Program RIMUP pupuk sahsiah, perpaduan murid pelbagai kaum

17 September 2012, Isnin

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuk-sahsiah-perpaduan-murid-pelbagai-kaum

Murid program RIMUP yang membuat persembahan pada acara Gala Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya di pekarangan PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
SERAMAI 210 orang murid dari daerah Johor Bahru berjaya melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan penyertaan para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru, Ahmad Taufik Hamzah berkata, program berbentuk sambutan kemerdekaan dan jamuan Aidilfitri yang melibatkan 12 sekolah serta 20 guru itu turut menggalakkan penglibatan masyarakat setempat.

“Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis itu di perkarangan Pejabat PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor Abd. Ghani selaku tetamu kehormat dan program itu dirasmikan oleh PPD Johor Bahru, Bahrom Ali.

Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu seperti senam robik, larian kemerdekaan, permainan sukan tradisional, tayangan video dan ceramah kemerdekaan.

Turut diadakan adalah pertunjukan tarian Akustika Raya, persembahan pertuturan berirama, koir-koir patriotik dan percikan bunga api.

Secara keseluruhannya, kata Ahmad Taufik, program tersebut dapat merealisasikan objektifnya dalam memupuk sahsiah dan perpaduan di kalangan murid daripada pelbagai kaum.

Menurutnya, ini kerana RIMUP turut menanamkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang serta melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s