Karnival Pendidikan Khas meriah

2012/09/27 – 06:10:12 AM Cetak Emel Kawan
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KarnivalUsahawanPendidikanKhasmeriah/Article

Raja Nong Chik (dua dari kanan) bersama Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Abdullah Md Yunus (kanan) melawat Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012 di Astana Taman Tasik Titiwangsa, semalam. – Foto Chan Wai Yew
Kuala Lumpur: Lebih 5,000 pengunjung termasuk pelajar kurang upaya memeriahkan Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012 yang berlangsung di sini, semalam.

Karnival anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan memberi pendedahan awal asas keusahawanan kepada pelajar. Sebanyak 104 sekolah pendidikan khas (rendah dan menengah) sekitar Kuala Lumpur menyertai karnival berkenaan dengan menyaksikan pelajar menjual pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian dan cenderahati.
Antara sekolah menjayakan karnival berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Salak South dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Fletcher.

Turut serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sinar Bintang, SMK Batu Muda, SMK Taman Tun Dr Ismail.

Perasmian karnival disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Hadir sama Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPNWPKL, Nor Laila Lambak.

Tingkat keyakinan pelajar kurang upaya
Nong Chik berkata, karnival berkenaan mampu meningkatkan keyakinan pelajar kurang upaya untuk berinteraksi dengan orang ramai, selain berpeluang menunjukkan kreativiti mereka melalui perniagaan.

“Karnival ini secara tidak langsung membuat masyarakat lebih peka terhadap perkembangan aktiviti pendidikan khas dan pembabitan mereka sebagai usahawan baru,” katanya kepada sidang media selepas perasmian karnival itu, semalam.

Sementara itu, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNWPKL, Sauki Yusoff berkata, pihaknya adalah satu-satunya Jabatan Pelajaran di negara ini yang menganjurkan program membabitkan sekolah pendidikan khas itu.

“Kami berharap karnival seperti ini dapat menjadi ikutan kepada sekolah pendidikan khas di negeri lain dalam menyediakan peluang kepada mereka mempamerkan bakat keusahawanan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s