3 politeknik premier jadi universiti 2015

08 September 2012, Sabtu

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120908/dn_27/3-politeknik-premier-jadi-universiti-2015
BUKIT MERTAJAM 8 Sept. – Tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Mohd Noor.

Beliau berkata, politeknik terbabit ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.

Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.

“Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s