Pelajar OKU jalani kursus kemahiran

23 Julai 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_05.htm

SERAMAI 12 pelajar istimewa yang mengikuti Program Transisi untuk Murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko, Kajang menyertai kursus kemahiran Sulaman Riben anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama dua hari dikendalikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Hulu Langat, Helma Mohd. Ali dan turut dibantu dua guru dari SMK Jalan Reko bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pelajar didedahkan dengan 10 teknik asas sulaman asas dalam menghasilkan sulaman riben.

Usaha tersebut bukan sahaja membantu pelajar terlibat memperolehi kemahiran asas untuk diadaptasikan dalam kehidupan harian malah turut sama membantu mereka membina keyakinan diri melalui penglibatan latihan asas yang disediakan.

Kursus kemahiran Sulaman Riben yang diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat itu merupakan sebahagian objektif penubuhan Kelas Pendidikan Khas yang membolehkan golongan terbabit menikmati alam persekolahan seperti rakan sebaya lain.

Kerjasama Kolej Komuniti Hulu langat menganjurkan kursus seperti itu membuktikan komitmen dan kerjasama pihak luar khususnya swasta dalam membantu meningkatkan kemudahan pendidikan berkualiti untuk golongan istimewa.