Nasi lemak, oh nasi lemak!

02 Mei 2011, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

RAMAI yang berasa lega apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan untuk menangguhkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah.

Kata beliau, satu kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk memastikan sama ada nasi lemak menjadi punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah.

Baru-baru ini isu pemakanan nasi lemak yang menjadi makanan kesukaan ramai itu telah menjadi bahan perbincangan apabila ia dikatakan menjadi faktor utama kepada kegemukan kanak-kanak. Lantas dicadangkan supaya nasi lemak dikeluarkan daripada menu di kantin sekolah. Jika perlu dibenarkan hanya untuk dijual dua hari sahaja dalam masa seminggu.

Cadangan arahan baru itu telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang mengatakan cadangan itu sangat baik dilaksanakan dan tidak kurang pula yang menentangnya. Kedua-dua pihak mempunyai alasan yang tersendiri.

Bagi menguatkan hujah mereka menyelitkan pelbagai fakta dan data serta disokong melalui kajian-kajian yang berkaitan dengannya.

Sebelum kita menetapkan fikiran sama ada menyokong atau menentang cadangan itu, elok kita buat sedikit kajian tentang isu obesiti dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan obesiti atau masalah kegemukan itu? Secara amnya obesiti bererti pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.

Pada masa kini obesiti dianggap sebagai suatu penyakit dan ia terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan. Obesiti yang melampau boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan dan seterusnya boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Masalah obesiti tidak hanya berkisar dari aspek kesihatan tetapi dikaitkan dengan persepsi terhadap kecantikan dan keanggunan. Di kalangan sebahagian kaum remaja, soal kegemukan menjadi masalah yang cukup besar.

Mereka ingin tampil sebagai manusia yang sempurna yang sering kali dikaitkan dengan memiliki tubuh badan yang ramping dan langsing.

Fenomena ini semakin disemarakkan melalui iklan di media massa terutama melalui televisyen dan akhbar yang selalu menonjolkan watak wanita langsing sebagai ikon dan lambang keanggunan dan kejelitaan. Oleh itu muncullah pelbagai jenis petua dan ramuan ubat-ubatan termasuk minuman dan makanan yang boleh menguruskan dan merampingkan tubuh badan.

Nampaknya perniagaan ini sangat laris dan membawa keuntungan yang besar kepada golongan peniaga.

Persepsi tentang obesiti atau kegemukan ini juga turut dikongsi bersama oleh remaja lelaki. Sebahagian daripada mereka juga merasa takut menjadi gemuk kerana gemuk yang berlebihan akan menyukarkan mereka menarik minat atau perhatian para gadis yang menjadi idaman mereka. Ramai daripada remaja lelaki yang menginginkan untuk mendapat susuk tubuh badan yang sasa dan kelihatan ‘macho.’

Siapakah sebenarnya yang tergolong dalam kalangan obesiti ini?

Sesungguhnya mereka yang dimaksudkan itu pada umumnya dikaitkan dengan berat badan yang dua kali lebih berat berbanding dengan ukuran yang ideal mengikut kiraan Indeks Jisim Tubuh atau BMI. Ia adalah ukuran untuk mengira jumlah lemak dalam badan.

Nilai BMI adalah berbeza mengikut umur dan jantina, sebagai contoh jika anda remaja lelaki yang berusia 14 tahun maka BMI anda adalah di antara 22.62 hingga 27.63. Sekiranya berlebihan daripada angka tersebut anda boleh dianggap berada dalam golongan obes.

Apakah sebenarnya faktor utama yang membawa kepada berlakunya obesiti ini?

Pada umumnya makanan yang berlebihan dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang merupakan faktor utama kepada masalah ini. Makan berlebihan boleh menyebabkan kandungan kalori tidak dapat dibakar sepenuhnya.

Akibatnya kalori yang berlebihan itu akan tersimpan di dalam badan dalam bentuk lemak. Lemak yang berlebihan inilah yang menyebabkan tubuh badan menjadi obes atau gemuk.

