2012, Arkib Berita, Forum, Kurikulum, Pembangunan Sekolah, Program, Rencana, Surat

EDUCATION: Best we look at world-class curricula

Email Print 11 September 2012 | last updated at 07:43AM

By K. Raj, Kuala Lumpur | letters@nstp.com.my 0 comments

I REFER to the column by A. Jalil Hamid about the Education blueprint “Education overhaul to put Malaysia among top ranks” (NST, Sept 9).
No doubt it is important to get feedback from the public but I think feedback from 10 intellectuals is better than feedback from 10,000 ordinary persons.
No doubt, too, that these consultations with the public will cost us money. Such studies have already been conducted elsewhere and it would have been more prudent to just follow the successful programmes implemented in these nations than reinventing the wheel.
There are many world-class curricula that have proven successful in producing intelligent citizens. The American, German and Japanese school curricula have successfully nurtured students to become successful entrepreneurs, scientists, engineers, etc.
Why can’t we just implement these curricula rather than try something which risks failure?
Why not just follow the curriculum of international schools, which are already on our shores?
Well, if you say we need to customise it to our local environment, we can still do that. But we need to be careful that we don’t spoil the core of these curricula while customising them. It is still better than starting from scratch.

Read more: EDUCATION: Best we look at world-class curricula – Letters to the Editor – New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-the-editor/education-best-we-look-at-world-class-curricula-1.142083#ixzz268G5Qs6N

Advertisements
2012, Arkib Berita, Forum, Pembangunan Sekolah, Rencana, Surat

Quality learning

Email Print 11 September 2012 | last updated at 12:13AM

0 comments

TODAY is a very important day for the future of the country, because today is the day in which the proposed National Education Blueprint will be revealed.
For the next three months, the public will have access to the blueprint and the opportunity to express their opinion on it, at the end of which, the blueprint will be finalised and become policy. This policy will determine the direction of primary and secondary education in this country until 2025, at which point Malaysia is hoped to be one of the world’s top nations. This policy will light the way to the future of our children and, by proxy, this nation. How brightly or dimly that light shines will depend on what is adopted, and how it is applied.
In making its decision on the final policy, this country must decide what it wants the education system to achieve. Whatever its aspirations, it must not skimp on teachers. And, happily, one of the nine priority areas in the blueprint is revitalising the teaching profession, by improving teachers and teaching quality. Teachers, acknowledged the education minister, “are the frontliners in educating students”. The ministry intends to retrain its teachers (of whom there are currently 400,000) and prepare an exit plan for low performers. New entrants will face more stringent entry requirements — those chosen must have at least 8As on their Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), as opposed to previously, when those with just 4As were accepted.
What difference does this make? Granted, academic excellence is not everything; those who are to be teachers must still have the EQ (emotional quotient) that is needed to guide young minds. Good teachers must be in it for the children, for the long haul, and for the sincere love and commitment to the vocation. But how to attract such people? Finland, which consistently ranks among the highest in the world in terms of education, and whose schoolchildren outperform those from other Organisation for Economic Co-Operation and Development countries, does it by making teaching a prestige occupation, right up there with being a lawyer or doctor. Only the cream of the crop of university undergraduates (the top 10 per cent) are accepted into its teacher training programme, and all teachers must have a master’s degree, which is fully funded by the government. These teachers are experts in their area, having done their undergraduate studies in that field (Mathematics, Science, Geography, etc). And though Finnish teachers aren’t even the highest-paid in the world, knowing that one has to be highly qualified to be chosen makes it an attractive occupation. Children in Malaysia deserve such teachers, too.

Read more: Quality learning – Editorial – New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/editorial/quality-learning-1.141892#ixzz268EVUJiX

2012, Arkib Berita, Forum, Pembangunan Sekolah, Rencana

Kajian semula pendidikan: Pakar asing kagum

11 September 2012, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_02/Kajian-semula-pendidikan-Pakar-asing-kagum

Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Byong Man Anh di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam. Turut hadir Abdul Ghafar Mahmud (kiri), dan Profesor Lee Sing Kong. – Utusan/HANAFI KHAMIS
PUTRAJAYA 10 Sept. – Pakar pendidikan antarabangsa yakin laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan esok mampu untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap prestasi tinggi.

