KWSP-Kementerian Pelajaran perkenal modul Employability Skills

6 November 2012, Selasa

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan modul Employability Skills di 15 sekolah vokasional terpilih yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pelajar.

Kesemua 15 sekolah vokasional tersebut dipilih daripada 78 sekolah vokasional di seluruh negara yang dinaik taraf kepada kolej vokasional oleh Kementerian Pelajaran sebagai projek perintis.

Modul yang dijangka bermula pada Januari tahun depan itu akan memberi tumpuan kepada perkara berkaitan keselamatan sosial dan bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab dan hak-hak mereka sebagai pekerja atau majikan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, sebagai sebuah dana persaraan terulung dan tanggungjawab sosial korporat, KWSP memperkenalkan program itu bertujuan mendedahkan generasi muda dan pekerja terhadap kepentingan merancang lebih awal untuk hari tua.

”Modul ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu berkaitan, sebagai tambahan kepada kemahiran teknikal dipelajari untuk memasuki alam pekerjaan.

”Sebagai persediaan untuk pelaksanaan, KWSP dan kementerian sedang mengadakan bengkel melatih 30 guru terpilih dari kolej vokasional bagi membincangkan pelbagai topik berkaitan keselamatan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Modul Employability Skills kepada Kementerian Pelajaran di Kajang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab; Pegawai Eksekutif Tertinggi Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Penerangan dan Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Roslan Ibrahim dan Pengarah Akademi Pencukaian Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Adzhar Sulaiman.

Tambah Ibrahim, ramai pencarum salah faham mengenai peranan KWSP dengan beranggapan menyimpan wang di institusi itu sama seperti di institusi perbankan.

”KWSP beranggapan melalui pendidikan, peranan sebenar kami dapat disampaikan terutama dalam membantu kerajaan mencapai kemajuan sosial yang seimbang.

”Terdapat tiga peranan yang boleh dimainkan menerusi pendidikan iaitu memberi penerangan mengenai konsep dan sistem perlindungan sosial, meningkatkan kesedaran terhadap hak-hak pekerja dan memberikan gambaran jelas peranan sistem keselamatan sosial bagi mengelakkan salah faham.

”Pembangunan modul ‘Employability Skills’ ini diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih luas untuk membangunkan keselamatan sosial dan skim KWSP, merangkumi pendidikan di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,” jelasnya.

Angkasa bakal tambah peruntukan urus koperasi sekolah kepada RM13 juta

06 September 2012, Khamis

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120906/pe_02/Angkasa-bakal-tambah-peruntukan-urus-koperasi-sekolah-kepada-RM13-juta

 

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal menambah peruntukan untuk menguruskan koperasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia kepada RM13 juta pada tahun depan berbanding RM9 juta tahun ini.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, peruntukan sedemikian perlu bagi memperkasakan koperasi sekolah agar tidak hanya tertumpu pada penjualan alat tulis dan buku sahaja.

Menurutnya, koperasi sekolah berkemampuan menjadi platform menanam minat generasi muda negara ini untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan khususnya peruncitan.

“Angkasa mempunyai pasukan khas bertujuan membimbing koperasi sekolah negara ini bagi melebarkan sayap perniagaan mereka melibatkan pelbagai perniagaan lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Angkasa di Wisma Angkasa, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin serta Pengerusi Media Prima Bhd., Datuk Johan Jaaffar.

Tambah Mohd. Ali, Angkasa turut berbangga dengan kejayaan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St. George (SMKPSG) Pulau Pinang yang muncul naib juara sewaktu pertandingan amalan baik koperasi institusi pendidikan negara-negara Komanwel di Mauritius, baru-baru ini.

“Kejayaan koperasi sekolah terbabit wajar dijadikan contoh kerana berjaya menimbulkan minat pelajar menceburi bidang perniagaan tanpa mengganggu waktu persekolahan.

“Pengurusan koperasi sekolah itu terbukti berkesan apabila berjaya menambahkan keuntungan tahunan mereka daripada RM6,788 pada 2005 kepada RM131,915 tahun lalu,” jelasnya.

Selain daripada menguruskan kedai buku dan alat tulis, koperasi sekolah itu turut terlibat dengan perniagaan lain antaranya kafeteria, kedai mini, kafe siber, pusat kecergasan, khidmat katering, hotel bajet dan pertanian.

