Jumlah guru di Kota Kinabalu sudah cukup

ARKIB : 06/10/2012
Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on redditMore Sharing Services
5

KOTA KINABALU 5 Okt. – Guru baharu yang berhasrat untuk ditempatkan atau bertukar ke Kota Kinabalu dinasihatkan tidak membuat rayuan kerana jumlah tenaga pengajar di daerah itu sudah penuh.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin berkata, bukan sahaja bilangan guru di daerah itu sudah penuh, malah, bilangan yang memohon untuk berkhidmat di daerah lain seperti Penampang, Papar, Tawau dan Sandakan juga tinggi.

Katanya, guru baharu yang sudah mempunyai nama di sekolah ditetapkan dalam surat penempatan diharap dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tersebut kerana proses itu dibuat berdasarkan kepada keperluan di kawasan atau daerah yang telah ditetapkan.

“Malah, jumlah nama guru yang menanti untuk ditempatkan di Kota Kinabalu juga tinggi dan kini sebanyak 10 nama menunggu untuk berkhidmat di daerah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup Pertandingan Pidato Kelab Pengguna Sekolah (KPS) Peringkat Negeri Sabah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inanam, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah, Balwant Singh Pritam Singh dan Pengetua Cemerlang SMK Inanam, Datin Norhayati Muhamad.

Dalam pertandingan Pidato KPS itu, Noraziela Syahira Baco, 17, dari SMK Abaka, Tawau muncul juara, manakala tempat kedua disandang oleh Rini Zarina Jakrin, 18, dari SMK Keningau II, Keningau.

Mengulas lanjut, Muhiddin berkata, pernah suatu ketika, jumlah guru di Daerah Kota Kinabalu terlebih sebanyak 186 orang dan sebanyak 286 orang di Beaufort, dekat sini.

Jelasnya, jumlah tersebut sepatutnya digunakan di kawasan yang memerlukan dan bukannya dibazirkan di kawasan yang sudah cukup bilangan guru.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil tindakan tegas dalam menempatkan guru dan tidak melayan sebarang rayuan, terutama melibatkan guru baharu lepasan pusat pengajian tinggi.

Menurutnya, kebanyakan guru baharu akan ditempatkan di daerah yang masih mengalami kekurangan tenaga pengajar, terutama di kawasan luar bandar seperti Nabawan, Telupid dan Kota Marudu.

“Kami akan memberi perhatian terhadap daerah-daerah yang sangat memerlukan khidmat tenaga pengajar,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121006/wb_03/Jumlah-guru-di-Kota-Kinabalu-sudah-cukup#ixzz28fqobnLz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s