Sedia jadual cuti sekolah sebelum penggal pertama

28 September 2012, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120928/fo_04/Sedia-jadual-cuti-sekolah-sebelum–penggal-pertama

SOO NEE
Dungun, Terengganu
KAMI ingin memajukan persoalan yang difikirkan oleh semua pihak apatah lagi kepada mereka yang telah mempunyai anak di bangku sekolah apabila terlalu sukar untuk membuat persiapan bercuti bersama keluarga.

Hal yang sama sering berlaku untuk menempah tiket penerbangan bercuti.

Disebabkan susah untuk merujuk kepada cuti penggal persekolahan, saya percaya ada rakyat Malaysia yang terpaksa ‘membuang tiket’ begitu saja kerana sesuatu perancangan tidak selari dengan jadual yang ditunggu-tunggu.

Perkara ini patut diselesaikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengeluarkan jadual yang hanya untuk melengkapkan tiga jenis takwim penggal persekolahan.

Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan untuk memberi kemudahan semua pihak termasuk kepada mereka yang ingin merancang untuk menguruskan perkahwinan anak dan sanak saudara atau apa-apa program untuk keluarga.

Apa yang diharapkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia boleh berbuat sesuatu untuk kebaikan bersama sekali gus ia boleh merancakkan industri perlancongan negara.

Kami memohon jadual cuti penggal persekolahan dapat dibekalkan sekurang-kurangnya bermulanya cuti penggal pertama persekolahan tahun itu.

Saya percaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh berbuat sesuatu bagi kemudahan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s