15 IPTA terima geran RM14 juta

27 Jun 2012, Rabu

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm

SEPANG 26 Jun – Sebanyak 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dianugerahkan geran bernilai RM14 juta untuk melaksanakan 116 projek di bawah fasa kedua Program Pemindahan Ilmu (KTP).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut merupakan kesinambungan projek fasa pertama kementeriannya bermula pertengahan tahun lalu.

”Program itu merupakan salah satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memindahkan ilmu pengetahuan dari IPTA kepada pihak industri dan komuniti,” katanya selepas melancarkan seminar Projek Agenda Kritikal KTP di sini hari ini.

Sebanyak 15 IPTA yang terlibat dalam projek fasa kedua itu termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI).