106 students escape hostel fire

Wednesday, June 15, 2011

(From right) Mohd Badaruddin Rafiqi Burhan Kumar, Ainul Yaqin Lokman and his twin brother Ainul Asyraf of Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad  holding books and notes destroyed in the  fire yesterday.  —  NST picture by Shahrizal Md Noor

(From right) Mohd Badaruddin Rafiqi Burhan Kumar, Ainul Yaqin Lokman and his twin brother Ainul Asyraf of Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad holding books and notes destroyed in the fire yesterday. — NST picture by Shahrizal Md Noor

ALOR STAR:It was a close shave for 106 boarders of a secondary school in Kuala Nerang near here when the reading room at their hostel was gutted in a pre-dawn fire yesterday.

The boarders, all boys aged between 13 and 17, of Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad were relocated to the school’s surau.

The reading room, which was unoccupied in the 2am blaze, is located next to the boys’ rooms on the top floor of their two-storey dormitory.
A team from the state Fire and Rescue Department prevented the fire from spreading to the hostel rooms. No one was injured.

Mohd Badaruddin Rafiqi Burhan Kumar, 14, said most of the boarders were sleeping when the fire broke out.

“All of a sudden, I heard someone screaming about a fire in the reading room.
“Our hostel warden immediately ordered us to leave our rooms.”

State Education Department management and human development sector chief Mohamad Abdul Hamid said he was waiting for a report from the Public Works Department to ascertain the cause of the fire.

Kuala Nerang state assemblyman Datuk Syed Sobri Syed Hashim commended the school management for its quick action in relocating the students.

Sex education at camps National Service trainees to also learn about pregnancy, family life

Wednesday, June 15, 2011

By Sharanpal Singh Randhawa
sharanpal@nst.com.my

National Service Training Department director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said yesterday the introduction of the sub-module with the syllabus compiled by the Women, Family and Community Development Ministry, was important as youth were facing many problems and social issues, including rape, pregnancy and baby-dumping.

KANGAR: Some 30,000 National Service trainees in 82 camps will be introduced to Reproductive and Social Health Education as a sub-module starting today to equip them with a better understanding of the social problems facing young people.
He said the sub-module had four major sections on gender understanding, family life, skills development and social problems.
They were intended to strengthen the minds of the trainees, and at the same time, enable them to think and act positively when facing or dealing with such issues.

Hadi said adjustments to the sub-module would be made from time to time, depending on the current issues.
“The syl labus has to be improved as we cannot use the old approach to teach the new generation because the problems faced by today’s youth are different from those in 2004.” He was speaking after the presentation of the 2010 Northern Zone Excellent Service awards and the launching of a book Rahsia Seorang Negarawan (The Secret of a Statesman) at the Tasoh National Service Training Camp, near here, yesterday.
Hadi said 1,600 trainers had undergone training with the Women, Family and Community Development Ministry on the submodule and were fully equipped to conduct sessions with the 30,000 trainees, in the second intake for this year, from May 15 to July 30
Read more: Sex education at camps<br>National Service trainees to also learn about pregnancy, family life http://www.nst.com.my/nst/articles/Sexeducationatcamps/Article/#ixzz1PJEeyvt3

Chinese schools impress at BM forumcompetition

Wednesday June 15, 2011

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/15/sarawak/8901178&sec=sarawak

By NIGEL EDGAR
nigeledgar@thestar.com.my

 

KUCHING: SM Chung Hua No. 1 took the top honours at the 19th State-level Chinese Private Schools Forum Competition 2011.

Its topic ‘Negative Impact On The Environment Due To Development’ presented by its charismatic speakers impressed the judges, coupled with their fluent Bahasa Malaysia gaining the school extra points.

The speakers were Form 5 students Ngu Tzce Chuing, Chan Ke Liang and Kelland Goh Xian Jiun, with Yap Xiao Han as chairperson.

“We are glad that we’ve won. We thank our Bahasa Malaysia teacher Masbah Othman for grooming us to be the best in the state,” said Yap after the prize-giving ceremony at Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak near Petra Jaya here yesterday.