Komanwel iktiraf Koperasi Sekolah Perempuan St. George P. Pinang

05 September 2012, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120905/dn_21/Komanwel-iktiraf-Koperasi-Sekolah-Perempuan-St-George-P-Pinang

Shariffah Afifah Syed Abbas merakam kenangan selepas membuat pembentangan di Mauritius pada 24 Ogos lepas atas tajaan Angkasa.

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St. George (SMKPSG) Pulau Pinang mendapat pengiktirafan daripada Sekretariat Komanwel apabila mendapat tempat kedua pertandingan amalan baik koperasi institusi pendidikan negara-negara Komanwel di Mauritius, baru-baru ini.

Pengetua SMKPSG, Shariffah Afifah Syed Abbas berkata, pada Februari lepas pihak sekolah dimaklumkan oleh Sekretariat Komenwel bahawa amalan baik yang dilaksanakan koperasi sekolah itu telah disenarai pendek dalam 20 amalan terbaik di bawah program The School Cooperatives: A Training Ground for Future Entrepreneurs. Dalam kenyataan di sini semalam, beliau berkata, pada Mei lepas pula, SMKPSG dipilih ke pertandingan akhir menerusi 10 daripada 123 amalan baik yang disenaraikan dalam peringkat itu.

Shariffah Afifah berkata, beliau serta seorang pelajar tingkatan empat, Sharifah Musaisha Aina Syed Mustafa dijemput membuat pembentangan di Mauritius pada 24 Ogos lepas atas tajaan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Beliau berkata, pada pertandingan itu, di hadapan empat hakim dari Swaziland, St Lucia, Samoa dan Bangladesh, SMKPSG berjaya meraih tempat kedua daripada puluhan peserta yang mengambil bahagian.

Shariffah Afifah berkata, aktiviti perniagaan koperasi di SMKPSG tidak terhad kepada mengurus kedai buku sahaja tetapi beberapa jenis perniagaan di cawangan asrama, kafeteria, kedai mini, kafe siber, pusat kecergasan, khidmat katering, hotel bajet dan pertanian cili fertigasi.

Beliau berkata, pelajar yang terlibat kini lebih yakin, dapat berkomunikasi, kreatif dan berinovatif manakala prestasi koperasi juga bertambah baik dari setahun ke setahun dan keuntungan bertambah daripada lebih RM6,000 pada 2005 kepada lebih RM131,000 pada tahun lepas. – BERNAMA

School co-operative initiative welcomed

Posted on June 30, 2012, Saturday

by Peter Boon, reporters@theborneopost.com.

Abu Seman Jahwie

Felician Teo

William Ghani Bina

SIBU: Co-operatives, if managed well, will yield synergetic effects for members while honing their management and entrepreneur skills, exposing them to mechanics of business start-ups.

Jemoreng assemblyman Abu Seman Jahwie felt that such an initiative should go beyond the school gate.

Sarawak Teachers’ Union (STU) president William Ghani Bina while lauding the initiative, clarified that it was not a directive but merely an encouragement for secondary schools to set up cooperatives.

“It should be introduced to every level of society thus creating more entrepreneurs, and leading to the creation of more job opportunities to help boost the economy.

“The merits are many as members can purchase goods at competitive prices. Co-operatives benefit all strata of society,” Abu Seman told The Borneo Post.

He, however, warned against mismanagement that could bring about negative effects.

He was asked his view on the announcement that all secondary schools, including mission schools will need to form their own cooperative come 2015.

Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Deputy Minister Datuk Rohani Abdul Karim revealed in Kuching on Thursday that based on Malaysian Cooperative Commission (SKM) of the 187 secondary schools in Sarawak, eight were still without a cooperative.

She was quoted as saying that they were going to give the eight a push and expect all secondary schools in the state to have cooperatives.

Abu Seman, who is a political secretary to the Chief Minister, lauded such a move, saying that students would be exposed to the mechanics of entrepreneurial skills early.

“This is certainly a good idea and students stand to benefit from such initiative in terms of management and business acumen.”

Educationalist Felician Teo noted most importantly, exposure to cooperative running will help young people make the school- to-work transition much easier and become more industry relevant in the workplace.

