2011, Arkib Berita, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Masalah Pelajar

Students running foul of the law

Thursday March 10, 2011

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/10/sarawak/8224224&sec=sarawak

 

KUCHING: Male and female students are getting equal attention lately, but all for the wrong reasons and from the police.

Yesterday, a group of Form Three male students were picked up by the police from their school around noon.

Wearing tidy uniforms with their school bags on their back, the students, who were involved in an assault case, looked at the floor when they saw reporters snapping photographs of them.

They had allegedly assaulted a Primary Six pupil in front of a fast food restaurant near their school earlier this week.

Facing possible charges: The five who allegedly assaulted a Primary Six pupil arriving at the police station.

It is learnt that two punched and kicked the hapless victim while the others surrounded him.

Last week, a group of Form Two female students from a school in Petra Jaya were reported to have attacked their school mates. Two were arrested for investigation.

It is learnt that the police are looking for several more students from a different school who were involved in another assault case.

Advertisements
2011, Arkib Berita, Forum, Masalah Guru, Surat

Syarat guru naik pangkat

Khamis , 10 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syaratgurunaikpangkat/Article/index_html

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk kepada SMS ‘Avim (BHA33634)’ mengenai peluang guru KPLI sekolah rendah untuk naik pangkat tipis, seperti yang tersiar dalam ruangan Rakan@bh pada 9 dan 10 Disember lalu.

SMS itu menimbulkan persoalan bilakah guru lulusan KPLI sekolah rendah berpeluang menjadi guru besar dan nasib KPLI sekolah rendah untuk naik pangkat kurang cerah berbanding guru KPLI sekolah menengah.

Jawatan kenaikan pangkat hakiki Gred DGA32 dan DGA34 bagi jawatan Guru Besar, Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah rendah diperuntukkan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Bagi mana-mana guru PPPLD yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah kemudian dilantik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 dan dikekalkan di sekolah rendah, tertakluk kepada laluan kenaikan pangkat PPPS.

Guru yang memohon dan memenuhi syarat kenaikan pangkat boleh dipertimbangkan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia

2011, Arkib Berita, Forum, IPT, Masalah Guru, Surat

Kenakan syarat penempatan serupa bagi pemohon GSTT, KPLI, DPLI

Khamis , 10 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenakansyaratpenempatanserupabagipemohonGSTT_KPLI_DPLI/Article/index_html

SAYA ingin mengemukakan pendapat berhubung isu pengambilan guru. Sebagai ibu bapa dan masyarakat sudah tentu kita ingin insan yang terbaik untuk mendidik anak kita.

Isu pelajar bidang pendidikan di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tidak dapat menjadi guru tetap harus diberi perhatian terlebih dulu. Begitu juga kesukaran penempatan pelajar bidang pendidikan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dewasa ini.

Mungkin pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) yang tidak mendapat cemerlang dalam Purata Gred Kumulatif (CGPA) mereka disyaratkan agar mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya tiga tahun.

Mengambil kira syarat untuk memohon masuk ke Institut Pendidikan Guru ketika ini, sekurang-kurangnya tiga subjek cemerlang dan tiga subjek kepujian diperlukan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Syarat ini juga perlu dikenakan kepada pemohon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), KPLI dan DPLI agar kualiti mereka setara.

Saya bersetuju jika pengambilan program GSTT, DPLI dan KPLI ini untuk menyeimbangkan peratusan gender dalam bidang pendidikan. Bilangan guru lelaki yang sedikit boleh menyebabkan kesukaran dalam beberapa bidang tugas seperti penjagaan sistem siar raya, padang, inventori barang dan sebagainya.

Penempatan GSTT, DPLI dan KPLI yang baru ini dicadangkan di kawasan pedalaman. Beri peluang pula kepada guru yang sudah bertahun di pedalaman yang memohon ditukarkan ke tempat asal mereka.

Kerap kali kita mendengar GSTT sudah lama mengajar dan berpengalaman, mampu mengajar guru baru, mendapat pujian pengetua dan sebagainya. Ini masanya menguji siapa guru sejati, tinggalkan ibu bapa, suami, isteri dan anak kerana cita-cita menjadi pendidik berdedikasi.
SANG ALGOLJO,
Merlimau, Melaka

2011, Arkib Berita, Forum, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Masalah Guru, Masalah Pelajar, Surat

Kreatif, ikhlas tangani isu pelajar

Khamis , 10 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berasmaradipondokawam/Article

KES ketua kelas dipukul di sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, Perlis pada 6 Mac lalu antara siri jenayah sekolah yang tidak harus dibiarkan ‘menanah dan membarah’. Kes ini membuktikan betapa tingginya risiko menjawat jawatan ketua kelas dan pengawas sekolah malah melebihi risiko sebagai guru disiplin.

Dakwaan mangsa diseret keluar dari bilik darjah ketika guru sedang mengajar dan mangsa pula dibiar menderita tanpa sebarang bantuan melakar kepincangan yang perlu diberi perhatian serius dan telus oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Namun, penderitaan Muhammad Shahfaly Anoar, 15, sedikit terubat dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Perlis menziarahinya.