They bagged RM150 and a certificate each, a set of Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) books and the championship trophy.

Yap was also named the best chairperson of the competition, bagging an extra RM100 and a certificate as well as DBP books.

Second place was SM Chung Hua No. 4, with its members winning RM100 and a certificate each, and DBP books.

Members of third-placed SM Pei Min from Miri pocketed RM75 and a certificate each, and DBP books.

The champion will be representing the state at the national-level competition on July 6 in Kuala Lumpur.

Five other schools SM Kai Dee, Bintulu; SM Ming Lik, Sarikei; SM Jalan Riam, Miri; SM Catholic High, Sibu; and SM Chung Hua No. 3, Kuching brought home consolation prizes of certificates and DBP books.

Environment and Public Health Minister Datuk Seri Wong Soon Koh was impressed with the students’ performance, saying it was important for them to master Bahasa Malaysia to achieve success in their studies and society.

DBP acting director Abang Patdeli Abang Muhli was equally impressed and he said the annual competition, held since 1993, started out small with only five schools taking part.

“Last year, we had seven schools. This year, there were supposed to be 10 but two could not make it.”

Patdeli said he expected 10 or more schools in next year’s fray.

Guru paksa pelajar tinggal di asrama

Rabu , 15 Jun 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurupaksapelajartinggaldiasrama/Article

KUALA TERENGGANU: Di mana silapnya. Tindakan sebuah sekolah menengah di daerah ini meminta pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal di asrama mendapat reaksi negatif.

Malah, ada di kalangan pelajar dikatakan meminta berpindah ke sekolah lain kerana tidak mahu tinggal di asrama yang menghimpunkan pelajar yang berpotensi mencapai keputusan cemerlang.

Tindakan sekolah itu juga dikatakan menyebabkan pelajar dikatakan sanggup ditukarkan ke kelas lain daripada berada di kelas terbaik bagi mengelak ‘dipaksa’ tinggal di asrama.

Beberapa ibu bapa pelajar yang tidak mahu dikenali berkata, pengurusan sekolah dikatakan bertindak sedemikian selepas tidak ramai pelajar memilih tinggal di asrama.

“Kita khuatir tindakan pengurusan sekolah akan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran apabila turun ke kelas lebih rendah walaupun sebelum ini berada dalam kelas pertama.

“Pelajar yang dipaksa tinggal di asrama dikatakan mendapat bimbingan intensif guru untuk mencapai keputusan cemerlang,” kata seorang bapa pelajar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Razali Daud, berkata pihaknya akan menyiasat berhubung tindakan sekolah itu.
“JPNT belum menerima laporan berhubung perkara itu tetapi demi menjaga nama baik jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu diminta menyiasat perkara itu,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Elit 2011 Pelajar Praufniversiti Daerah Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, di sini, kelmarin.

“Kita tidak wajibkan pelajar tinggal di asrama jika mereka boleh belajar di rumah dengan selesa dengan diberi perhatian oleh ibu bapa atau keluarga dengan baik. Tetapi kalau pelajar tinggal jauh dari sekolah atau masalah keluarga yang besar sehingga berlaku gangguan untuk belajar, ia eloklah tinggal di asrama.

“JPNT tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana sekolah selain sekolah berasrama penuh untuk memastikan pelajar tinggal di asrama yang disediakan,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Elit 2011 Pelajar Pra-Universiti Daerah Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, di sini, kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Agung Gabungan Pendidikan Melayu Terengganu (GAGASAN), Syed Anwar Syed Mohamad serta 45 pelajar Tingkatan Enam terbaik daerah ini yang mempunyai potensi mendapat semua A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.

Razali berkata, jika pihak sekolah mahu pelajar tinggal di asrama dengan matlamat memastikan pelajar mendapat bimbingan terbaik hingga menjadi pelajar cemerlang, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara betul dan kerelaan hati pelajar, bukannya dilakukan secara ugutan menukar kelas seperti didakwa.

