Bangunan lama SK Sageng ranap, pembelajaran 125 murid terjejas

Posted on July 5, 2012, Thursday

SIMUNJAN: Pembelajaran seramai 125 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng, di sini terjejas apabila bangunan lama berusia hampir setengah abad yang merupakan sebahagian daripada sekolah itu ranap dalam satu kebakaran, malam kelmarin.

RANAP: Bangunan kayu lama SK Sageng musnah dalam kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
Insiden Selasa lalu yang berlaku sekitar jam 7.27 itu me-musnahkan blok lama berusia 42 tahun merangkumi dewan Rancangan Makanan Tambahan (RMT), stor buku teks, dewan sekolah, bilik mesyua-rat, empat kelas, bilik kompu-ter dan beberapa bilik lain.
Menurut Guru Besar SK Sageng Abang Monir Wen, kebakaran itu mula disedari salah seorang guru yang tinggal di kuarters guru berdekatan de-ngan sekolah tersebut.
“Tiada apa yang dapat diselamatkan, murid-murid di empat kelas yang terjejas buat masa ini ditempatkan di blok baharu sekolah ini supaya pembelajaran dapat diteruskan.
“Syukur alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Sekan Gundah, kebakaran ba-ngunan berstrukturkan kayu itu dipercayai bermula dari dewan RMT.
Bagaimanapun, katanya punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi belum diketahui kerana masih dalam siasatan yang dikendalikan oleh Bomba Zon Samarahan.
“Sebanyak 70 peratus daripada blok lama berusia lebih 40 tahun itu telah terbakar ketika kami sampai, kerana api marak dengan begitu cepat.
“Tetapi kami bersyukur ke-rana dapat mengawal kebakaran tersebut daripada merebak ke sebuah rumah kampung yang terletak berdekatan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.27 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dengan sebuah jentera dan kekuatan anggota seramai 12 orang.
“Lokasi terletak tiga kilometer dari balai, jadi kami memerlukan masa lima minit untuk ke sana selain mengalami kesesakan akibat jalan raya dipenuhi motosikal orang kampung yang menyaksikan dan membantu memadam kebakaran,” katanya.
Sekan turut memberitahu bahawa sebaik sahaja tiba di lokasi, sebanyak 70 peratus blok itu sudah terbakar.
“Api dapat dikawal 10 minit selepas kami tiba di tempat kejadian walaupun mengalami sedikit masalah iaitu tekanan air rendah dari pili bomba dengan mengambil inisiatif menggunakan bekalan air dari tangki sekolah,” katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada penduduk kampung, guru, polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang tampil membantu semasa kejadian itu.
Manakala Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kebakaran berkata, pembinaan semula sekolah itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Jelasnya, Jabatan Pelajaran akan membina sekolah kabin bagi menggantikan bangunan yang sudah terbakar itu.
“Peralatan lain seperti sistem pembesar suara (PA sistem), khemah dan sebagainya juga akan diberikan melalui PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) sekolah itu,” ujarnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/05/bangunan-lama-sk-sageng-ranap-pembelajaran-125-murid-terjejas/#ixzz1ziALQIef

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s