From his candid observation, he said: “It offers a platform for school students to hone their management and entrepreneurial skills in business. Besides, it is a training ground for these students to have hands-on experience to become successful entrepreneurs later in life.”

Students will get early exposure to the mechanics of setting-up a business, understanding financial statements, governance, financial management as well as the rights and responsibilities of co-op board members, he said.

He added: “Various programmes and projects implemented by school co-ops in collaboration with Angkasa (National Co-operative of Malaysia) and the Co-operative Commission of Malaysia will enable the students to become more creative and innovative thinkers while acquiring knowledge on the finer points of doing business.”

Ghani explained: “I have sought clarification from the Education Department that it was not a directive but merely an encouragement for secondary schools to form their own cooperative.”

He assured that the idea had strong backing from STU as it inculcated an entrepreneurial mindset among students.

“Academic qualification alone may not be able to secure jobs in the competitive job market. Therefore, with sharpened management and entrepreneurial skills, students could venture into business in future,” Ghani said.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/30/school-co-operative-initiative-welcomed/#ixzz1zQhWSYmP

Co-op for every school by 2015

Posted on June 29, 2012, Friday

by Johnson K Saai, reporters@theborneopost.com.

GOING GREEN: Rohani planting a tree to mark her official visit to the school yesterday. — Photo by Jeffery Mostapha

KUCHING: By 2015, all secondary schools, including mission schools must set up their own cooperative.

Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Rohani Abdul Karim revealed that based on the record provided by Malaysian Cooperative Commission (SKM) of the 187 secondary schools throughout Sarawak, eight were still without cooperative.

“Most, if not all, of those without cooperative are mission secondary schools. They have yet to form their school cooperatives because their management boards said they were still not ready to set up one.

“So now we are going to give them a push and by 2015, we expect all secondary schools in Sarawak will have cooperatives,” she said.

Speaking to reporters after the launch of Cooperative Day activities at Kolej Datu Patinggi Abang Abdillah in Petra Jaya here yesterday, Rohani said cooperatives would not only help the schools to generate income, it could also enable the students to gain basic business skills.

“In this regard, the Education Ministry had informed all secondary schools, including mission schools to set up cooperatives and we believe that by 2015, no school will be left out,” she added.

She added that the government also encouraged all schools, including those at the primary level, to form their own consumerism club.

“This programme is already very popular in Peninsular Malaysia and now we hope that schools as well as institutions of higher learning in Sarawak will also follow suit,” she said.

She explained that this was necessary because the students must know more about their
rights as consumers.

Earlier in her speech, she disclosed that as of May 30 this year, a total of 803 cooperatives had been registered in the state including 179 established in schools.

According to her, up to December 31 last year, Sarawak tregistered 214,740 school cooperative members with capital share amounting to RM1.33 million and asset value of nearly R20.6 million.

“From the shares and assets the school cooperatives could achieve a turnover of about RM18.3 million and nett profit of RM3.03 million. This shows that school cooperatives have a very strong foundation and should be able to go even further,” she stated.

On the status of the Kolej Datu Patinggi Abang Abdillah cooperative, Rohani said that it was among the top 100 in the country and at the state level it was one of the top 10.

She said for them to achieve such a position was something beyond expectation because usually only cooperatives in the rural areas experienced steady growth but not those in urban centres.

“So to me for the cooperative of Kolej Datu Patinggi Abang Abdillah to make such an achievement is something really tremendous and the students and teachers deserved all the credit,” she said.

Among those present at the occasion yesterday was deputy State SKM director Joseph Teng Mun Koh and Kolej Datu Patinggi Abang Abdillah senior assistant Aishah Ahmad.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/29/co-op-for-every-school-by-2015/#ixzz1z8wXw3JI

Angkasa cadang guru khas koperasi sekolah

20 April 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

KUCHING 19 April – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mencadangkan supaya jawatan Guru Penolong Kanan Koperasi Sekolah diwujudkan dengan tujuan meningkatkan perolehan koperasi.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kertas cadangan mengenai perjawatan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Jun ini.

“Ini merupakan idea baharu memandangkan pada masa ini kebanyakan koperasi sekolah tidak mempunyai pengurus.