“Bagi saya hubungan pelajar dengan keluarga amat kuat dan kalau pelajar itu lebih selesa tinggal di rumah bersama ibu bapa, kita terima dengan baik tapi sekiranya diminta tinggal di asrama untuk mengikuti sesuatu kem itu mesti diikuti,” katanya yang kesal kerana kemelut antara ibu bapa, pelajar dan sekolah itu tidak sepatutnya terjadi

Peluang kedua

Rabu , 15 Jun 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011061506324620110615063246/Article

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my

pix_gal0

Sekolah integriti tawar pesalah duduki peperiksaan PMR, SPM

SEKOLAH integriti, iaitu institusi pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran di penjara, menawarkan peluang kedua kepada penghuninya menduduki peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kecemerlangan mereka dalam peperiksaan berkenaan melayakkan mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Pesalah yang mempunyai kelayakan minimum dibenarkan memohon program pengajian secara jarak jauh dan dalam talian dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Ketua Unit Pendidikan, Ibu Pejabat Penjara, Shamsuddin Mustapha, berkata peluang melanjutkan pengajian itu sebagai galakan kepada banduan yang ditahan untuk tempoh lama tetapi masih minat belajar.

Beliau berkata, banduan yang menduduki PMR dan SPM dipilih daripada kalangan pesalah juvana yang mempunyai kecenderungan akademik, bukannya latihan kemahiran atau vokasional.

“Selepas memiliki SPM, mereka boleh memilih menyambung pengajian ke peringkat diploma dan ijazah sebagai persediaan mencari pekerjaan sebelum dibebaskan kelak.
“Program OUM dijalankan secara jarak jauh kerana kebanyakan kuliah disampaikan secara dalam talian dan pensyarah hanya datang beberapa kali dalam satu semester.

“Di Sekolah Integriti Kajang, ada enam banduan sedang mengikuti pengajian di OUM,” katanya ketika ditemui di Penjara Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas pencapaian akademik, Shamsuddin berkata, tahun lalu 105 calon di enam sekolah integriti dan tiga Sekolah Integriti Henry Gurney menduduki SPM dan 95 peratus daripada mereka lulus Bahasa Melayu dan mendapat sijil.

Katanya, keputusan SPM tahun lalu, seorang pelajar Sekolah Integriti Sungai Petani yang direman atas tuduhan membunuh mendapat 7A 1B tetapi dibebaskan tahun ini selepas mahkamah memutuskan tiada kes prima facie.

Namun, Shamsuddin berkata, kira-kira 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pesalah tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Keadaan itu katanya, menyebabkan masing-masing akan ditempatkan di kelas pemulihan serta memasuki aliran kemahiran untuk dilatih menjahit dan menggunting rambut.

Sementara itu, seorang banduan yang disabitkan dengan kesalahan membunuh, berkata dia menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan untuk mengisi masa dan persediaan jika dibebaskan kelak.

Dia yang dikenali sebagai Joe, 24, berkata belajar dapat mengisi masa dengan pelbagai tugasan yang diberikan pensyarah. Walaupun berada di penjara, namun dia masih berpeluang meneruskan pengajian.

“Apabila dibebaskan kelak, saya harap lebih mudah mendapat pekerjaan,” katanya yang sudah 10 tahun berada di penjara berkenaan dan hanya akan dibebaskan dengan pengampunan diraja

Penarafan universiti perlu ambil kira konteks tempatan

Rabu , 15 Jun 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penarafanuniversitiperluambilkirakontekstempatan/Article/index_html

Oleh Syarifah Hapsah Shahbudin

Sidang UNESCO di Paris cuba elak kontroversi

SATU mesyuarat undangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dihadiri wakil organisasi yang melakukan penarafan universiti, jaminan kualiti, agensi penanda aras dan akauntabiliti, pembuat dasar peringkat tinggi, ahli akademik, pelajar dan media bersidang di Paris pada 16 hingga 17 Mei 2011.

Tujuannya membincangkan penarafan universiti dan kesan terhadap dasar dan keputusan yang dibuat pada peringkat institusi, negara dan rantau.

Berbeza dengan keadaan riuh rendah, kemarahan, kegusaran dan keresahan yang lazimnya menyambut penarafan, pertemuan kali ini ternyata berlangsung dalam suasana selesa dan sikap tolak ansur terhadap penarafan.

