2012, Arkib Berita, Forum, ICT/Teknologi, Pembangunan Sekolah, Rencana, Surat

HANDPHONES IN SCHOOLS: Warning falls on deaf ears

Wednesday, August 08, 2012

IT was highlighted recently that the move to allow children to bring handphones to school is to provide a virtual learning environment so that students can use their gadgets to learn (“A ringing problem” — NST, July 29).

Wow, virtual learning is really the buzzword these days. Anything under the sun can be categorised as virtual learning, be it good or bad.

Then why bother teaching in the first place?

Do teachers now find that they have such a lot of time in the classroom that they require the virtual world to supplement lessons?

The proposal to allow students to bring handphones to school from next year should be explored thoroughly.

First, we should ask ourselves whether we are ready to allow our children to access the virtual world on their own.

Being an educator for more than 20 years, I cannot guarantee that virtual knowledge contains truth or fact.

As far as I know, virtual knowledge is often questionable, especially when it is from unknown sites or unreliable blogs.

I know for a fact that many university students access the virtual world for the wrong reasons. They use the Internet when they are pressed for time.

Allow me to relate my experience as a lecturer in a university where handphones are permitted.

My warning to students to switch off their handphones during lectures often falls on deaf ears.

When the handphone rings, it disrupts my lecture and flow of thought. Of course, they apologise for forgetting to switch it off. But then comes the next call from concerned parents checking on their children. And this goes on.

We are talking about 15 minutes of disruption in a 40-minute class. How will teachers get students to engage in deep learning?

Then, of course, we have well-off students who are likely to own sophisticated smartphones. How will this affect poor students who can’t even afford basic phones?

Moreover, when the lesson is not interesting enough, the students are likely to start texting and tweeting.

I am a mother of five boys and my third son, who is in Form Four, goes to a residential school that doesn’t allow handphones.

Students use the public phones to call their parents. And if there’s any emergency, parents can contact the school.

I don’t have any problem getting in touch with him, as he calls me once or twice a week.

Meanwhile, my fourth son is in Form One at Mara Junior Science College (MRSM) Serting, Negri Sembilan.

MRSM Serting permits handphones, but only basic ones for making calls.

He can use the handphone only in the hostel and manages to call me every evening.

As a mother, I have no problems with the policies of these two schools.

At the end of the day, this is not a matter of embracing technology. Here, we are talking about disciplining our children.

Associate Professor Wan Norliza Wan Mustapha, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor

Read more: HANDPHONES IN SCHOOLS: Warning falls on deaf ears – Letters to the Editor – New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-the-editor/handphones-in-schools-warning-falls-on-deaf-ears-1.122053#ixzz22uXtleYz

Advertisements
2012, Arkib Berita, Forum, Masalah Guru, Pembangunan Sekolah, Rencana, Surat

Pembantu Tadbir jawab guru kata kerani lembap

07 Ogos 2012, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120807/fo_04/Pembantu-Tadbir-jawab-guru-kata-kerani-lembap
INSAN BIASA
Gurun

SEBAGAI penjawat awam, saya perasan yang akhir-akhir ini luahan ‘Guru’ banyak terpapar di dada-dada akhbar.

Pertama ‘isu kerani lembap’, kedua ‘isu cuti khas perayaan’ dan ketiga ‘isu penempatan Guru Lepasan Ijazah J-qaf’.

Saya merasakan golongan ini terlalu ingin diberi banyak keistimewaan walaupun banyak keistimewaan telah diberi oleh kerajaan kepada anda.

Mungkin, seperti sebelum ini, apa jua permintaan dan perjuangan golongan pendidik ini mudah diterima kerajaan, mereka ibarat diberi betis, mahu paha pula.

Untuk makluman ‘Guru’ berkaitan ‘isu kerani lembap’, saya menyarankan anda menyemak dan meneliti fail meja dan arahan-arahan kerja anda sebagai seorang yang bergelar ‘Guru’.

Anda tidak boleh menyalahkan Pembantu Tadbir di atas lambakan kerja-kerja anda. Anda tidak perlu membebankan pihak lain sekiranya tidak dapat menyiapkan tugasan anda. Kadangkala mereka juga muak dengan kerenah guru-guru yang mengarah itu ini dan satu lagi ayat yang dilihat anda seolah-olah mempertikai, menghina dan tidak faham kerjaya sebagai Pembantu Tadbir bahawa anda menyatakan bahawa anda adalah majikan Pembantu Tadbir.

Harus diingat, walaupun anda ‘Guru’, anda bukanlah majikan Pembantu Tadbir.

Hampir keseluruhan Pembantu Tadbir di segenap jabatan memiliki Diploma/Ijazah/Sarjana yang jauh lebih baik daripada anda dan tidak perlulah anda memandang rendah terhadap kerjaya mereka.

Pengalaman saya yang mempunyai ibu dan bapa saudara serta rakan-rakan yang bergelar guru, saya lihat mereka kurang mahir menggunakan komputer dan mengurus masa, tambahan pula apabila sesuatu yang urgent mula menggelabah.

Anda harus tahu kerjaya sebagai Pembantu Tadbir yang banyak menolong orang/pegawai atasan boleh membuat kerja di bawah tekanan dan cepat menyiapkan kerja melainkan dia seorang kakitangan yang malas dan tidak proaktif.

Kadangkala pegawai pun tidak cekap membuat kerja berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.