Obesiti juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik yang diturunkan daripada generasi sebelumnya. Kerap kita bertemu ibu bapa gemuk mempunyai kecenderungan memiliki anak-anak yang gemuk juga.

Satu lagi faktor yang boleh menyebabkan obesiti ini ialah kegagalan fungsi sistem pengawal yang mengatur perilaku makan yang terletak pada bahagian otak yang dipanggil ‘hipotalamus.’

‘Hipotalamus’ merupakan suatu kumpulan inti sel yang kompleks mempunyai hubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak.

Sekiranya ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan iaitu ‘hipotalamus lateral’ atau HL yang berfungsi menggerakkan nafsu makan lebih kuat atau dominan daripada ‘hipotalamus ventromedial’ atau HVM iaitu yang menghalang atau mengurangkan nafsu makan maka seseorang akan menjadi rakus atau pelahap makan.

Keadaan ini menjadikan seseorang itu makan secara berlebihan dan akibatnya boleh menyebabkan obesiti itu.

Ramai yang berpendapat satu daripada kaedah untuk mengawal masalah kegemukan ialah melalui kerap beriadah atau bersukan. Mereka yang kurang bersukan boleh menyebabkan kekurangan angka metabolisme basal atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh tidak digunakan sepenuhnya.

Kebiasaannya semasa melakukan aktiviti sukan kalori akan terbakar, semakin banyak bersukan maka semakin banyaklah kalori yang hilang. Pada dasarnya dengan bersukan boleh menurunkan berat badan kerana ia dapat membakar kalori dan membantu mengatur fungsi metabolisme normal.

Kebiasaannya tubuh badan yang sihat sering dikaitkan dengan faktor pemakanan. Diet pemakanan yang seimbang dan mengambil makanan yang berzat akan dapat menghasilkan tenaga dan membantu tubuh badan berfungsi dengan lebih baik.

Tabiat mengambil pemakanan yang manis, berkarbonat dan berlemak tinggi termasuk makanan segera boleh mendatangkan penyakit dan menyebabkan berlakunya pertambahan berat badan.

Daripada keterangan di atas ternyata bahawa nasi lemak bukannya satu-satunya faktor yang menyebabkan berlakunya obesiti. Nasi lemak yang mengandungi sambal, ikan bilis, udang, kacang, timun dan telur akan dapat memberikan zat makanan yang terdiri daripada protein, karbohidrat, vitamin E dan zat besi. Kandungan zat ini boleh memberikan tenaga dan membantu pertumbuhan badan yang sihat.

Pengumuman Menteri Pelajaran untuk mengkaji isu obesiti yang dikaitkan dengan nasi lemak sangat dialu-alukan.

TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM

ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran.

Parents should be held responsible

Friday April 29, 2011

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/29/focus/8572620&sec=focus

WHILE we cannot deny that obesity among children is a cause for concern, schools, especially the canteens, should not be blamed.

Is the canteen the place where students spend most of their eating time?

Each student has about 20 minutes for recess and only spends about 15 minutes in the canteen, taking into consideration the time taken to and from the canteen and to queue for food.

How much nasi lemak and mee goreng can a student consume in 15 minutes? It is ridiculous to blame schools for contributing to obesity.

The fault lies with the parents. Parents should educate their children on eating habits. They are the ones who should cultivate good eating habits in the first place.

How many parents can say that their children do not consume similar food outside the school? I would not be surprised if the majority cook the same food at home.

To make matters worse, children have the option of eating outside. Nowadays, parents are so busy that they give children extra pocket money, and where does this money end up where food is concerned?

Obviously, the money is spent on unhealthy food, including junk food.

Let’s be a bit rational and empathise with the canteen operators.

I think it is unfair to ban nasi lemak, noodles, nuggets, sausages and burgers with immediate effect.

How are the operators going to adapt to the sudden changes within a short period? They have been serving these kinds of food for years and to ask them to change the menu without considering their plight is unfair.

If the government wants to implement new rules for canteens, they should do so in 2012.