Semua akur bahawa penarafan akan kekal. Ia bukan saja digunakan dalam pendidikan tetapi juga membanding perkara seperti persaingan perniagaan, daya inovasi, rasuah, daya tarikan laman web, bahkan juga orang terkaya dunia.

Pada hari ini ada pelbagai sistem penarafan institusi pendidikan, lebih 50 di peringkat negara dan 10 pada peringkat global termasuk U-Multirank Kesatuan Eropah.

Penarafan terus menjadi mauduk utama, diikuti dengan teliti oleh pelajar, ahli politik, pemimpin institusi, pembuat dasar serta majikan. Perwakilan organisasi penarafan sendiri hairan bagaimana suatu produk pengguna yang dijangka tidak memberi kesan dengan pantas menjadi produk maklumat global.
Sedihnya produk ini secara meluas disalahertikan sebagai senarai institusi berkualiti, justeru membangkitkan pertembungan sengit antara institusi berkenaan.

Perwakilan organisasi penarafan menyedari bahawa kriteria dan kaedah yang digunakan dalam penarafan mempunyai keterbatasan yang sering menimbulkan kontroversi.

Mereka diingatkan supaya mempertingkatkan sistem penarafan masing-masing secara berterusan untuk menjadi lebih relevan kepada universiti, pelajar dan pembuat dasar. Mereka disarankan supaya sistem penarafan berbentuk pelbagai dimensi dan mengambil kira konteks tempatan.

Dari sudut lain, pengguna harus memanfaatkan penarafan secara bijaksana kerana aspek kualitatif dalam penyelidikan pengajaran dan khidmat pada masa ini tidak diukur secara seimbang.

Semua bersetuju kita perlu berhati-hati mengguna penarafan untuk mempengaruhi penggubalan dasar pendidikan dan keputusan berkaitan pemberian insentif serta agihan peruntukan sumber terhad di peringkat rantau, negara dan institusi.

Desakan kuat dibuat kepada kerajaan untuk tidak menggerakkan dasar yang menyasarkan pengwujudan universiti ‘kelas dunia’ sebagai pemangkin kejayaan dalam ekonomi global.

Keperluan fiskal tentu akan melonjak tinggi melebihi belanjawan negara. Sebagai contoh, 20 universiti terbaik dunia dalam the QS World University Rankings, secara purata mempunyai 2,500 tenaga akademik, berupaya menarik dan mengekalkan tenaga akademik terhandal (pilihan utama), memiliki kira-kira AS$1 bilion endowmen dan AS$2 bilion belanjawan tahunan.

Sebaliknya, kerajaan perlu memberi lebih fokus kepada pembinaan sistem pendidikan bertaraf dunia. Pendemokrasian pendidikan tinggi dan peningkatan enrolmen bermakna perlu diadakan sistem pendidikan berkelas dunia daripada sekadar mempunyai beberapa institusi bertaraf tinggi.

Keperluan mencapai sistem sedemikian semakin mendesak kerana enrolmen pendidikan tinggi akan memuncak kepada 263 juta pelajar pada 2025 daripada 158 juta pada hari ini.

Ketua Bahagian Pengajian Tinggi UNESCO, Stamenka Uvalic Trumbic yang akan bersara mengatakan:

“Untuk memenuhi tambahan 105 juta pelajar menjelang 2025 memerlukan lebih daripada empat universiti utama (kira-kira 30,000 pelajar) dibuka setiap minggu selama 15 tahun akan datang.”

Maka, sangat perlu menyediakan satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk golongan berkenaan.

Sistem penarafan masa kini lebih berfokus kepada universiti intensif penyelidikan, justeru mengambil pertimbangan terhadap hanya satu peratus daripada keseluruhan jumlah universiti di dunia. Ini ibarat puncak kecil di permukaan bongkahan ais yang tenggelam.

Terdapat berjuta pelajar di lebih 20,000 universiti seluruh dunia yang sedang membangun pelbagai bakat bagi rantaian kerjaya yang wujud sekarang.

