Naikkan elaun guru besar sekolah luar bandar kepada RM300 sebulan

20 September 2012, Khamis

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120920/fo_03/Naikkan-elaun-guru-besar-sekolah-luar-bandar-kepada-RM300-sebulan

MANTOYA
Jerantut, Pahang
SEBAGAI guru besar yang menjalankan tugas di sekolah kawasan luar bandar, saya ingin melahirkan pandangan berkaitan elaun yang diterima oleh guru besar sebanyak RM100 setiap bulan. Elaun ini wajar dinaikkan kepada RM300 sesuai dengan keadaan sekarang.

Elaun yang diterima teramat kecil berbanding tanggungjawab terlalu besar yang terpikul di bahu guru besar. Mereka bukan sahaja menjaga murid dan guru, malahan seluruh warga sekolah termasuk pengawal keselamatan dan pembersih kawasan.

Mereka menjaga bukan sahaja pengurusan kewangan sekolah tetapi pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.

Bangunan hendak runtuh, rumput panjang, tandas kotor, longkang tersumbat, bunga layu, bilik darjah suram, atap kuarters bocor dan segala macam lagi terpaksa mereka tangani sendiri.

Ini belum diambil kira masalah berkaitan ketidakhadiran murid, masalah penjaga, masalah masyarakat setempat yang perlu ditangani umpama menarik rambut dalam tepung.

Apabila ingin mengadakan aktiviti sekolah, mereka terpaksa memikirkan pula punca kewangan. Maklumlah sekolah kecil, sudah tentu tabungannya sedikit. Sekolah besar pun, macam itu juga.

Diharapkan pandangan ini mendapat perhatian Menteri Pelajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s