Kerajaan akan terus pertahan Dasar Bahasa Kebangsaan

29 Jun 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

KUALA LUMPUR 28 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan dasar bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Pada masa sama, beliau juga mahu semua rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memperkasa kedudukan, fungsi, serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Bahasa, Kususasteraan dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) hari ini. – UTUSAN