2012, Arkib Berita, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Pembangunan Sekolah, Program

Program Sekolah Amanah tunjuk kesan positif

Posted on July 24, 2012, Tuesday

by Mahathir Haroun.

TERTARIK: Fatimah tertarik melihat hasil seni yang dibuat pelajar SK Tabuan sambil diperhatikan oleh Aluyah (dua kanan) dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Jaidah Alek (kanan).

KUCHING: Program Sekolah Amanah yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tabuan berjaya meningkatkan bilangan kehadiran murid ke sekolah dan memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak.

Menurut Guru Besar SK Tabuan Aluyah Salleh, sejak diperkenalkan pada Januari 2011, program itu berjaya meningkatkan bilangan kehadiran kepada 95 peratus berbanging 80 peratus sebelum ini.

“Banyak perubahan berlaku di sekolah ini sejak program itu diperkenalkan. Kita boleh melihat peningkatan pelajar yang mula memahami kepentingan untuk datang ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan kerja Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah ke SK Tabuan di sini, semalam.

Aluyah memberitahu, corak pemikiran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan anak-anak mereka juga meningkat beberapa bulan lalu selepas pertemuan antara mereka dan guru sekali gus meningkatkan bilangan kehadiran murid.

“Terdapat kes murid patah lengan dan diberi cuti sakit dua minggu namun murid ini datang sekolah lebih awal kerana tidak mahu ketinggalan pelajaran.

“Ia merupakan antara kesan daripada keberkesanan program ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah berkata memang tidak dinafikan berlaku banyak perubahan di sekolah itu terutama dalam aspek fizikal.

“Saya bangga dengan perubahan yang berlaku di sekolah ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurutnya program berkenaan sepatutnya diperluaskan ke kawasan lain dengan melibatkan pihak swasta dan korporat dalam membantu menyediakan sumber.

“Sekiranya lebih banyak perubahan dapat dilakukan pada masa akan datang, maka lebih ramai keluarga berpendapatan rendah dapat dibawa keluar dari kepompong kemiskinan,” kata Fatimah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Amir, Azlan Sharom pula berkata sekolah berkenaan bermula pada peringkat lima di bawah ranking Kementerian Pelajaran namun sekarang sudah meningkatkan kepada peringkat empat.

“Kepimpinan kuat dan komitmen guru merupakan resipi terbaik dalam membawa perubahan.

“Kita akan terus melakukan yang terbaik untuk sekolah ini sehingga projek selesai tiga tahun lagi,” ujarnya.

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Amir untuk membentuk pengurusan dan kepimpinan berkualiti tinggi.

Selain itu, program berkenaan juga diadakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selain memaksimumkan potensi serta pencapaian pelajar.

Lima sekolah yang terpilih untuk program tersebut merangkumi SK Combined, SK Empila, SMK Bandar Kuching No.2 dan SM Sains Kuching.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/24/program-sekolah-amanah-tunjuk-kesan-positif/#ixzz21Uo3dOUb

Advertisements
2012, Arkib Berita, IPT, Kesedaran Alam Sekitar, Masalah Guru, Pembangunan Sekolah, Program

WWF to help new teachers on environment

Tuesday, July 24, 2012

Tuesday, July 24, 2012

PUTRAJAYA: The Education Ministry, along with the World Wide Fund for Nature-Malaysia (WWF-Malaysia), will set up committees and task forces in teacher training colleges nationwide to educate future teachers on the environment.

The ministry and WWF-Malaysia signed a memorandum of understanding yesterday to support the eco-institute programme in teacher training institutes.

Ministry secretary-general Datuk Dr Rosli Mohamed said the programme aimed to produce future teachers who were more focused on environmental issues.

“This agreement signifies the cooperation in the 27 teacher training colleges in the country.”

He hoped that both parties would work together to pool ideas and share their experiences in educating teachers who would, in turn, instil the same values in their students.

“It is part of the government’s initiative to transform the education system and expand environmental values with programmes such as the eco-insitute that will continue until 2014.”

