejak tahun lalu,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Ng Fook Heng pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Fook Heng meminta kementerian menyatakan langkah-langkah kukuh yang diambil untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah memandangkan pemansuhan PPSMI untuk tahun satu dimulakan tahun depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian turut memberi perhatian terhadap program menubuhkan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Dasar MBMMBI yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bagi memastikannya diberikan perhatian sepenuhnya.

Selain itu, katanya, kementerian menyasarkan untuk mengambil seramai 600 guru bersara bahasa Inggeris di seluruh negara secara kontrak bagi tempoh bermula tahun ini sehingga 2013 dengan setakat Mac lalu seramai 168 daripada mereka telah menerima tawaran tersebut.

Menurut beliau, seramai 375 penutur jati dari luar negara akan dibawa masuk bagi melaksanakan program peningkatan profesionalisme pensyarah dan guru bahasa Inggeris dengan sejumlah 360 daripadanya akan dilantik menjadi mentor kepada guru bahasa Inggeris untuk 1,800 buah sekolah rendah.

Katanya, antara strategi lain, satu transformasi kurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sedang dilaksanakan.

“Melalui KSSR ini, pendekatan modular asas iaitu kembali kepada asas serta elemen didik hibur diperkenalkan. Antaranya, penambahan waktu sebanyak 90 minit untuk mata pelajaran bahasa Inggeris bagi tahap satu dan dua di sekolah rendah.

“Ini sekali gus memberi penambahan masa kepada pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris sebanyak 300 minit seminggu untuk sekolah kebangsaan (SK) dan 150 minit seminggu bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK),” ujarnya.

Kata beliau, kementerian turut meningkatkan kapasiti bilik komputer di sekolah sebagai makmal bahasa dan sehingga tahun lalu 20 buah sekolah dipilih sebagai perintis makmal yang akan diperluaskan ke 700 sekolah pada tahun ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 juta bagi membekalkan bahan bacaan tambahan dalam bahasa Inggeris di pusat sumber setiap sekolah rendah pada tahun ini.

‘Saya pun dibesarkan oleh nasi lemak’

26 April 2011, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

SAYA menyokong pandangan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, bertarikh 24 April 2011 yang tidak bersetuju Kementerian Kesihatan hendak mengehadkan pengambilan nasi lemak di kalangan pelajar di sekolah-sekolah.

Punca obesiti bukannya dari nasi lemak sahaja. Pelajar juga hanya mempunyai masa terhad ketika makan di sekolah dan hanya makan ketika waktu rehat dengan kewangan yang terhad.

Di mana asasnya Kementerian Kesihatan bertindak sedemikian?

Saya berpengalaman di bidang pelajaran lebih 30 tahun dan saya tidak nampak tindakan Kementerian Kesihatan ini berbaloi!

Saya rasa pelajar akan lebih lapar dan ini akan memudarat kepada mereka kerana mempunyai masa yang lama di sekolah jika makanan yang mereka makan akan dihadkan.

Saya dibesarkan oleh nasi lemak… tiada masalah pun!

Kementerian Kesihatan harus mendapat pandangan dari warga pendidik dan Kementerian Pelajaran dalam hal ini.

OTHMAN AHMAD (Bekas Nazir Sekolah) Kota Kinabalu

15 jenis makanan dan minuman dilarang jual

26 April 2011, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_33.htm

KUALA LUMPUR 25 April – Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan dan minuman yang tidak berkhasiat dan akan dilarang penjualannya di kantin sekolah seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, senarai cadangan tersebut telah pun dikemukakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) kementerian tersebut kepada Kabinet pada 4 April lalu dan keputusan muktamad akan diketahui bulan depan.

Menurut beliau, antara menu yang dilarang termasuk mi segera; gula-gula dan coklat; makanan yang diproses seperti burger, hotdog dan nugget; makanan yang dijeruk sama ada basah atau kering; teh dan kopi serta minuman berperisa kecuali susu berperisa.

“Garis panduan baru yang dicadangkan juga mengemukakan senarai 60 jenis menu yang boleh dijual kepada para pelajar tetapi dengan kuantiti yang dikawal.

“Ini termasuk mencadangkan penjualan nasi lemak dan nasi goreng secara berjadual iaitu sebanyak dua kali seminggu selain lontong, nasi pulut dan mi kari (sekali seminggu) selain beberapa menu seperti mi, bihun dan kuetiau sup yang boleh dijual setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertama Pegawai-Pegawai Sains Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Persidangan julung kali diadakan itu dihadiri 250 peserta terdiri daripada kalangan para pegawai sains kementerian, universiti dan pihak swasta.

Rosnah berkata, pihaknya berharap para pengusaha kantin akan memberi sokongan kepada garis panduan pemakanan tersebut apabila diluluskan kelak bagi membantu mengatasi masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah dewasa ini.

Malah bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di kantin-kantin sekolah, pihaknya akan menghantar pegawai kesihatan dan inspektor kesihatan untuk melakukan lawatan secara mengejut pada setiap masa.

“Kementerian juga bercadang untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengeluarkan garis panduan bagi para peniaga yang menjual makanan tidak berkhasiat di luar premis sekolah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rosnah berkata, masih terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan profesion saintis tidak diisi di negara ini termasuk syarat-syarat ketat yang dikenakan kepada para siswazah yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurut beliau, setakat September tahun lepas, biarpun terdapat 1,160 pegawai sains di Kementerian Kesihatan namun masih ada 303 kekosongan yang perlu diisi bagi memantapkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosnah berkata, kerajaan menyediakan insentif sebanyak RM15,500 kepada para penyelidik yang berjaya menghasilkan paten selain mendapat royalti sebanyak 80 peratus daripada hasil pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sehubungan itu, katanya, para saintis kementerian tersebut digalak untuk berganding tenaga bagi menjayakan inovasi-inovasi baru serta melahirkan paten-paten canggih berkaitan perubatan dan kesihatan.