Bekas Menteri Pelajaran, Sains dan Teknologi Korea Selatan, Dr. Byong Man Ahn dan Pengarah Institut Pendidikan Kebangsaan Singapura, Profesor Lee Sing Kong juga kagum dengan penyediaan laporan tersebut kerana mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Kajian ini bukan sahaja mendapat pandangan pakar pendidikan semata-mata tetapi juga ibu bapa, pihak-pihak berkepentingan malahan pelajar sendiri.

“Projek kajian semula ini adalah sangat teliti dengan merangkumkan soal intelektual dan pendekatan saintifik, kita tidak pernah melakukan benda seperti ini di Korea Selatan,” kata Byong Man Ahn yang juga Naib Pengerusi Majlis Penasihat Presiden Mengenai Pendidikan, Sains dan Teknologi di Korea Selatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Byong Man Ahn dan Sing Kong merupakan ahli dalam Panel Penilaian Antarabangsa Mengenai Kajian Semula Pendidikan Malaysia.

Dalam pada itu, Sing Kong berkata, laporan pendidikan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok merupakan hasil kajian dan analisis yang mendalam.

“Banyak analisis data dan situasi telah dilakukan untuk membolehkan kedudukan sedia ada serta matlamat pada masa depan dijelaskan, ia sekali gus membantu kita menentukan usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat itu.

“Kini kita memerlukan satu pelan pelaksanaan yang bersepadu bagi mencapai sasaran yang ditetapkan serta memenuhi keperluan abad ke-21,” katanya.

Tambah Sing Kong, kerajaan semasa menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mengambil kira input daripada sistem-sistem pelajaran berprestasi tinggi dari luar negara.

“Ahli-ahli Panel Penilaian Antarabangsa telah membawa cadangan daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi, kita akan terus memberi maklum balas dan cadangan selepas ini,” katanya.

2012, Arkib Berita, Forum, ICT/Teknologi, Pembangunan Sekolah, Program, Rencana

Pelajar SMAP Kajang, sekolah Jepun kongsi idea sains teknologi

10 September 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120910/pe_03/Pelajar-SMAP-Kajang-sekolah-Jepun-kongsi-idea-sains-teknologi

Pelajar SMAP Kajang berinteraksi dengan delegasi dari Mukogawa Women’s University High School, Jepun yang melawat sekolah itu di Kajang, Selangor baru-baru ini.
Buat kali kedua berturut-turut, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang menerima kunjungan delegasi Mukogawa Women’s University High School dari Hyogo, Jepun, baru-baru ini.

Pengetua SMAP Kajang, Sakijan Muri berkata, jalinan yang mula terbentuk pada tahun lalu itu menjurus kepada perkongsian pintar tentang sains serta teknologi melibatkan kedua-dua institusi dari Malaysia dan Jepun.

“Melalui program seperti ini, pelajar kedua-dua negara juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi menggunakan bahasa Jepun dan bahasa Inggeris,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran, Izzudin Ibrahim, program berkenaan diadakan sebagai aktiviti pengukuhan ko- akademik bahasa Jepun yang diajar di sekolah tersebut.

“Pengalaman serta kecemerlangan sekolah Jepun itu diharap dapat dipelajari dan dijadikan contoh oleh SMAP Kajang untuk lebih cemerlang sebagai sekolah berasrama penuh bertaraf Sekolah Kluster Kecemerlangan,” tegasnya.

Sepanjang tempoh lawatan selama tiga hari itu, pelajar SMAP Kajang telah menyampaikan pembentangan, tayangan serta pameran sampel getah dan produk-produk daripada getah.

Manakala pelajar Jepun pula membuat pembentangan tentang negara dan senario kehidupan di sekolah mereka.