Canteens in small schools cannot survive without selling the above food items. We should not forget that students from rural schools need “stomach-filling” food and nasi lemak is one which can sustain them until they get home.

The people who are calling the shots should realise that students spend more ‘eating time’ outside school and so the onus is on parents to take care of the well-being of their children.

Don’t pass the buck to schools. And why should teachers be tasked with recording the BMI of the students?

What is the point of teachers calculating the BMI when there are parents who are not the least bothered?

In reality, students who come from financially stable families are the ones who are on the heavier side.

The poor students are not much affected by obesity and this is my observation as a teacher for three decades.

Do not blame the schools, teachers or canteen operators for the fallacy of the parents.

Don’t expect the teachers to be surrogate parents every time a problem arises.

JAYARAJ K.G.S.,

Sitiawan.

8 pelajar keracunan makanan

29 April 2011, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
SEBAHAGIAN daripada lapan pelajar SMK Malim keluar dari Farmasi Klinik Pakar Hospital Melaka selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah, semalam.

MELAKA 28 April – Lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim di sini dikejarkan ke Hospital Melaka setelah mengalami keracunan makanan disyaki selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah tersebut hari ini.

Difahamkan, kesemua pelajar perempuan tersebut tiba di hospital terbabit menaiki tiga buah ambulans selepas mereka mengadu sakit perut.

Salah seorang ibu pelajar berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendapat panggilan daripada pihak sekolah mengatakan dua anak perempuannya dibawa ke Hospital Melaka akibat keracunan makanan.

“Pihak sekolah menelefon saya kira-kira pukul 12 tengah hari memaklumkan anak saya mengalami sakit perut kerana keracunan makanan selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah pada pukul 10 pagi.

“Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku, malah sebelum ini saya sudah beberapa kali mengadu tentang makanan di kantin sekolah tersebut yang kurang memuaskan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital di sini hari ini.

Salah seorang pelajar yang sempat ditemui mendakwa, selain nasi goreng, makanan seperti kentang goreng yang dijual berlendir.

“Akibatnya, saya mengalami sakit perut selepas mengambil makanan itu,” katanya yang enggan dikenali.

Sementara itu, tinjauan di bahagian Farmasi Klinik Pakar Hospital Melaka mendapati, beberapa pelajar sedang mendapatkan ubat setelah mengalami sakit perut.

Usaha pemberita untuk menemubual pelajar juga cuba dihalang beberapa guru sekolah terbabit.

Malah beberapa ibu bapa pelajar berkenaan yang ditemui juga enggan mengulas lanjut atas arahan guru sekolah.

Kesemua pelajar terbabit bagaimanapun dilihat meninggalkan pekarangan hospital selepas kira-kira dua jam kemudian.

Henti salahkan nasi lemak

29 April 2011, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 28 April – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan ibu bapa supaya menguruskan pemakanan anak dengan baik dengan membawa bekal ke sekolah setiap hari.

Katanya, langkah itu adalah jalan terbaik memastikan anak-anak sihat daripada terus menyalahkan penjual nasi lemak, pengurusan kantin sekolah dan penjual ‘jajan’ di luar kawasan sekolah.

”Ini pandangan saya, sama ada makanan tidak sihat dijual dalam sekolah, mahupun luar sekolah, sebenarnya ia bergantung kepada pembeli.

”Jika anak kita menggemarinya, maka berlakulah urusan jual beli itu. Tetapi jika tiada pembeli, jual apa pun, pasti tiada siapa yang peduli untuk membelinya,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad memberitahu, kenapa cepat sangat melenting dan menyalahkan nasi lemak, kononnya menyebabkan anak menjadi gemuk.

”Orang di Amerika sana, tak makan nasi lemak pun, tetapi gemuk-gemuk juga. Jangan cepat ‘melantun-lantun’ dalam membuat keputusan. Kita tidak mahu pentadbiran yang ‘melantun-lantun’,” katanya.

Tambahnya, individu yang berniaga di luar sekolah mahupun dalam sekolah, semuanya hendak mencari rezeki.