Satu sistem pendidikan bertaraf dunia akan kurang meniru institusi dalam golongan satu peratus itu. Di sebaliknya, mereka terdorong menggalak dan memupuk perkembangan kepelbagaian.

Setiap universiti harus berbangga dan berusaha cemerlang dalam keunikan yang mereka miliki. Universiti harus dinilai berdasarkan sejauh mana mereka dapat memenuhi misi institusi, bukan sekadar melihat setakat mana pencapaian kedudukan mereka dalam penarafan.

Sebenarnya, banyak perkara yang dilakukan universiti yang tidak diambil kira dalam penarafan tetapi mampu menyerlahkan universiti itu pada peringkat global. Paling penting adalah aktiviti meneroka dan mendahului perubahan secara berterusan melalui penjanaan inovasi yang mencipta nilai baru serta menyumbang pulangan kesejahteraan sosial, kelestarian alam sekitar dan kekayaan kepada universiti, negara dan rantau.

Sumbangan itu boleh jadi dalam bentuk pengkomersialan teknologi, rekaan model inovatif dan penggubalan program yang membawa kepada pembangunan sosial, keamanan, keharmonian dan demokrasi, selain pembabitan universiti dalam pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Apa yang universiti dan pensyarah usahakan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda supaya berkarya dan mencipta sesuatu yang bermanfaat, menyuarakan pandangan secara bebas tanpa gusar atau ragu serta menyemai kesedaran kesukarelawanan, kebertanggungjawaban sosial serta keusahawanan juga telah tidak ditunjukkan dalam indikator penarafan.

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kesatuan perlu bersatu bela nasib warga pendidik

Rabu , 15 Jun 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesatuanperlubersatubelanasibwargapendidik/Article

SAYA sudah berkhidmat di Kementerian Pelajaran selama lebih 10 tahun dan kerap menatap keluhan guru di akhbar dan laman sosial.

Daripada pelbagai isu termasuk gaji, pentadbiran sampailah kepada isu kerja yang membebankan.

Isu ini seakan-akan tiada kesudahannya. Seolah-olah kebajikan dan kerja mulia ini tidak indah walhal pelbagai perkara diambil oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Guru adalah penentu kepada masa depan negara berdasarkan kepada produk yang bakal terhasil daripada buah tangan kerja mereka, namun adalah sukar untuk guru melaksanakan tugas mulia ini seandainya masalah yang dihadapi mereka tidak diselesaikan dengan bijak.

Antara perkara yang patut dipandang oleh semua pihak ialah berkaitan dengan kesatuan guru.

Persatuan atau kesatuan adalah tempat di mana pekerja meluahkan perasaan untuk dibawa kepada majikan mereka.

Dalam bidang pendidikan saja, sudah ada lebih 25 persatuan guru. Satu jumlah yang terlampau banyak berbanding dengan perkhidmatan kerajaan lain.
Impak yang ketara daripada situasi ini adalah setiap persatuan hanya memperjuangkan isu berkaitan dengan ahli mereka saja dan sekali gus ia tidak menyelesaikan pelbagai isu sebenar bidang ini secara tuntas.

MOHD SALLEHUDDIN ABU HASSAN,
Taman Maju, Parit Raja

Universiti sosial pertama negara bakal diumum

Rabu , 15 Jun 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Universitisosialpertamanegarabakaldiumum/Article

SERDANG: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengumumkan segera universiti penyelidikan sosial pertama di negara dalam usaha membantu negara menangani pelbagai masalah berhubung isu sosial.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya maklum mengenai kepentingan memilih universiti penyelidikan berasaskan sains sosial kerana banyak isu timbul ketika ini.

Beliau berkata, ia membabitkan isu berkaitan masyarakat, agama dan kebudayaan yang memerlukan penyelesaian segera.

Katanya, kementerian sedang menyediakan garis panduan khas dalam memperhalusi proses pemilihan universiti penyelidikan berasaskan sains sosial.

“Garis panduan itu akan menilai kualiti pembelajaran dan pengajaran selain hasil penyelidikan yang sudah dibangunkan dalam pelbagai bidang sosial,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang KPT di sini, semalam.