“Ia kerana nilai jualan atau perolehan mereka tidak begitu tinggi memandangkan terlalu memberi tumpuan kepada pasaran untuk warga sekolah masing-masing sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah 2012 Peringkat Negeri Sarawak dan lawatan ke koperasi Sekolah Menengah Agama Matang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, pihaknya akan melakukan kajian di peringkat akar umbi dengan mengadakan pertemuan bersama para guru bagi mendapatkan maklum balas terhadap cadangan perjawatan tersebut.

Pada masa sama, katanya, Angkasa akan melakukan perbincangan bersama wakil kementerian berkaitan sebaik sahaja program jelajah Taklimat Program Koperasi Sekolah di seluruh negara selesai.

“Selepas itu, kita akan membuat kertas cadangan sebelum dikemukakan kepada KPDNKK bagi menjelaskan kenapa jawatan Guru Penolong Kanan Koperasi Sekolah perlu diwujudkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pada masa ini 30 koperasi sekolah di seluruh negara menunjukkan minat bekerjasama dengan Angkasa untuk menjual barangan runcit.

Tiga daripada koperasi sekolah itu adalah dari Sabah antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dan SMK Lundu.

“Disebabkan tuntutan semasa selain beban kos sara hidup dan barang keperluan semakin meningkat yang dihadapi masyarakat termasuk para guru, maka koperasi sekolah boleh memainkan peranan dengan menjual produk seperti COOP 1Malaysia yang menawarkan harga yang murah,” katanya.

School co-operatives can enjoy similar facilities as other co-ops — Angkasa

Posted on April 20, 2012, Friday

GREAT VARIETY: Abdul Fattah (right) and Armi (left) taking a closer look at the variety of textiles sold at SM Agama Matang’s co-operative while the school’s committee chairman Rosland Mohamad Saini (second left) and students look on.

KUCHING: Malaysian National Co-operative Movement (Angkasa) deputy president Datuk Abdul Fattah Abdullah believes school and adult co-operatives can both enjoy the same facilities.

“This is because the co-operative culture has become more relevant and accepted by society,” he said in his speech during his visit to SM Agama Matang here yesterday.

Abdul Fattah, who earlier attended the closing ceremony of State-Level School Co-operative Briefing Programme, commended the school’s co-operative for its success in last year’s national level School Co-operative Day Competition where they emerged as first runner-up.

“I hope that SM Agama Matang will be able to maintain their success year after year as it is not easy for a school to achieve such an accolade annually,” he said.

SM Agama Matang’s co-operative have been participating in the competition since 2006 winning the championship in 2010.

Also present at the event were Angkasa vice-president Armi Zainuddin and Angkasa Sarawak chairman Yusuf Samah.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/20/school-co-operatives-can-enjoy-similar-facilities-as-other-co-ops-angkasa/#ixzz1sXjnbwSC

New post to oversee school co-ops proposed

Posted on April 20, 2012, Friday

by Lee Ya Yun, reporters@theborneopost.com.

KUCHING: Malaysian National Co-operative Movement (Angkasa) will propose to the Ministry of Education (MOE) to create a new senior assistant post to coordinate the care of co-operatives in secondary schools.

Deputy president Datuk Abdul Fattah Abdullah yesterday said they are currently collecting feedback from schools on the feasibility of the proposal.

He told a press conference after the closing ceremony of State-Level School Co-operative Briefing Programme here that they hoped to forward the proposal to MOE by June.

“We believe that the new post will help reduce the burden of the teacher in charge for a co-operative, who usually is also the secretary of the co-operative.

“It will also help to enhance the management standard of co-operatives so that they can play a greater role in contributing to the co-operative sector.”

Fattah stressed that improving the management of school co-operatives was essential to achieve the target set for the co-operative sector to contribute at least five per cent to the Gross Domestic Product (GDP) of Malaysia by 2013.

He revealed that the 2,200 school co-operatives contributed merely 1.8 per cent from the RM10 billion annual turnover of the sector.

The RM10 billion was generated from 9,200 co-operatives throughout the nation, which was only two per cent of the GDP, he said.

“Introducing 1Malaysia products is one of the ways Angkasa believes school co-operatives could consider as the products are cheaper than the market price, about 30 per cent. To date, there are 30 school co-operatives that have included these products and three are from Sarawak.”

