Polis, Rela perluas ronda sekolah

19 September 2012, Rabu
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120919/dn_19/Polis-Rela-perluas-ronda-sekolah

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

20120920-110151.jpg
<br /

Lee Chee Leong (kiri) bersalaman dengan salah seorang wakil sekolah antarabangsa sebelum mengadakan dialog dengan sekumpulan wakil sekolah-sekolah berkenaan di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/HANAFI KHAMIS
PUTRAJAYA 18 Sept. – Kementerian Dalam Negeri akan memperluaskan lagi skop rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, usaha baru yang diletakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu akan dilaksanakan pada waktu puncak persekolahan.

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu para ibu bapa dan pelajar akan menerima manfaat sebaik sahaja mutu keselamatan di sekolah-sekolah terpilih termasuk sekolah antarabangsa ditingkatkan.

"Satu sesi dialog dengan sekolah antarabangsa di sekitar Lembah Klang diadakan hari ini bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah berhubung inisiatif yang akan dilaksanakan ini.

"Hasilnya, mulai 24 September depan, rondaan tersebut akan dilaksanakan di 612 buah sekolah yang telah dikenal pasti oleh PDRM dan Kementerian Pelajaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Chee Leong bersama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi menghadiri sesi dialog dengan wakil dari sekolah-sekolah antarabangsa di sekitar Lembah Klang berhubung kawalan keselamatan bersama polis dan Rela.

Menurut Chee Leong, kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu-isu keselamatan pelajar di sekolah harian dan antarabangsa terpilih kerana ia turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun lalu.

"Sehubungan itu Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengambil keputusan supaya program keselamatan di sekolah harian dan antarabangsa dijadikan salah satu agenda dalam NKRA mengurangkan jenayah," katanya.

Dalam pertemuan itu wakil-wakil sekolah antarabangsa turut didedahkan dengan program Rakan Cop yang bertujuan menggalakkan lagi penyertaan masyarakat dalam memerangi jenayah.

"Sejak diperkenalkan pada 2004, keahlian Rakan Cop kini telah mencecah 500,000 orang di seluruh negara dengan keahlian tertinggi dicatatkan di Perak, diikuti Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s