2012, Arkib Berita, ICT/Teknologi, Pembangunan Sekolah

Ministry to study views on ‘phone in school’ plan — DPM

Posted on July 20, 2012, Friday

MUAR: The Education Ministry will study views from the community, the National Union of the Teaching Profession and parents before deciding whether to allow students to bring mobile phones to school next year.
Its minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin said the decision, which was made at the ministry’s Student Disciplinary Committee level, had yet to be finalised.
Muhyiddin, who is also Deputy Prime Minister, said he had yet to give his final say and would consult the Attorney-General’s Chambers on the idea as it was related to the law.
“We will take into account the views for and against the idea,” he told reporters after addressing pensioners from the Pagoh parliamentary constituency here yesterday.
He was commenting on mixed reaction to a decision to allow students to bring electronic gadgets, including mobile phones and iPad to school next year.
Muhyiddin said the proposal took into account current development as it would enable students to contact their school or parents during emergency as the rules prevented them from bringing mobile phones.
“But we also have to consider the views that the gadgets could cause a lot of problems, including disruptions in the classroom as students might be distracted with the internet, their Facebook and Twitter,” he said while thanking various parties for their views. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/20/ministry-to-study-views-on-phone-in-school-plan-dpm/#ixzz217Yk06Vw

Advertisements
2012, Arkib Berita, Pembangunan Sekolah, Subjek

Pelajar kita jaguh Matematik

Jumaat , 20 Julai 2012

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarkitajaguhMatematik/Article

Dari kiri; Justin, Yin Hong, Si Wei, Si Yu,  Anzo dan Muhammad Afiq menunjukkan pingat  yang dimenangi sejurus tiba di  KLIA, Sepang, kelmarin.Dari kiri; Justin, Yin Hong, Si Wei, Si Yu, Anzo dan Muhammad Afiq menunjukkan pingat yang dimenangi sejurus tiba di KLIA, Sepang, kelmarin.

Kemenangan pertandingan IMO bukti mampu bersaing

Sepang: “Kemenangan ini bukti pelajar Malaysia mampu bersaing dalam bidang Matematik pada peringkat antarabangsa,” kata How Si Yu, 17, pemegang pingat perak dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) 2012. Beliau antara enam pelajar sekolah menengah dari Malaysia yang menyertai pertandingan Matematik berprestij berlangsung di Mar del Plata, Argentina antara 4 hingga 16 Julai lalu.
Si Yu dan kembarnya, Si Wei; Tham Ying Hong, 17; Anzo Teh Zhao Yang, 16; Justin Lim Kai Ze, 16 dan Muhammad Afiq Noorman, 17, menggondol dua pingat perak, tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat.

Si Yu, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, Subang Jaya, berkata minat mendalam selain semangat bersaing dengan abangnya mendorong kejayaan beliau dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Tham, 17, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, berkata pertandingan itu adalah yang terakhir selepas menyertainya empat tahun berturut-turut.

“Saya berjaya membawa pulang tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat. Saya gembira kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Mahu lanjut pelajaran

“Selepas ini saya merancang melanjutkan pengajian dalam bidang Matematik di luar negara,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelmarin.

Muhammad Afiq, 17, pelajar SMK Sultan Badlishah, Kulim, berkata pengalaman pertama memasuki IMO begitu bermakna bagi beliau selepas lebih dua tahun berusaha cuba menempat kan diri mewakili Malaysia.

“Ia bukan mudah. Namun, saya tetap berusaha kerana percaya boleh melakukannya berdasarkan kejayaan meraih gangsa dalam satu pertandingan Matematik antarabangsa di Hong Kong lima tahun lalu,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa IMO 2012 Malaysia, Prof Arsmah Ibrahim, berkata IMO yang menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah algebra, geometri, teori nombor dan kombinatorik, semakin diminati dalam kalangan pelajar tempatan.

2012, Arkib Berita, IPT, Pembangunan Sekolah

Pagoh jadi hab pendidikan tinggi

20 Julai 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

PAGOH 19 Julai – Kabinet bersetuju dengan cadangan mewujudkan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dengan fasa pertama pembangunannya melibatkan kos sebanyak RM1 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembinaan yang dijadualkan bermula akhir tahun ini merangkumi kawasan seluas 202.3 hektar bagi membina cawangan empat institusi pengajian tinggi awam.

“Kabinet bersetuju dan meluluskan rancangan untuk menjadikan Pagoh sebagai hab pendidikan tinggi semalam. Perjanjian untuk melaksanakan projek ini akan dimeterai (dengan pemaju) dalam tempoh terdekat.

“Fasa pertama itu akan menempatkan kampus cawangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebuah politeknik,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Bersama Pesara Kerajaan Parlimen Pagoh di Seri Pekembar, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Pagoh berkata, tempoh yang akan diambil untuk melaksanakan fasa pertama projek tersebut adalah antara tiga hingga empat tahun dan pada peringkat awal, seramai 10,000 penuntut akan mengikuti pengajian di keempat-empat institusi berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan turut menawarkan kepada mana-mana universiti antarabangsa untuk membuka cawangan mereka di tapak sedia ada bagi merealisasikan hasrat menjadikan Pagoh sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Menurutnya, sebelum ini Institut Teknologi Bandung pernah menyatakan minat untuk membuka kampus cawangan di situ, tetapi sehingga kini tiada perkembangan lanjut.

Beliau berkata, kawasan tersebut bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya kompleks sukan dan perpustakaan yang akan digunakan secara bersama oleh penuntut manakala hostel dan kedai-kedai bakal dibangunkan oleh pemilik tanah, Sime Darby.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran turut akan membina sekolah menengah, rendah dan agama baru di kawasan seluas 202.3 hektar di Paya Renchong di sini dan Bukit Gambir, Ledang.

Mengenai usaha membantu menangani krisis air di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menangani isu itu Isnin ini.

“Saya akan putuskan dalam satu mesyuarat bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dengan lebih terperinci tentang status dan kedudukan air di Selangor.

“Ia mengenai peranan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan peranan pembekal air seperti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan apa situasi sebenar dan bagaimana kerajaan tangani soal ini,” katanya.

Menurut Muhyiddin, ramai yang tidak tahu kedudukan sebenar masalah air di negeri itu kerana telah dikelirukan dan mesyuarat tersebut juga akan meneliti peranan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dalam hal berkenaan.