Mansuh tingkatan 6

01 Ogos 2012, Khamis

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120801/fo_06/Mansuh-tingkatan-6
FAUZI ASMARA
Guar Chempedak, Kedah

SAYA ingin mencadangkan supaya tingkatan enam dimansuhkan saja. Ini kerana pelajar lepasan tingkatan lima mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran seperti IKM, GiatMara malah IPTS dan IPTA.

Pelajar tersebut sudah boleh memilih untuk meneruskan pengajian mengikut pilihan kerjaya masing-masing.

Tidak perlu dibazirkan masa selama dua tahun di sekolah menengah dengan hanya mendapat sijil sedangkan dengan tambahan setahun sahaja lagi mereka sudah boleh memiliki diploma.

Masa dapat dijimatkan malah kualiti pelajar dapat ditingkatkan.