Selain itu, delegasi Jepun itu turut didedahkan dengan makanan tempatan, pakaian baju kurung, permainan tradisional dan demonstrasi menganyam ketupat.

2012, Arkib Berita, Bahasa, Forum, Pembangunan Sekolah, Rencana, Subjek

Tingkat kemahiran insaniah, berkomunikasi dalam tiga bahasa

10 September 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120910/pe_02/Tingkat-kemahiran-insaniah-berkomunikasi-dalam-tiga-bahasa

Delegasi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan membuat lawatan ke Indonesia untuk berkongsi pengalaman pengajaran menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Melayu.

Pengetua Cemerlang sekolah itu, Radziah Abdul Samad berkata, program lawatan penanda aras ini memberi pendedahan kepada para pelajar bertutur menggunakan tiga bahasa tersebut sepanjang sesi pembentangan profil sekolah dan persembahan kebudayaan yang sekali gus membina keyakinan serta jati diri mereka.

“Program ini memberikan manfaat dalam membina jalinan dan jaringan kolaborasi antara kedua-dua buah negara di samping dapat mengembangkan potensi diri pelajar serta meningkatkan kemahiran insaniah dan komunikasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, lawatan selama empat hari ke Jogjakarta ini juga bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Untuk mencapai kedua-dua matlamat itu, delegasi seramai 24 pelajar bersama empat guru ini telah ke SMU Muhammadiyah 2 dan Fakulti Perubatan Universiti Gadjah Mada.

“Graduan keluaran universiti ke-21 dalam bidang perubatan di Asia ini cemerlang dan berprestasi tinggi,” ujar Radziah.

Hasilnya, termeterai persefahaman perkongsian pendidikan yang menjadikan Fakulti Perubatan Universiti Gadjah Mada sebagai tempat pilihan pelajar SMAP Labu untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Di samping itu, SMAP Labu turut menjalin kerjasama dengan SMU Muhammadiyah 2 dalam perkongsian akademik dan kurikulum yang mana para pelajar antara kedua buah sekolah dapat menyertai pertandingan secara bersama.

Sementara itu, salah seorang peserta lawatan, Muhamad Haikal Luqman Zulkefli berpendapat, program ini memberi banyak faedah terutamanya dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh lawatan termasuk permainan kebudayaan, jejak sejarah nusantara dan perkongsian pengajaran menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.

2012, Arkib Berita, Forum, Pembangunan Sekolah, Program, Rencana

Berintegriti didik anak bangsa

10 September 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120910/pe_01/Berintegriti-didik-anak-bangsa

Oleh MOHD SAIFUL MOHD SAHAK
pendidikan@utusan.com.my

Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Shaari Osman (tiga kiri) bersama sebahagian daripada peserta Seminar Integriti Warga Pendidik menunjukkan simbol 1Malaysia di institut itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bakal guru digesa supaya tidak melihat isu integriti sebagai sesuatu yang remeh sebaliknya konsep itu perlu dipertingkatkan apabila memulakan tugas sebagai pendidik kelak.

Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Shaari Osman berkata, dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.

Justeru, katanya, konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan melaksanakan tugas mereka.

“Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan mendalam kepada bakal guru-guru di institut ini.

“Pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti, kita yakin ia mampu melonjakkan tahap pendidikan negara,” katanya.

Belia berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Integriti Warga Pendidik IPG Kampus Ilmu Khas di kampus itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Shaari berkata, tugas menyemarakkan integriti dalam masyarakat perlu dipikul oleh semua pihak terutamanya warga pendidik.

“Kita mahu melihat supaya sekolah dijadikan sebagai tempat lahirnya golongan berintegriti hasil didikan bakal-bakal guru di institut ini . Kita yakin sekiranya komitmen ini diberikan usaha ini akan mencapai matlamatnya,” katanya.

Beliau berkata, guru juga perlu bersedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan seiring keperluan semasa yang mencabar.