”Mungkin mereka diberhentikan kerja atau berhadapan kesukaran untuk mendapatkan kerja. Maka mereka berniaga kecil-kecilan dan hendak sara anak serta isteri.

”Kita kena tengoklah perkara ini, kepayahan orang ramai berniaga. Ini sampai hendak suruh tangkap penjual ‘jajan’ dan kompaun peniaga nasi lemak,” katanya.

Justeru Mohamad mahu ibu bapa dahulu memainkan peranan dan pastikan anak-anak membawa makanan yang sihat dari rumah dan menyediakan wang poket yang seimbang atau tidak berlebihan.

”Kalau semua pihak mainkan peranan dalam hal ini, tanpa menjejaskan periuk nasi orang lain dan kepentingan mereka, akhirnya semua akan merasa gembira,” katanya.

Ministry urged to conduct more detailed studies of obesity in school children

Posted on April 27, 2011, Wednesday

http://www.theborneopost.com/?p=126324

MIRI: More comprehensive studies need to be carried out on the real cause of obesity in school children.

The recent issue of what to sell or not to sell in school canteens had led the Ministry of Health’s Nutrition Division to consider banning some 15 food items deemed unhealthy for children.

“I hope that the government does a proper study before coming up with more bans on the types of food to sell in school canteens,” said the SJK(C) Chung Hua Miri canteen operator Goh Chiew Kok yesterday.

Goh and his spouse won the tender of being the school canteen operator in October last year, and had paid the tender price of RM60,000 upfront for 10 months’ of operation in the school.

The typical canteen operator faces short operation hours and long school holidays which added to their pressure of trying to run a business profitably.

“We are barely making ends meet nowadays, and with more restrictions on what we can or cannot sell, it really squeezes our margins very tightly,” said Goh who professed to be in the canteen business since 1985.

From his experiences of being a canteen operator in various schools, he observed that it is harder to do business in Chinese schools due to the need for greater variety demanded by their customers.

“I have many relatives in the food canteen business in Miri, and they told me about the high rentals like us too. It’s easier in a Malay medium school, because they liked food like nasi lemak while Chinese school pupils don’t,” he said.

He also related problems of the typical canteen operators like him, who had to employ seven to eight workers at an average pay of RM700 or more per month and which adds up to the overhead of another RM60,000 annually.

His workers had to do extra chores of cleaning up after customers who also brought in outside food.

“We already stopped selling junk foods and certain types of foods like keropok and carbonated drinks. But our customers will buy from outside and bring into school, and they also complained about us not selling things they liked like carbonated drinks,” he explained.

His canteen already sells fried rice, and fried noodles, but he felt it is unsuitable to sell noodle or kuey teow soups which can be dangerous to kids if the hot soup is spilled accidentally.

He was fortunate that his canteen was allowed to sell stationery which helped them make extra profits.

He told of some schools with cooperatives that restrict what the canteen can sell, and even some school cooperatives which operated their own canteens.

“My wife has to wake up as early as 1.30am to prepare for the day in school, fetch our workers to the canteen by 4.30am, and prepare for the next day until late at night. We make sure our food is fresh and of good quality, so it’s very hard work, and we barely have enough sleep except for weekends,” he added.

Meanwhile, an educationist who declined to be named also hoped that the authorities do a more thorough study on the real causes of child obesity instead of blaming it all on the school canteen.

A research conducted by Universiti Kebangsaan Malaysia revealed that in 2000, the obesity rate among children aged between 7 and 12 was 9.7 per cent, while in 2008, it had increased to 13.7 per cent.

Liow: No ban on sale of nasi lemak

Thursday, April 28, 2011

BANGI:There has never been any calls to ban or restrict the sale of nasi lemak in school canteens or elsewhere, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said.

He said the food items listed in the revised guidelines for school canteens were merely “recommendations” intended to increase the number of healthy food choices for students.

“Nasi lemak is healthy.
“The ministry had never called for a ban on our traditional food in school canteens.

“The recommendations were for school children to enjoy a wider va of food served in their schools,” he told a press conference after meeting Japanese Ambassador to Malaysia Masahiko Horie for lunch yesterday.