Fattah added that they have identified several suppliers such as Mydin to work with school co-operatives to bring in more 1Malaysia products.

Earlier in his speech, Fattah advised school co-operatives to be sensitive to the market demand such as introducing products and services in conjunction with festive season.

“School co-operatives can consider setting up childcare and spa centres that target female teachers.

“Another area would be providing micro-finance to members.”

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/20/new-post-to-oversee-school-co-ops-proposed/#ixzz1sXjSKRis

Koperasi sekolah disaran sertai Kopsya

15 Februari 2012, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm

ABDUL Fattah Abdullah mengedarkan brosur kempen keahlian Kopsya kepada sebahagian guru di Sungai Petani, Kedah, semalam.

 

SUNGAI PETANI 14 Feb. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memperhebatkan kempen menambah keahlian di kalangan 2,200 koperasi sekolah untuk menyertai Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) mulai bulan depan.

Timbalan Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penyertaan di kalangan koperasi sekolah diperlukan bagi membolehkan pihaknya mengumpul lebih banyak dana di samping menawarkan kemudahan pembiayaan mudah kepada ahli-ahli yang bernaung di bawahnya.

Katanya, langkah tersebut juga dilihat mampu membantu kakitangan akademik dan sokongan di sekolah-sekolah agar membebaskan diri daripada dibelenggu masalah hutang dan kemungkinan diisytihar muflis.

“Peranan Kopsya adalah untuk membantu ahli-ahli koperasi di kalangan penjawat awam termasuk di sekolah menstrukturkan semula pinjaman bank mereka.

“Bagaimanapun, untuk membolehkan penjawat awam ini layak mendapatkan pinjaman, mereka perlu menyertai koperasi sekolah terlebih dahulu dan seterusnya menganggotai Kopsya,” katanya pada majlis penutup Taklimat Program Koperasi Sekolah 2012 Peringkat Kedah di sini hari ini.

Hadir sama, Penolong Pengurus (Pembangunan) Bahagian Pendidikan, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan Angkasa, Roszurina Omar.

Abdul Fattah memberitahu, setakat ini lebih 200 koperasi kredit membabitkan dana terkumpul berjumlah RM360 juta telah menyatakan komitmen untuk menyertai Kopsya.

“Setiap koperasi disyaratkan menyumbang dana minimum sejumlah RM1,000 atau maksimum RM15 juta untuk menyertai Kopsya,” katanya.

Koperasi sekolah disaran jual produk Coop 1M

04 November 2011, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Ismail Sabri Yaakob bersama Dr. Mohd. Ali Baharum beramah mesra dengan pelajar dari koperasi SMK Dr. Burhanuddin Taiping Bhd. di Shah Alam, semalam.

 

SHAH ALAM 3 Nov. – Semua kedai koperasi sekolah dan kedai runcit koperasi disaran menjual produk ‘Coop 1Malaysia’ (Coop 1M) bagi membantu kerajaan mengekang masalah kenaikan harga barang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui langkah itu, warga sekolah dan ibu bapa mempunyai satu lagi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.

Beliau berkata, koperasi berkenaan boleh memperoleh barangan Coop 1M melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF).

“Barangan Coop 1M yang saya lancarkan minggu lalu harganya 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada produk biasa dan setakat ini terdapat 25 jenis barangan keluaran KPF.

“Saya harap semua koperasi di sekolah boleh menjual produk ini dan kalau tak cukup mereka boleh mendapatkan barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menutup Sambutan dan Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Md. Yusof Samsudin; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd., (Angkasa), Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum dan timbalannya, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin Taiping Bhd., muncul Kedai Koperasi Terbaik peringkat kebangsaan yang memperoleh enam bintang.

Ismail Sabri turut mengumumkan berita baik kepada semua koperasi sekolah yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan mendapat kontrak membekalkan alat tulis tanpa had untuk sekolah masing-masing.

Sebelum ini kontrak yang dibenarkan hanya RM10,000 .

”Saya harap semua guru besar akan memberi peluang ini kepada koperasi sekolah masing-masing kerana keuntungan yang diperoleh bakal dikongsi oleh ahli koperasi sekolah itu sendiri,” katanya.