Sudah tiba masa sukan Tabika diubah, tinggalkan acara sudah lapuk

04 Julai 2012, Rabu

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Penyokong Transformasi
PADA minggu lepas, saya telah menyaksikan sukan bagi kanak-kanak Tabika yang berlangsung di dalam dewan di Kompleks Sukan, Stadium Nasional Bukit Jalil. Segalanya berjalan dengan lancar dan pada pengamatan saya, majlis ini telah dirancang dan dijayakan dengan begitu cermerlang sekali.

Setelah habis acara perasmian maka bermulalah sukan yang tunggu- tunggu oleh hadirin termasuklah saya. Apabila bermulanya acara maka bersoraklah hadirin terutama ibu bapa yang hadir memberikan sokongan.

Acara demi acara berlangsung dan saya mula merasakan bahawa ini adalah acara sukan yang sudah lapuk dan wajar ditelan zaman. Acara sukan kanak-kanak seperti berlari membawa bola ping pong di dalam sudu, berlari untuk menyiapkan acuan donut dan acara-acara yang seangkatan dengannya sudah terlalu ketinggalan zaman.

Saya masih ingat lagi ketika saya di zaman kanak-kanak 35 tahun dahulu, itulah sukan yang dimainkan dan acara seperti itu masih lagi bertahan sehingga sekarang.

Pada ketika ini permainan tradisional seperti galah panjang, konda- kondi, bola baling, polis sentry dan lain-lain telah hilang tetapi acara sukan kanak-kanak itu masih ada lagi.

Sukan pada ketika ini telah memasuki satu dimensi baru yang mana pengenalan kepada sukan itu dilakukan dan diajar seawal usia kanak-kanak lagi. Anak-anak kita juga celik sukan. Tanyalah kepada mereka siapa Rooney atau siapa Ronaldo atau siapa Usain Bolt, pasti mereka tahu. Kalau tidak semua pun pasti ada ramai yang tahu.

Justeru saya merasakan sudah sampai masanya kita membuat transformasi sukan bagi kanak-kanak ini. Kita mempunyai pakar-pakar sukan dan cerdik pandai di Majlis Sukan Negara yang boleh mencipta dan mengolah sukan kanak-kanak ini.

Saya pasti kita boleh mengolah jenis-jenis sukan di dalam dewan untuk kanak-kanak Tabika. Mungkin kita boleh mencuba acara seperti lari pecut 25 meter, lari berpagar 25 meter (dengan pagar serendah 15 inci), acara sepakan penalti dengan saiz golnya dikecilkan (simbolik kepada acara bola sepak) dan acara lain yang pada dasarnya adalah acara sukan.

Selama ini acara sukan Tabika lebih merupakan kepada telematch sahaja dan acara ini juga yang dimainkan sebagai acara permainan hiburan ketika hari keluarga syarikat.

Pencapaian sukan negara kita pada hari ini tidaklah begitu membanggakan. Semua negara berusaha untuk mencapai kedudukan yang baik. Kita juga tidak ketinggalan dalam usaha tersebut. Mendedahkan anak-anak kita pada usia yang awal tentang sukan yang sebenar adalah satu langkah positif dan juga ke hadapan dalam memajukan sukan untuk negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s