Guru perlu kuasai Bahasa Melayu

19 September 2012, Rabu

http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20120919/wb_06/Guru-perlu-kuasai-Bahasa-Melayu

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0919/Utusan_Malaysia/Sabah_&_Sarawak/wb_06.1.jpg

Oleh FARHANA JONI
utusansarawak@utusan.com.my

ANTARA barisan guru yang menghadiri Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu 2012 di Kuching, kelmarin. – UTUSAN/FARHANA JONI
KUCHING 18 Sept. – Semua guru perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia, Prof. Madya Dr. Hashim Othman berkata, cabaran itu perlu dihadapi semua guru memandangkan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah sering dikaitkan dengan pengalaman yang membosankan.

“Guru Bahasa Melayu khususnya perlu memartabatkan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi supaya ia mampu menempuh era globalisasi.

“Selama ini tumpuan pembelajaran lebih kepada keterampilan akademik berbanding pembinaan sahsiah dan penyuburan potensi murid serta pengalaman pembelajaran tidak membantu mengangkat bahasa Melayu sebagai jati diri bangsa,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu 2012, di sini semalam.

Seminar tiga hari itu dihadiri guru Bahasa Melayu; pegawai bahasa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN); pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia.

Seminar tersebut bertujuan memahami isu dan masalah penggunaan bahasa Melayu di sekolah selain memantapkan keyakinan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.

Sementara itu, Hashim berkata, keterampilan akademik dan sahsiah perlu diseimbangkan agar bahasa Melayu dapat melalui transformasi bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara sekali gus melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketerampilan.

Katanya, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 diharap dapat meningkatkan pembangunan pelajar dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s