Sekolah berpusat di Sibuti dipertimbangkan

Posted on July 3, 2012, Tuesday

MIRI: Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan mewujudkan sekolah berpusat yang menghimpun semua pelajar di sekolah-sekolah kecil di kawasan Parlimen Sibuti.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi konsep sekolah berpusat, pelajar dan guru khasnya di kawasan pendalaman akan mendapat pembangunan pendidikan yang berkesan.

“Konsep sekolah berpusat merupakan idea yang baik kerana membolehkan pelajar menikmati kemudahan-kemudahan baharu.

“Ia usaha menggabung dan menyatukan sekolah, bergantung kepada keperluan setiap kawasan. Untuk kawasan Sibuti, kita akan pertimbangkan cadangan ini,“ jelasnya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab cadangan yang dikemukakan dalam dialog bersama warga pendidik untuk kawasan Parlimen Sibuti di SMK Suai, Niah lebih sejam perjalanan dari pusat bandar raya Miri.

Dalam dialog itu, Puad diberitahu bahawa sesetengah kawasan di Sibuti mempunyai banyak sekolah kecil dengan jumlah pelajar yang rendah.

Kawasan Parlimen Sibuti yang terletak di pinggir bandar Miri merangkumi kawasan Lambir, Niah dan Bekenu yang menempatkan banyak rumah panjang dan kampung-kampung kecil.

Terdapat sekolah yang mempunyai hanya 28 pelajar sahaja yang tidak seimbang dengan jumlah tenaga pengajar yang ramai.

Jumlah berkenaan amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah 38 pelajar untuk sebuah kelas di sekolah rendah lain.

Langkah menggabungkan semua sekolah kecil itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan sekolah tetapi juga memanfaatkan sumber tenaga guru.

Puad berkata, cadangan sekolah berpusat turut diwujudkan untuk sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sabah sebagai langkah mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah luar bandar dan bandar.

Penyediaan kemudahan pendidikan yang lebih baik di sekolah baharu diyakini akan memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik pelajar luar bandar.

Selain itu, Puad menghargai sokongan kerajaan negeri untuk membina sebuah stadium mini di Sibuti yang sebelum ini turut dikemukakan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Cadangan projek berkenaan akan dinilai dalam penggal pertengahan rancangan pembangunan negeri.

Pembinaan stadium sukan itu diharap membantu meningkatkan penganjuran kejohanan sukan sekolah  sekali gus menggalakkan penyertaan pelajar dalam sukan.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu, Rosey Yunus dan Pegawai Pelajaran Gabungan Miri Rosnani Yunus.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/03/sekolah-berpusat-di-sibuti-dipertimbangkan/#ixzz1zWABWSoP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s