Wujudkan sekolah khas bersepadu

29 Ogos 2012, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20120829/wb_01/Wujudkan-sekolah-khas-bersepadu

Oleh FARHANA JONI
utusansarawak@utusan.com.my
KUCHING 28 Ogos – Kerajaan perlu mewujudkan sekolah pendidikan khas bersepadu di setiap bahagian utama negeri ini bagi membolehkan pelajar istimewa mendapat pendidikan lebih sempurna.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina berkata, infrastruktur dan tenaga pengajar di sekolah pendidikan khas Batu Lintang dan Stampin yang masih tidak mencukupi juga perlu diatasi.

Katanya, sekolah pendidikan khas di Kota Samarahan pula terletak agak jauh dan menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Sarawak memerlukan lebih daripada satu sekolah pendidikan khas bagi menampung bilangan pelajar istimewa kerana mereka juga berhak mendapat pendidikan yang sama seperti pelajar biasa lain.

“STU juga mendapati ramai ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas kerana masih tidak mengetahui mengenai kemudahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis penutup Persidangan Delegasi STU ke -21 di sini semalam.

Sebanyak 10 resolusi telah dicapai melalui persidangan tersebut dan ia akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat.

Antara resolusi-resolusi tersebut ialah memulakan pendidikan vokasional seawal tingkatan satu, menghalang pelajar daripada menggunakan telefon bimbit di sekolah dan melatih lebih ramai tenaga pengajar pendidikan khas.

Dalam perkembangan lain, William Ghani berkata, ahli-ahli STU perlu menjalin hubungan yang rapat dengan masyarakat bagi mewujudkan budaya positif di sekolah.

Katanya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan dalam usaha membantu guru-guru tanpa perlu campur tangan dalam urusan pentadbiran sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s