He said the impetus for the revision was to reduce obesity levels among children and to introduce them to a healthier lifestyle, starting with their eating habits.
“If there was a pre-determined schedule for school canteens to serve different types of food every day, schoolchildren will be exposed to different types of foods which is essential for a balanced diet.”

“The issue was never about judging which foods were healthy or unhealthy.

“The ministry did not say nasi lemak was unhealthy therefore it must be banned or restricted,” he said.
Clarifying recent media reports stating that nasi lemak will only be served in schools twice a week, he said the recommended schedules and list of foods to be served have yet to be finalised.

“A committee was set up to oversee the revision of food guidelines for school canteens.

“They are still working out the details with our counterparts in the Education Ministry,” he said.

Liow urged the public not to speculate or politicise the matter.

“There is no conspiracy or hidden agendas.

“This was a simple exercise to ensure our next generation have the best guidance to living a healthier lifestyle,” he said.

Meanwhile, an education ministry official said officers from both the health and education ministries would be meeting next week to discuss the matter.

Pentadbir sekolah patut pikul tanggungjawab

Khamis , 28 April 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pentadbirsekolahpatutpikultanggungjawab/Article

Oleh Zainor Said
zaino@bharian.com.my

Pantau makanan di kantin, guru wajar beri kaunseling kepada murid elak obesiti meningkat

DALAM rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 baru-baru ini, pengacaranya Aziz Desa secara berseloroh mencadangkan supaya nasi lemak kini diberi nama baru–- nasi lem – bagi memberitahu orang ramai bahawa kadar lemak pada nasi itu sekarang sudah banyak dikurangkan berbanding sebelum ini.

Persoalan sebenar ingin disuarakan Aziz yang memang terkenal dengan celotehnya menerusi segmen pagi saluran ‘Di Hatiku’ itu ialah apakah benar nasi lemak menjadi punca utama obesiti dan diabetes di kalangan pelajar hari ini, sehingga penjualannya di sekolah mahu dihadkan kepada dua kali seminggu?

Selain Aziz, beberapa pihak lain turut mempersoal langkah Kementerian Kesihatan menyenaraikan nasi lemak satu daripada 70 jenis makanan yang dihadkan penjualannya di sekolah. Sebelum ini, umum menjangka nasi lemak akan dimasukkan dalam senarai 15 jenis makanan yang dilarang penjualannya di semua sekolah kerana kajian mendapati amalan memakan nasi lemak setiap hari menjadi antara punca utama pelajar mengalami berat badan berlebihan.

Mungkin setelah menyedari sentimen sesetengah golongan terhadap makanan tradisional orang Melayu ini serta rasa simpati kepada pengusaha kantin dan peniaga kecil yang mencari rezeki dengan menjual nasi lemak, akhirnya Kementerian Kesihatan hanya mengehadkan penjualannya kepada dua kali seminggu.

Bagi sesetengah pihak, langkah Kementerian Kesihatan melarang penjualan 15 jenis makanan dan minuman di semua kantin sekolah itu agak drastik. Tetapi kita percaya keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan membuat kajian terperinci dan menyeluruh mengenai kesan pemakanan tidak sihat ini.

Antara makanan yang dilarang itu termasuk semua makanan yang diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta minuman kopi dan teh. Makanan lain ialah mi segera, gula-gula, konfeksi ais dan ais skrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan.
Larangan berkenaan selaras dengan pengenalan Garis Panduan Pemakanan Sihat di Sekolah yang akan berkuat kuasa mulai bulan depan. Difahamkan garis panduan terbaru itu dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bertujuan mengemaskini panduan pemakanan sihat di kalangan pelajar sekolah mengikut keperluan dan gaya hidup semasa.

Isu penjualan makanan di kantin sekolah bukan perkara baru. Ini bukan kali pertama kerajaan memperkenalkan garis panduan serta peraturan yang dikenakan ke atas pengusaha kantin sekolah. Sebelum ini Kementerian Pelajaran juga telah mengedar Panduan Pengurusan Kantin Sekolah berhubung penyediaan dan penjualan makanan yang dibenarkan untuk murid sekolah rendah dan pelajar menengah.

