Membetulkan persepsi konsep sekolah asrama

08 Oktober 2012, Isnin

SEORANG pakar akademik pendidikan, John Beamish daripada Linden Boarding Schools menyarankan agar konsep sekolah berasrama di negara ini dinilai dengan skop yang lebih luas dan berhenti mengaitkannya dengan tanggapan lapuk.

Menurutnya, gambaran tradisi yang mengaitkan sekolah berasrama dengan aktiviti buli perlu dikikis dan masyarakat perlu menilai kewujudan sekolah berasrama dari sudut positif.

”Imej sekolah berasrama yang digambarkan sebagai tempat pelajar dibuli oleh pelajar senior perlu dibetulkan kerana aktiviti ini suatu kegiatan yang tidak baik dan perlu dihapuskan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya, biarpun gejala buli sering berlaku di sekolah asrama namun keistimewaan dan kebaikan konsep sekolah berasrama tidak harus dipinggirkan malah perlu dipermoden.

”Apa yang harus dilakukan sekarang adalah kita perlu melakukan perubahan yang lebih moden terhadap sistem sekolah berasrama agar tidak lagi dilihat sebagai satu perkara tradisi.

”Hakikatnya, konsep sekolah berasrama ini banyak kebaikan berbanding keburukan jika kita melihat skop pelaksanaannya secara lebih luas,” katanya.

Malah, tegasnya, kajian turut membuktikan pelajar yang tinggal dalam persekitaran sekolah berasrama lebih berdisiplin dan berwawasan tinggi.

Selain itu, ujar beliau, konsep sekolah berasrama sering disalah ertikan dengan menganggap kemudahan itu disediakan khusus untuk membantu membaiki masalah disiplin di kalangan pelajar bermasalah.

”Hakikatnya, banyak kelebihan jika membesarkan anak-anak di sekolah berasrama selain anggapan hanya untuk memisahkan hubungan anak dan ibu bapa serta menekankan konsep memaksa pelajar mencapai keputusan peperiksaan cemerlang,” tegasnya.

Namun, kata beliau, konsep pendidikan sekolah berasrama banyak mengkhususkan kepada ‘kehidupan untuk belajar’ dalam kehidupan harian dan menjadikan pembelajaran sebagai budaya hidup.

”Sekolah berasrama membentuk kehidupan pelajar menjadi lebih baik malah mereka yang pernah mengikuti pembelajaran di sekolah asrama mengakui sanggup mengulangi pembelajaran secara sekolah berasrama,” kata beliau.

Pada perkembangan yang sama, Beamish memberitahu, pihaknya berhasrat menganjurkan persidangan pameran menggabungkan beberapa sekolah berasrama berprestij di seluruh dunia November depan di Kuala Lumpur.

Negara yang akan terlibat dalam persidangan itu ialah Kanada, Jordan, Sweden, Switzerland dan Jerman.

Antara objektif utama penganjuran termasuklah menyedarkan masyarakat umum mengenai konsep modenisasi yang perlu diterap dalam penambahbaikan konsep sekolah berasrama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121008/pe_02/Membetulkan-persepsi-konsep-sekolah-asrama#ixzz28lpkmSSA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s