Dakwaan pelajar dihalang ambil UPSR tidak tepat

14 September 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120914/dn_08/Dakwaan-pelajar-dihalang-ambil-UPSR-tidak-tepat

MELAKA 13 Sept. – Kementerian Pelajaran hari ini menegaskan dakwaan berlaku halangan terhadap seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang, Selangor untuk menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti dilaporkan adalah tidak tepat.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya difahamkan masalah timbul berikutan sikap murid tersebut sendiri yang gagal hadir ke sekolah kira-kira 91 hari.

“Dakwaan itu tidak tepat sebenarnya, pelajar itu tidak dihalang untuk mengambil peperiksaan dan apa yang berlaku ialah pelajar itu tidak datang sekolah selama 91 hari.

“Pihak sekolah juga telah ke rumah dan menasihatkannya mendaftar dan minta ibu bapa datang tetapi tidak datang atas alasan sibuk.

“Pada saya, masalah ini lebih kepada sikap. Pelajar itu ada masalah tersendiri. Semalam pihak sekolah suruh dia masuk ambil peperiksaan tapi dia sendiri tidak mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional 2012 di sini.

Selasa lalu, seorang bapa, Mahadzir Mokhtar, 42, mendakwa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan itu kerana dikhuatiri menjejaskan imej dan reputasi sekolah.

Menurut Mohd. Puad, pekeliling yang dikeluarkan pihak kementerian juga adalah jelas iaitu setiap sekolah tidak boleh menghalang mana-mana pelajarnya daripada menduduki peperiksaan semata-mata untuk mempertahankan peratusan mereka.

Sementara itu, Muhammad Faiz, dilihat hadiri ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu bersama rakan-rakan lain semalam.

Bapanya, Mahadzir Mokhtar memberitahu anaknya itu dibenarkan mengambil peperiksaan pada hari berikutnya setelah tindakan susulan dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Anak saya, Muhammad Faiz hadir mengambil peperiksaan keesokan harinya dalam dewan bersama rakan-rakannya yang lain, namun diselia oleh tiga pegawai PPD,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s