Pelajar lelaki cedera dibuli lima rakan

17 Ogos 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120817/dn_15/Pelajar-lelaki-cedera-dibuli-lima-rakan

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu dari Sekolah Agama Rakyat Maahad Al-Islah di Teluk Intan mengalami kecederaan teruk di bahagian limpa selepas dibuli lima rakan sebayanya semasa menginap di asrama sekolah itu pada 29 Jun lalu.

Menurut bapa mangsa yang merupakan seorang pemandu lori, Radin Mohd. Nor Asikin Othman, 38, ekoran kecederaan yang dialami Muhammad Ridwan, 13, anaknya terpaksa menjalani pembedahan membuang limpa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Julai.

Katanya, dia mula mengesyaki sesuatu berlaku ke atas Ridwan apabila doktor memaklumkan dia mengalami kecederaan teruk di bahagian limpa sejurus selepas selesai pembedahan apendiks.

“Setelah puas saya pujuk, Ridwan akhirnya menceritakan kejadian buli yang dilakukan oleh lima rakannya itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh.

Kata Radin, anaknya ditendang di bahagian belakang sebanyak lima kali oleh salah seorang daripada lima rakannya ketika hendak mandi.

“Ridwan yang meraung kesakitan masuk ke dalam bilik namun, rakannya itu sekali lagi menendang dan memukulnya sebanyak dua kali,” katanya.

Kata Radin, ekoran kejadian itu anaknya mengalami sakit perut dan muntah-muntah dan penyelia asrama kemudian menghubunginya dan memaklumkan anaknya mengalami sakit perut.

“Lalu saya mengambilnya dan menghantarnya ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian yang menimpa anaknya itu, dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s