Polis, Rela kawal sekolah tertentu

08 Jun 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm

PUTRAJAYA 7 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memperluaskan skop rondaan bersama yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rela di sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, sekolah terlibat akan dikenal pasti oleh PDRM dan ia akan dijalankan pada waktu puncak persekolahan.

”Menerusi inisiatif itu, KDN berharap orang ramai khususnya ibu bapa dan kanak-kanak sekolah akan menerima manfaat terus daripada peningkatan mutu keselamatan di lokasi-lokasi terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langkah itu sejajar dengan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mencegah jenayah.