Tingkat kemahiran insaniah, berkomunikasi dalam tiga bahasa

10 September 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120910/pe_02/Tingkat-kemahiran-insaniah-berkomunikasi-dalam-tiga-bahasa

Delegasi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan membuat lawatan ke Indonesia untuk berkongsi pengalaman pengajaran menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Melayu.

Pengetua Cemerlang sekolah itu, Radziah Abdul Samad berkata, program lawatan penanda aras ini memberi pendedahan kepada para pelajar bertutur menggunakan tiga bahasa tersebut sepanjang sesi pembentangan profil sekolah dan persembahan kebudayaan yang sekali gus membina keyakinan serta jati diri mereka.

“Program ini memberikan manfaat dalam membina jalinan dan jaringan kolaborasi antara kedua-dua buah negara di samping dapat mengembangkan potensi diri pelajar serta meningkatkan kemahiran insaniah dan komunikasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, lawatan selama empat hari ke Jogjakarta ini juga bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Untuk mencapai kedua-dua matlamat itu, delegasi seramai 24 pelajar bersama empat guru ini telah ke SMU Muhammadiyah 2 dan Fakulti Perubatan Universiti Gadjah Mada.

“Graduan keluaran universiti ke-21 dalam bidang perubatan di Asia ini cemerlang dan berprestasi tinggi,” ujar Radziah.

Hasilnya, termeterai persefahaman perkongsian pendidikan yang menjadikan Fakulti Perubatan Universiti Gadjah Mada sebagai tempat pilihan pelajar SMAP Labu untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Di samping itu, SMAP Labu turut menjalin kerjasama dengan SMU Muhammadiyah 2 dalam perkongsian akademik dan kurikulum yang mana para pelajar antara kedua buah sekolah dapat menyertai pertandingan secara bersama.

Sementara itu, salah seorang peserta lawatan, Muhamad Haikal Luqman Zulkefli berpendapat, program ini memberi banyak faedah terutamanya dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh lawatan termasuk permainan kebudayaan, jejak sejarah nusantara dan perkongsian pengajaran menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s