Larangan bawa telefon ke sekolah kekal

04 Oktober 2012, Khamis

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid dan pelajar di seluruh sekolah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peraturan larangan itu dinyatakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, kementerian itu sedang mengkaji keperluan penggunaan gajet teknologi oleh murid dan pelajar di sekolah.

“Sehubungan itu, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lalu melibatkan pihak-pihak berkepentingan iaitu kumpulan pengetua, guru besar, guru, ibu bapa dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perbincangan meja bulat ini adalah bagi membincangkan keperluan pengguna gajet teknologi di sekolah dan cadangan berkaitan penggunaan gajet teknologi oleh murid dan pelajar di sekolah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Teck Meng ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah.

Tambah Muhyiddin, di samping penganjuran sesi meja bulat, pihaknya juga menjalankan kajian dalam kalangan murid dan guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan gajet teknologi di sekolah.

Beliau berkata, kajian tersebut telah dilakukan di sembilan buah sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan serta masing-masing dua buah sekolah kebangsaan di kawasan bandar dan luar bandar dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

“Kita juga melakukan kajian ke atas dua buah sekolah menengah dari kawasan bandar dan luar bandar serta sebuah sekolah menengah vokasional.

“Seramai 274 murid dan pelajar sekolah dipilih bagi tujuan tinjauan asas ini,” katanya.

Beliau menambah, Kementerian Pelajaran sedang meneliti secara menyeluruh semua dapatan dan pandangan ahli masyarakat termasuk tokoh-tokoh akademik, pemimpin NGO, guru-guru, ibu bapa dan murid serta pelajar sebelum satu keputusan muktamad diumumkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121004/dn_03/Larangan-bawa-telefon-ke-sekolah-kekal#ixzz28IZlk3XH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s