Wajibkan Sastera di sekolah

29 Jun 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm

KUALA LUMPUR 28 Jun – Kementerian Pelajaran sedia menimbangkan cadangan mewajibkan mata pelajaran Sastera di peringkat sekolah menengah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana kesusasteraan Melayu telah diperakui menjadi elemen penting dalam pembentukan jati diri masyarakat dalam menghadapi cabaran sosial pada masa kini.

Bagaimanapun katanya, satu kajian perlu dilaksanakan bagi membentuk kaedah dan pendekatan baru pengajaran mata pelajaran itu untuk memupuk minat pelajar sekali gus memastikan subjek tersebut tidak membosankan.

“Apa yang menjadi masalah ketika ini adalah minat pelajar terhadap mata pelajaran Sastera merosot dan ia menjadi punca mengapa hanya 617 buah sekolah menawarkan pembelajaran subjek itu.

“Kajian semula kaedah pengajaran Sastera perlu dilakukan,” katanya di sini hari ini.