‘Luluskan segera kenaikan Gred DG41’

Batu Pahat: Kementerian Pelajaran meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera meluluskan permohonan 9,051 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) ke Gred DG41.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kelewatan itu bukan mengecewakan pendidik terbabit, malah melemahkan semangat guru lain untuk mengikuti program berkenaan. “Oleh itu, kita meminta JPA mempercepatkan kelulusan perjawatan baru ini supaya mereka dapat disahkan ke Gred DG41,” katanya selepas majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia Parlimen Batu Pahat di Dewan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di sini, semalam.
Mohd Puad mengulas keluhan lebih 9,000 guru lepasan PPPS, termasuk ada yang tertangguh sejak dua tahun lalu.