Buku lali retak dibelasah 25 senior

Rabu , 15 Ogos 2012

Salina menunjukkan kaki anaknya  yang  mengalami pecah  bahagian tulang  kaki kanan. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor                         Salina menunjukkan kaki anaknya yang mengalami pecah bahagian tulang kaki kanan. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Ditumbuk, dilempang secara bergilir

Putrajaya: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan retak buku lali selepas dibelasah 25 pelajar senior.

Muhammad Faris Annuar, 13, mendakwa dibelasah, ditumbuk dan dilempang secara bergilir-gilir oleh senior terbabit selama satu jam setengah.

Perut disondol

Dalam kejadian 29 Julai lalu itu, seorang pelajar Tingkatan Empat dikatakan turut menyondol perutnya seperti ‘serangan ragbi’ sehingga dia jatuh terlentang, sebelum kaki kanannya berbunyi seperti patah dan membengkak.

Melihat keadaan itu, pelajar senior terbabit berhenti memukulnya dan menghantarnya semula ke bilik.