The ministry also launched the eco-institute website which will be used to discuss and get feedback.

WWF-Malaysia chief executive officer Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma said the committees would ensure the smooth running of the programme.

“The committees will be tasked to organise programmes and activities on environmental issues.”

The eco-institute was launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in April.

Read more: WWF to help new teachers on environment – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/wwf-to-help-new-teachers-on-environment-1.111835#ixzz21UjW8Ci8

2012, Arkib Berita, Inovasi, Pembangunan Sekolah, Sistem

2 students do nation proud

Tuesday, July 24, 2012

PADANG SERAI: The success of two students from a secondary school, here, in an international-level contest on the environment, has boosted the nation’s image, especially residents in Kulim/Bandar Baharu.

R. Sri Ahrivesh and S.M. Ramamurthi, both 14, won the bronze medal at the Genius Olympiad Global Enviroment Innovation 2012 held in Oswega College, New York University, from June 24 to 30.

Their entry in the “Interior Environment Design” category titled Neighbours’ Wonders was an alarm system.

A total of 700 participants worldwide took part in the competition.

“If thieves were to enter a house, a resident would press his alarm button to trigger his neighbours’ alarms while his own will stay silent.

“Alerted, the neighbours will act so the thieves are nabbed,” Ramamurthi said when met at home, here, yesterday. Bernama

Read more: 2 students do nation proud – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/2-students-do-nation-proud-1.111829#ixzz21Uj5F2Nt

2012, Arkib Berita, Forum, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Pembangunan Sekolah, Program, Rencana, Surat

NIOSH dekati pelajar tingkatkan kesedaran

23 Julai 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

Lee Lam Thye (Kiri) melancarkan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

SEBANYAK 10 sekolah menengah di seluruh negara terpilih menjadi anak angkat kepada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu merupakan salah satu inisiatif agensinya untuk menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat dan tidak membahayakan warga sesebuah sekolah terbabit.

Ia adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) NIOSH dalam memastikan warga sekolah tidak merasa kurang selesa atau bimbang apabila berada di sekolah dan sentiasa menjadikan kawasan menimba ilmu sebagai tempat selamat.

“Selain program kempen keselamatan dan kesihatan di sekolah, hubungan kerjasama ini diteruskan menerusi lawatan sambil belajar oleh warga sekolah ke NIOSH.

“Ia dalam usaha mendidik generasi muda mengenai betapa pentingnya menjaga keselamatan diri di sekolah atau pejabat, katanya ketika merasmikan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit dihadiri Pengetua Cemerlang, Rasul Maideen Haja Maideen dan Yang Dipertua PIBG, Salim Takin.

Mengenai program yang dijalankan, Lam Thye berkata, inisiatif SMK Puncak Alam menganjurkan program itu harus dipuji dan dicontohi sekolah lain khusus dalam memberi pendedahan mengenai aspek penjagaan keselamatan kepada pelajar.

Katanya, jika semua pihak di sekolah memainkan peranan masing-masing dan tidak mementingkan diri sendiri, kes kemalangan dapat dielakkan.

“Usaha ini sekali gus menolak kebimbangan ibu bapa ketika anak mereka berada di kawasan sekolah atau mana-mana dalam perkarangan sekolah.

“Sekolah juga tertakluk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pekerjaan (OSHA) 1994 serta konsep OSH in School yang sedang diperkenalkan di setiap sekolah di seluruh negara.

“Saya berbangga SMK Puncak Alam menjadi salah sebuah sekolah angkat di bawah NIOSH dan berharap kerjasama ini berterusan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di kawasan sekolah,” katanya.

Lam Thye menambah, sekolah yang berminat boleh menghubungi pihaknya untuk menjadi sebahagian anak angkat NIOSH.