Namun, tidak salah untuk Pembantu Tadbir membantu guru-guru tersebut, tetapi apabila terlalu banyak membantu, golongan guru menganggap itu adalah tugas Pembantu Tadbir dan mereka bebas melayari internet, bersembang kosong, aktiviti jualan langsung dan sempat pula membuat kerja sampingan lain di luar waktu bekerja.

Tidak wajarlah anda menikmati gaji besar sekiranya bebanan tugas anda digalas oleh pihak yang lain pula.

Anda sebagai guru ketika ini harus mencontohi guru-guru terdahulu yang membawa balik kerja ke rumah tanpa melibatkan kakitangan yang lain walaupun mereka bergaji kecil pada masa itu.

Mengenai isu ‘guru diberi cuti khas perayaan’ bagi memudahkan perjalanan balik ke kampung dan mengelak guru-guru mengambil cuti sakit semata-mata ingin balik awal ke kampung, adalah cadangan tidak masuk akal.

Apakah keistimewaan anda sehingga anda perlu diberi cuti rehat khas? Inikah mentaliti seorang pendidik? Mungkin anda kurang sensitif mengenai penjawat awam yang lain, yang juga mahu pulang ke kampung.

Kami menguruskan masa dan merancang cuti lebih awal dan ada lagi penjawat awam lain tidak pulang berhari raya dan tidak mudah untuk mengambil cuti perayaan kerana ada sistem giliran.

Saya hairan, kenapa perlu diberi cuti khas kepada golongan guru dan tidak salah kalau tidak dapat balik sehari sebelum hari raya, balik pada hari yang anda ada kelapangan.

2012, Arkib Berita, Forum, Masalah Guru, Masalah Pelajar, Pembangunan Sekolah, Program, Rencana, Sukan, Surat

Sukan sepanjang tahun bebankan sekolah, pelajar

07 Ogos 2012, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120807/fo_03/Sukan-sepanjang-tahun-bebankan-sekolah-pelajar
GURU WARIS
Ipoh Perak

KE mana hala tuju pendidikan negara? Persoalan ini ada kaitan dengan kecelaruan sistem pendidikan yang sehingga kini masih dalam kajian khususnya yang melibatkan Dialog Pendidikan Nasional bagi mengumpul pandangan orang ramai bagi memantapkan sistem pendidikan negara.

Terpanggil dengan keadaan semasa yang berlaku di sekolah sekarang, sebagai guru dan waris saya ingin mengemukakan isu yang kini membelenggu pengurusan sekolah. Ia banyak berkaitan dengan dasar 1 Sukan 1 Murid dan Sukan Sepanjang Tahun khususnya di sekolah menengah seluruh negara.

Menyedari kepentingan sukan dan permainan yang menjadi minat dan kesukaan pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah melaksanakan dasar tersebut. Ia amat baik dalam usaha penggabungan nilai JERI yang cuba diterapkan secara bersepadu dalam aktiviti ini. Perlu diakui bukan semua murid yang berminat itu adalah murid berbakat dan berpotensi. Ada yang sekadar suka-suka dan langsung tidak serius kerana menyedari kelemahan dan ketidakmampuan mereka. Keadaan ini boleh diumpamakan dengan ungkapan, ‘kita boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda untuk minum air’.

Namun bagi merealisasikan dasar ini, sepanjang 2012 saya mendapati banyak program dan jadual sekolah terjejas. Dasar ini memberikan impak yang amat-amat mengganggu keseluruhan jadual dan perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak perkara lain. Jika dahulu perancangan sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari awal tahun dan akan berakhir sekitar bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa adalah dari awal tahun hingga bulan Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak dapat disusun dengan teratur dan semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan panjang bagi menghadapi acara berkenaan. Mengambil contoh beberapa kes di sekolah, terdapat pelajar yang sudah bosan menjalani latihan rumah sukan, latihan merentas desa yang berbulan-bulan. Ramai pelajar mula ponteng dan ada yang langsung tidak hadir semasa sukan tahunan. Mereka memberikan alasan tidak berminat menyertai sukan kerana masa yang panjang, panas, menjejaskan kulit dan sebagainya. Malah ada juga ibu bapa yang tidak menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat tempoh panjang bagi sesi latihan rumah sukan.

Di kalangan pentadbir sekolah dan guru juga, ramai yang merungut dengan perubahan ini. Program ini menjejaskan fokus utama guru-guru tertentu. Sebagai contoh banyak sekolah melalui situasi sukar untuk memilih tarikh sukan tahunan dan acara merentas desa kerana kepadatan aktiviti sekitar bulan Mei, Jun dan Julai. Malah boleh dibuktikan bahawa terdapat sekolah yang mengajurkan aktiviti ini pada cuti peristiwa kerana kekangan masa. Faktor cuaca iaitu musim hujan juga turut menjejaskan aktiviti dan ini juga perlu diambil kira oleh KPM.

Apa yang dikesalkan ialah banyak acara peringkat daerah, negeri dan kebangsaan seperti pertandingan kawad kaki, perkhemahan, forum dan pertandingan lain berlangsung sekitar bulan Jun, Julai, dan selepas hari raya hingga September.

2012, Arkib Berita, ICT/Teknologi, Keibubapaan, Masalah Pelajar, Pembangunan Sekolah

Usul bawa telefon bimbit ke sekolah masih dibincang

07 Ogos 2012, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120807/dn_22/Usul-bawa-telefon-bimbit-ke-sekolah-masih-dibincang

SEREMBAN 7 Ogos – Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.

“Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar.

Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.

Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar. – BERNAMA