Jual ijazah palsu: Tiga bekas pelajar USM ditahan

Pengguna melayari laman sesawang yang disediakan sindiket.Pengguna melayari laman sesawang yang disediakan sindiket.

Polis masih kesan beberapa lagi dalang kegiatan penjualan di laman web

GEORGETOWN: Tiga bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan polis kelmarin kerana dipercayai menjadi dalang penjualan ijazah palsu menerusi laman web. Dalam operasi jam 8 malam itu, masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu.

INFO: Cara beli ijazah palsu

  • Pilih kursus
  • Hubungi nombor perkhidmatan
  • Bayar pendahuluan RM400
  • Kemuka salinan kad pengenalan
  • Berumur atas 17 tahun
  • Contoh sijil dihantar ke e-mel
  • Bayar harga pakej keseluruhan RM5,888 termasuk sijil MUET
  • Sijil diperoleh tempoh seminggu

Ketiga-tiga yang ditahan direman sehingga Selasa depan.

Polis tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi ahli kumpulan itu terbabit kegiatan menjual ijazah melalui laman web ini.

Difahamkan, ahli sindiket itu menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga mencecah sehingga RM5,000.

Sasaran mangsa
Sasaran mereka ialah pelajar yang tidak perlu bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas.

Su