Oleh kerana pemantauan tidak dilakukan secara berterusan, kebanyakan pengusaha kantin tidak mematuhinya. Ada di kalangan mereka masih menjual makanan tidak berkhasiat kepada pelajar. Ia termasuk makanan ringan import yang dikatakan mengandungi bahan pewarna berbahaya, pengawet serta asid berlebihan yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan serta tumbesaran murid.

Antara punca permasalahan ini ialah kebanyakan pengusaha kantin tidak mempunyai maklumat serta kesedaran mengenai kesan buruk makanan ringan yang mengandungi bahan berbahaya ini. Justeru, kita tidak boleh menyalahkan pengusaha kantin seratus peratus dalam soal ini, apatah lagi apabila mereka mendapati makanan ringan yang dikatakan berbahaya itu dibenarkan pula jualannya di luar sekolah.

Bagi menjayakan usaha murni itu, Kementerian Kesihatan hendaklah menjalin kerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran agar pihak pentadbir sekolah diberi tanggungjawab memantau penyediaan makanan oleh pengusaha kantin secara berterusan mengikut garis panduan yang dikeluarkan.

Guru pula harus berperanan memberi panduan serta kaunseling kepada setiap murid terutama yang berpotensi menghidap obesiti kerana lazimnya kata-kata guru cukup kuat pengaruhnya kepada murid.

Hakikatnya, kita harus menerima kenyataan bahawa anak kita hari ini terutama yang berada di sekolah rendah jarang sekali didedahkan dengan amalan pemakanan sihat. Bukan saja ketika mereka berada di sekolah, malah di luar waktu sekolah, meskipun ketika mereka berada bersama keluarga. Kalau ada pun, mungkin bilangannya hanya segelintir yang tahu pentingnya memakan makanan berkhasiat.

Tanya anak kita, apa mereka makan di sekolah pada waktu rehat setiap hari. Tentunya antara yang paling popular nugget, sosej, burger, keropok lekor dan makanan jajan yang lain. Selain itu nasi lemak, mi dan bihun goreng juga termasuk antara makanan yang menjadi pilihan mereka. Manakala minuman pula ialah air bergas atau berkarbonat, minuman berais, ais krim atau sirap. Jarang sekali mereka minum air kosong (air masak) atau air mineral.

Pendek kata pelajar hari ini akan makan apa saja yang kena dengan selera mereka tanpa mempedulikan sama ada makanan berkenaan berkhasiat atau pun tidak, jauh sekali memikirkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan mereka.

Jika mereka tidak dibimbing dan tabiat pemakanan tidak sihat ini tidak dikawal mulai sekarang, tidak mustahil ramai di kalangan pelajar kita akan menghidapi penyakit tidak berjangkit berpunca daripada berat badan berlebihan atau obesiti seperti diabetes dan tidak mustahil juga sakit jantung pada usia muda.

Sekolah institusi paling sesuai memupuk nilai murni termasuk gaya hidup dan pemakanan sihat. Ibarat kata pepatah, jika mahu melentur buluh, biar dari rebung. Jika tabiat buruk pemakanan sudah sebati dalam kehidupan harian seseorang sehingga meningkat dewasa adalah sukar bagi mengubah tabiat buruk itu.

Purata pelajar berada di sekolah antara tujuh hingga lapan jam pada setiap hari persekolahan dan waktu rehat mereka antara 20 hingga 30 minit saja. Masa selebihnya termasuk hujung minggu dan cuti sekolah pelajar berada di luar sekolah atau bersama keluarga di rumah.

Sudah pasti tabiat pemakanan kanak-kanak banyak dipengaruhi faktor keluarga dan persekitarannya. Justeru, wajar maklumat berkaitan Garis Panduan Pemakanan Sihat diperkenalkan itu turut didedahkan kepada setiap ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran dalam membantu pihak sekolah mendidik pelajar mengamalkan budaya pemakanan sihat