Program sehari itu dipenuhi pelbagai aktiviti menarik antaranya gerai pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ceramah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

2012, Arkib Berita, Forum, Pembangunan Sekolah, Pendidikan Khas, Program, Rencana, Surat

Pelajar OKU jalani kursus kemahiran

23 Julai 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_05.htm

SERAMAI 12 pelajar istimewa yang mengikuti Program Transisi untuk Murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko, Kajang menyertai kursus kemahiran Sulaman Riben anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama dua hari dikendalikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Hulu Langat, Helma Mohd. Ali dan turut dibantu dua guru dari SMK Jalan Reko bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pelajar didedahkan dengan 10 teknik asas sulaman asas dalam menghasilkan sulaman riben.

Usaha tersebut bukan sahaja membantu pelajar terlibat memperolehi kemahiran asas untuk diadaptasikan dalam kehidupan harian malah turut sama membantu mereka membina keyakinan diri melalui penglibatan latihan asas yang disediakan.

Kursus kemahiran Sulaman Riben yang diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat itu merupakan sebahagian objektif penubuhan Kelas Pendidikan Khas yang membolehkan golongan terbabit menikmati alam persekolahan seperti rakan sebaya lain.

Kerjasama Kolej Komuniti Hulu langat menganjurkan kursus seperti itu membuktikan komitmen dan kerjasama pihak luar khususnya swasta dalam membantu meningkatkan kemudahan pendidikan berkualiti untuk golongan istimewa.

2012, Arkib Berita, Forum, Keibubapaan, Masalah Pelajar, Pembangunan Sekolah, Rencana, Surat

Penglibatan ibu bapa penting

23 Julai 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

PENGLIBATAN ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak.

Kajian peringkat antarabangsa Program Pentaksiran Murid Antarabangsa 2009 yang dilakukan oleh Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menunjukkan bahawa cara bagaimana penglibatan ibu bapa menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya.

Hal ini disokong oleh statistik bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti berbanding hanya 15 peratus masanya berada di sekolah.

Data ini diperoleh daripada sampel jadual waktu murid 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kegunaan masa murid berumur tujuh hingga 16 tahun berdasarkan 42 minggu di sekolah dengan purata 5.5 jam di sekolah setiap hari, dua jam masa kokurikulum wajib seminggu dan masa tidur lapan jam sehari.

Justeru, salah satu inisiatif dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah penglibatan ibu bapa, komuniti serta sektor swasta dalam pendidikan dan ia akan dilaksanakan pada Hari Terbuka GTP pada 24 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Melalui penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang serta mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah yang lebih baik.

Ibu bapa pula mendapat manfaat dari segi mengakses sumber berkaitan keibubapaan dan memperoleh pengetahuan mengenai sistem serta prosedur sekolah untuk mendapatkan program bantu sekiranya diperlukan.

Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di rumah seperti menyediakan ruang atau sudut untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai serta mematuhi jadual ulang kaji.

Sediakan juga buku rujukan walaupun yang terpakai kerana ia akan membantu anak-anak membuat penyelidikan bagi memahami sesuatu perkara.

Jika boleh, ibu bapa perlu menemani anak semasa dia sedang belajar kerana kehadiran anda mengukuhkan perasaan dan mengekalkan tumpuannya. Pastikan bunyi televisyen atau radio direndahkan untuk mengurangkan gangguan.

Adalah lebih jika perkara ini dipupuk sejak anak kecil lagi iaitu dengan membacakan buku kepadanya kerana ia merupakan satu aktiviti yang dapat merangsang minat terhadap membaca, menyemai kecintaan terhadap buku dan ilmu.

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan perbualan merupakan interaksi yang asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat.

Berbincang dengan anak mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya, mengatasi keraguannya, membimbingnya merangka tindakan dan mententeramkan kerisauannya. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama tentang sasaran anak dalam pelajaran di samping membantunya mencapai cita-cita.

Maka, bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak, mulai 2013, Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) akan diwujudkan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Objektif KSIB antaranya adalah untuk mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak, membantu apabila berlaku krisis, mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah dan menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.

KISB juga bermatlamat membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain di samping berkongsi maklumat, pandangan serta sumber.

Untuk memberi pandangan dan maklum balas mengenai cara meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak, sila e-mel kepada saranaibubapa@gmail.com.