Kes ini sedikit sebanyak menggambarkan kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini. Pada hal setiap sekolah ada unit kaunseling sekolah yang seharusnya bekerja keras membentuk akhlak pelajar. Kegagalan kaunseling dan kaunselornya maka semua beban disiplin pelajar terarah kepada guru disiplin sekolah.

Untuk mengurangkan risiko kejadian sebegini berulang, pihak sekolah harus mempunyai pelan bertindak untuk mengatasinya. Antaranya pihak sekolah harus menjalin hubungan mesra dengan orang berpengaruh dan dihormati di sekitar sekolah serta menjadikan mereka komuniti penting sekolah. Di samping itu sentiasa bekerjasama dengan pihak polis.

Pihak kaunselor sekolah juga haruslah kreatif dan ikhlas dalam membentuk keperibadian pelajar. Jangan hanya tunggu dan lihat. Apabila berlaku sesuatu kejadian barulah sibuk menyelesaikannya. Sikap cepat mengalah guru menyebabkan pelajar ‘naik lemak’ dan tiada lagi ‘kegerunan’ dan hormat mereka kepada guru.

Saya sendiri pernah mengajar kelas yang mempunyai pelajar kurang berdisiplin. Namun, saya reda dengan menjadikan mereka seperti adik saya melalui pelbagai pendekatan berkawan, ziarah, bawa menonton perlawanan bola dan aktiviti santai serta riadah setiap bulan.

Pendekatan sebegini menjadikan mereka ‘terhutang budi’ dan malu untuk melakukan ‘kejahatan’. Bayangkan ketika itu saya terpaksa mengorbankan sebahagian gaji saya yang ketika itu tidak sebesar mana. Namun, yang manisnya Allah SWT kurniakan ganjaran yang tidak terduga kepada saya.

Belajar ikut cara dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kes buli sebegini yang mempunyai slogan ‘ tiada peluang kedua untuk kaki pukul’.

Kementerian Pelajaran wajar mewajibkan pelajar bermasalah dibimbing kaunselor dan rekod disiplin mereka dibawa dari sekolah rendah hingga menengah agar pelajar yang ‘berpotensi’ melanggar disiplin ini dapat terus dipantau dan dibimbing.

IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah

2011, Arkib Berita, Forum, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Masalah Pelajar, Rencana

Cegah tagih dadah melalui pendidikan

10 Mac 2011, Khamis

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata baru-baru ini, Malaysia dikesan menjadi transit penyeludupan dadah, terutama dari rantau Asia Barat dan Afrika berdasarkan jumlah tangkapan hampir setiap hari membabitkan rakyat negara itu pada tahun lalu.

Hasil pemantauan polis juga mendapati penyeludup menggunakan laluan lain, termasuk di sempadan dan melalui pelabuhan bagi membawa masuk dadah dan tidak lagi bergantung kepada pengangkutan udara semata-mata.

Apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan pengawalan dan pemantauan laluan yang dikenal pasti di sempadan termasuk pelabuhan yang digunakan penyeludup bagi membawa masuk dadah ke negara kita.

Langkah-langkah yang lebih berkesan perlu diambil untuk mencegah penyeludupan dadah ke negara kita. Bilangan warga Asia Barat dan Afrika yang ditahan kerana terbabit dalam penyeludupan dadah amat membimbangkan.

Walaupun kita bangga terhadap kejayaan pihak polis ini, lebih banyak usaha gigih perlu diambil dari aspek pengawalan dan penguatkuasaan undang-undang untuk menangani masalah tersebut.

Kita juga harus memikirkan pendekatan pengurangan permintaan dadah oleh rakyat Malaysia sendiri terutamanya penagih dadah. Kalau ia dapat melalui pendidikan dan pencegahan, pengedaran dan penyeludupan akan terjejas.

Dalam usaha kita membanteras najis dadah, tumpuan harus diberikan terhadap generasi muda terutamanya pelajar sekolah. Para pelajar haruslah diberitahu mengenai bahaya penggunaan dadah, fakta-fakta penting, kesan serta simptomnya. Mereka hendaklah mengetahui dan memahami pengaruh negatif desakan rakan sebaya dan cara-cara menanganinya.

Remaja daripada berbilang bangsa juga mesti menyebarkan mesej ‘tanpa dadah’ sesama mereka di sekolah dan luar sekolah. Pendidikan moral hendaklah diperkukuhkan untuk mengelak penyalahgunaan dadah.

Semasa negara kita sedang bergelut dengan pelbagai masalah sosial, menjadi keperluan ibu bapa untuk menunjukkan komitmen yang lebih tinggi dalam membesarkan anak-anak supaya menjadi rakyat yang sihat dan produktif.

Keupayaan Malaysia menjadi negara maju banyak bergantung kepada kualiti institusi kekeluargaan. Kekuatan dan potensi keluarga dalam memerangi dadah lebih berkesan dan bermakna daripada semua langkah yang diambil oleh pihak penguatkuasaan dalam usaha membendung masalah tersebut.

Walaupun penguatkuasaan undang-undang penting, apa yang lebih utama ialah keupayaan kita membanteras kemasukan dadah ke rumah, sekolah dan masyarakat melalui kekuatan institusi keluarga.

TAN SRI LEE LAM THYE

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).