Pada majlis itu 1083 kakitangan KPT daripada pelbagai peringkat jawatan dan jabatan dipilih menerima anugerah kerana menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun lalu

Penyelidik USM cipta berus gigi unik

15 Jun 2011, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_06.htm
Dr. Tang Thean Hock (kiri) dan Dr. Ashfaq Akram menunjukkan berus gigi bentuk unik yang berjaya dihasilkan di Pulau Pinang, baru-baru ini.

 

PULAU PINANG 14 Jun – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan berus gigi dengan reka bentuk unik yang berupaya melatih pengguna memberus gigi dengan cara betul selain membantu mengekang perebakan karang gigi.

Inovasi tersebut dihasilkan menerusi gabungan kepakaran penyelidik dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM iaitu Prof. Madya Dr. Tang Thean Hock, Prof. Abdel Hamid Zaki Abdel Hamid dan Dr. Ashfaq Akram.

Thean Hock berkata, keunikan berus gigi yang dikenali sebagai Pro-revolution itu adalah bentuknya condong 45 darjah pada kedua-dua permukaan bagi menghasilkan kaedah pembersihan gigi secara efektif.

Katanya, selain menjadi reka cipta pertama seumpamanya di negara ini, permukaan berus yang berbentuk tirus itu juga membuktikan kelebihannya berbanding berus gigi sedia ada dalam pasaran.

“Rekaan ini sememangnya sangat mesra pengguna kerana tiada langkah rumit untuk menggunakannya. Pengguna tidak perlu memutar untuk membersih bahagian gigi yang terselindung seperti yang kebiasaannya perlu dibuat dengan berus gigi biasa.

“Bentuknya tirus pula dapat menghalang geseran selain turut membersihkan gigi secara menyeluruh. Ia amat praktikal untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, berdasarkan kepada pengalamannya, masalah gigi seperti karies dan kaviti berpunca daripada teknik penjagaan serta pembersihan yang tidak betul dan sempurna, termasuk teknik memberus tidak tepat.

Berus gigi unik tersebut turut mendapat pengiktirafan apabila terpilih memenangi pingat emas dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-22 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mahasiswa perlu aktif kokurikulum

15 Jun 2011, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 14 Jun – Golongan mahasiswa perlu bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan lagi pemikiran kritis, kecekapan menyelesaikan masalah dan komunikasi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penyertaan mereka yang aktif dalam aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan dan kemahiran diri.

Selain lulus cemerlang dalam akademik, tegasnya, prestasi mereka yang aktif dalam kokurikulum akan diambil kira oleh bakal majikan apabila memohon pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

“Kita sering menerima rungutan daripada majikan yang tidak berpuas hati terhadap prestasi dan kualiti pekerja mereka walaupun mempunyai kelulusan cemerlang dalam akademik.

“Di universiti sudah ada kokurikulum sendiri bagi membentuk keperibadian dan jati diri mahasiswa tetapi sebahagian besar daripada mereka masih lemah dalam tiga elemen yang saya sebut tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Pembangunan Tanah dan Ekonomi Persatuan Peniaga Islam Temerloh di sini semalam.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menggesa pihak universiti memperkasakan lagi aktiviti kokurikulum mahasiswa sedia ada menerusi program kemahiran insaniah.

Katanya, ramai siswazah gagal mendapat pekerjaan kerana tidak mahir berkomunikasi terutama dalam bahasa Inggeris, tidak cekap berinteraksi dan menyelesaikan masalah.

Katanya, ketiga-tiga aspek itu merupakan penanda aras kepada setiap siswazah untuk dinilai kebolehan dan prestasi mereka semasa menghadiri sesi temu duga.

Katanya, kokurikulum adalah penting bagi membantu mereka supaya tidak merasa janggal semasa memasuki dunia pekerjaan.

Beliau berkata, mulai tahun lalu, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menetapkan mahasiswa perlu cemerlang dalam bidang kokurikulum untuk menambah markah penilaian mereka pada tahun akhir.