RM49j naik taraf makmal sekolah dengan kelengkapan F1

29 Jun 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm

 

MELAKA 29 Jun – Kementerian Pelajaran membelanjakan sebanyak RM49 juta untuk menaik taraf kemudahan makmal reka cipta di 114 sekolah menengah di seluruh negara dengan kelengkapan perkakasan Formula Satu (F1) yang diimport khas dari United Kingdom sebagai memperkasa kemahiran reka cipta di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pada tahun ini sahaja RM500,000 diperuntukkan bagi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kecil perkakasan F1 yang telah rosak dan usang. – BERNAMA