Synchronise scholarship offers and intake dates

Tuesday April 17, 2012

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/17/focus/11116491&sec=focus

However, phone calls to the PSD for inquiries regarding these scholarships have been disappointing as the officers insist that applications will only be opened in July.

Students who have already received offer letters from IMU to pursue medicine for the August 2012 intake need to accept the offer by April 27 and make a payment of RM42,000.

Excellent students who have financial problems will not be able to accept the offer.

Excellent students who were offered places in Monash University for Medicine in the February 2012 intake had to decline the offer as they could not come up with the fees – RM45,000 per semester.

No scholarships were offered then. If PSD only opens the scholarship applications in July, these students, especially those with financial problems, will miss the opportunity again.

Shouldn’t the scholarship applications coincide with the intake dates?

SINGLE MUM,

Alor Setar.

Projek inovasi InSTAR ke final Anugerah Harta Intelek

16 April 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm

Empat pasukan inovasi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) terpilih menyertai penilaian akhir bagi Anugerah Harta Intelek Negara 2012 yang diadakan di Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek, Kuala Lumpur, baru baru ini.

Guru pembimbing pasukan inovasi InSTAR, Mohd Fakharudin berkata, kesemua projek InSTAR yang terpilih bagi penilaian akhir ini pernah menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

“Keempat-empat projek ini akan bersaing di bawah kategori Inovasi Pelajar Sekolah Menengah bersama lapan projek lain yang turut terpilih ke pusingan akhir daripada ratusan projek yang menghantar penyertaan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut beliau, keputusan hasil penilaian ini akan diumumkan pada Hari Expo Harta Intelek Negara yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan, Pahang pada 27 dan 28 April ini.

Projek yang dipertaruhkan oleh pasukan InSTAR adalah ‘PALF’ as alternative in novelty composite, From waste To Wealth: Sustainable Paper From Waste of Saccharum officinarum, Sustainable ‘CB’ from rice straw waste dan From waste to Wealth: ‘ParBo From Biomass of Palm Oil.

Sementara itu, seorang peserta InSTAR, Nur Ain Syafiqah memberitahu, diharap peluang mempersembahkan projek kepada panel juri daripada pelbagai latar belakang itu akan memberi satu pengalaman baru yang bermakna.

“Semua produk yang dihasilkan dari sisa buangan ini diharap akan menarik minat bidang industri untuk dikomersialkan pada masa akan datang,” katanya.

Seorang lagi penyelidik muda InSTAR, Muhamad Khairi pula berkata, pengalaman menyertai pertandingan ini akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan InSTAR yang akan membawa cabaran negara di peringkat dunia pada Mei akan datang.

“Kami mahu membuktikan kemampuan pelajar Malaysia pada pertandingan International Sustainable Worls Project Olympiad (I-SWEEP) di Texas, European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT) di Romania, International Environment Project Olympiad (INEPO) di Istanbul dan International Exhibition Young Inventor (IEYI) di Thailand,” jelasnya.

Guru perlu fasih BM, BI

16 April 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

 

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

 

Kementerian Pelajaran disaran supaya memperketatkan pengambilan pelajar ke institut pendidikan guru (IPG) demi meningkatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru yang fasih dalam bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI).

Bagi menjayakan saranan ini, pelajar perlu mendapat kepujian dalam kedua-dua subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukannya sekadar mendapat kredit untuk BM atau lulus bagi BI.

Hal ini penting untuk merealisasikan dasar Memartabatkan BM Memperkasakan BI (MBMMBI) di samping untuk mengatasi masalah sekiranya guru, atas pelbagai sebab, ‘terpaksa’ mengajar salah satu subjek bahasa berkenaan apabila ditempatkan di sekolah.

Paling tidak, dengan asas yang kukuh dalam kedua-dua subjek ini, guru terbabit tidak akan berdepan masalah besar untuk mengajar mata pelajaran bahasa walaupun mengambil opsyen subjek lain ketika di IPG.

Malah dengan menguasai serta memiliki kemahiran berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa secara fasih akan melonjakkan martabat guru dan dipandang tinggi terutama ketika bermesyuarat atau membuat pembentangan di luar negara.

Pada masa yang sama, guru yang hebat dalam kedua-dua subjek ini akan turut melahirkan murid yang cemerlang serta mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi.

Bagaimanapun, untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan murid, sukatan pelajaran subjek BM serta BI perlu disemak semula untuk membolehkan guru berinovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sukatan pelajaran sedia ada agak padat dan perlu dihabiskan dalam tempoh masa ditetapkan menjadi faktor mengekang guru daripada menerapkan kaedah P&P yang menyeronokkan seperti melalui pendekatan bercerita atau secara drama.

Walhal pengajaran subjek bahasa memerlukan banyak latihan yang melibatkan pengungkapan kata, pengucapan awam dan komunikasi berkesan.

Akibat hambatan sukatan pelajaran juga menyebabkan pusat sumber sekolah yang dipenuhi banyak bahan bacaan tambahan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia turut menjejaskan usaha membangun modal insan yang dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.

Sungguhpun begitu, dalam memperkasa BI, Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah proaktif seperti menempatkan penutur jati di sekolah terpilih, mengambil guru bersara mengajar semula secara kontrak dan latihan khas kepada guru yang masih dalam perkhidmatan.