Tiga penyelidik UTM bangun produk belajar sambil bermain

ARKIB : 06/10/2012
Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on redditMore Sharing Services
2

JOHOR BAHRU 5 Okt. – Tiga penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan satu produk yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan, dikenali Jauhari Fun Electronic Learning Board Games.

Produk yang diubah suai daripada konsep permainan Monopoly dan dibangunkan secara fasa demi fasa sejak 10 tahun lalu itu memberi penekanan terhadap sistem pembelajaran bersepadu menggunakan ketajaman fikiran dan fizikal iaitu tangan berbanding teknik menghafal.

Ketua Penyelidik yang juga Pensyarah Pusat Kejuruteraan Bioperubatan UTM, Prof. Ir. Dr. Sheikh Hussain Shaikh Salleh berkata, produk itu memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Kemahiran Hidup dan Sains.

Menurutnya, sasarannya ialah untuk kegunaan murid sekolah rendah dari tahun satu hingga enam, bertujuan memudahkan mereka memahami sesuatu subjek, belajar dalam keadaan menyeronokkan serta menyenangkan tugas guru.

“Permainan elektronik ini dapat digunakan dalam kelas yang mana setiap papan dimainkan oleh enam murid dalam satu masa, selain mengesan pelajar yang lemah menerusi skrin komputer yang dipantau guru.

“Dengan cara ini, guru dapat memberikan tumpuan kepada pelajar untuk memperbaiki tahap penguasaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pameran Seni Industri dan Teknologi (Inatex) 2012, di sini hari ini.

Permainan elektronik yang dihasilkan Kamarulafizam Ismail dan Ariffi Suraya Rahmani itu berjaya memenangi Best of the Best Award dan Pingat Emas dalam Inatex 2012, sekali gus mengalahkan 204 produk penyelidikan lain.

Beliau berkata, dengan adanya produk tersebut, guru hanya perlu merujuk kepada kad kerja dan aktiviti daripada perisian dan perkakasan yang disediakan pada set permainan itu serta memantaunya menerusi skrin yang disambungkan.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan UTM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim berkata, program yang memasuki 14 tahun penganjurannya itu sehingga kini telah berjaya mengumpul RM8 juta hasil daripada produk yang berjaya dikomersialkan.

“Kita berharap produk yang dihasilkan penyelidik tempatan mampu menembusi bukan sahaja pasaran tempatan tetapi antarabangsa,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121006/dn_18/Tiga-penyelidik-UTM-bangun-produk-belajar-sambil-bermain#ixzz28fpiBy4L
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s