UM kekal antara 200 universiti terbaik dunia

18 September 2012, Selasa
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120918/dn_13/UM-kekal-antara-200-universiti-terbaik-dunia

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Universiti Malaya (UM) kekal sebagai universiti teratas antara universiti-universiti tempatan lain apabila kekal dua tahun berturut-turut dalam senarai 200 universiti terbaik dunia.

Mengikut senarai yang disediakan oleh QS World University Ranking 2012/2013, kedudukan UM meningkat 11 anak tangga iaitu berada pada kedudukan ke-156 berbanding tahun lalu.

Pencapaian itu sekali gus memberi impak positif kepada sektor pengajian tinggi negara.

Selain UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menunjukkan peningkatan membanggakan.

Ranking terkini yang dikeluarkan agensi antarabangsa itu, UKM berada di kedudukan ke-261 iaitu peningkatan sebanyak 18 anak tangga manakala USM pada kedudukan ke-326 berbanding pada kedudukan ke-335 tahun lalu.

UTM meningkat tiga anak tangga apabila berada pada kedudukan ke-358 tahun ini.

Biarpun UIAM dan UiTM bukan dari kalangan Universiti Penyelidikan, namun masing-masing mampu berada pada kedudukan ke 401-450 dan 601.

Bagaimanapun, Universiti Putra Malaysia (UPM) terpaksa akur di tangga ke 360 apabila jatuh dua tangga berbanding tahun lalu.

Naib Canselor UM, Prof. Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, ia merupakan pencapaian baik dan yakin mampu mencapai 100 terbaik dunia pada tahun 2015.

”Peningkatan ketara ini juga merupakan hasil penyelidikan yang dilakukan UM telah dijadikan bahan rujukan oleh pelbagai pihak seluruh dunia.

”Kita juga berterima kepada kerajaan kerana telah memberi insentif kewangan khas untuk menjalankan penyelidikan berimpak tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Naib Canselor UiTM pula, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, pencapaian itu hasil kawalan kualiti yang dikawal dan dinilai oleh badan profesional luar negara.

Selain itu, kata beliau, cara pemilihan pelajar pula dibuat secara teliti sehingga meletakkan universiti itu terbaik dari segi kebolehpasaran graduan berbanding universiti lain.

”Biarpun UiTM tidak mengambil pelajar antarabangsa, UiTM mampu berada di peta dunia kerana adanya kerjasama dengan universiti terbaik dunia seperti Oxford,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s