Murid-murid lebih mudah fahami bahasa Inggeris

ARKIB : 11/10/2012
Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on redditMore Sharing Services
1

KUCHING 10 Okt. – Penganjuran Bengkel Membaca Tambahan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan beberapa syarikat swasta dari dalam dan luar negara baru-baru ini disambut baik oleh semua peserta yang terlibat.

Rata-rata murid-murid yang ditemui Utusan Malaysia mengakui bengkel tersebut cukup menarik dan tidak sama seperti kursus yang pernah mereka ikuti sebelum ini.

Salah seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Anau, Noranni Lindang berkata, bengkel ini banyak memberi pendedahan kepadanya tentang kesalahan tatabahasa yang sering dilakukannya.

“Jika dahulu saya tidak tahu menggunakan perkataan-perkataan past tense dan present tense ketika membuat ayat, selepas mengikuti bengkel ini baharulah saya faham.

“Kaedah pembelajaran di bengkel ini lebih menarik kerana dilakukan secara santai dan menyeluruh, malah kami diberi peluang untuk membina ayat daripada satu perkataan mengikut pemahaman masing-masing,” katanya.

Seramai 30 murid-murid dari 10 sekolah luar dan pinggir bandar di negeri ini telah mengikuti bengkel Membaca Tambahan yang diadakan dari 24 hingga 27 September lalu di bandar raya ini.

Antara syarikat korporat yang terlibat sama menjayakan bengkel tersebut adalah Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Osaka Gas Foundation for International Cultural Exchange (OGFICE).

Sementara itu, Fenny Sawing, 11, berkata, bengkel tersebut merupakan antara program pembelajaran di luar sekolah yang paling menarik pernah dia ikuti.

“Sebelum ini saya banyak menyertai aktiviti, namun semuanya agak bosan kerana tidak melibatkan kami (murid-murid) secara menyeluruh.

“Ia berbeza dengan bengkel ini apabila kami diberi peluang untuk menjelaskan sendiri setiap objek dan perkataan mengikut pemahaman kami,” katanya yang belajar di SK Bukit Mawang, Sebauh ini.

Berkongsi pendapat yang sama, Timothy Langet, 11, berkata, bengkel tersebut menyedarkannya tentang kemampuannya iaitu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

“Saya tidak sangka yang saya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan cikgu Nattalie Hammerton. Pada awalnya saya agak bimbang sekiranya dia tidak memahami apa yang saya cakap,” katanya.

Bagi murid SK Kuala Kebulu, Harun Lawrence, 11, berkata, bengkel tersebut memberi peluang kepadanya untuk menjejakkan kaki ke bandar raya ini, selain mendapat ramai kenalan baharu.

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke Kuching dan cukup teruja apabila pengisian bengkel ini turut membawa kami melawat tempat menarik seperti Pustaka Negeri.

“Banyak benda baharu yang saya peroleh daripada bengkel ini, saya harap ia dapat diteruskan lagi di masa akan datang,” katanya.

Satu-satunya murid berbangsa India yang mengikuti bengkel tersebut, Shivwanyaanan Vasudevan, 11, berkata, dia tidak berasa kekok untuk berkawan dengan murid bangsa lain.

“Kesemua mereka melayan saya dengan baik, malah kawan sebilik sepanjang bengkel ini berbangsa Bidayuh dan telah anggap dia sebagai sahabat.

“Saya sangat seronok menyertai bengkel ini kerana telah menyedarkan kami bahawa bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang sukar dan mudah dipelajari,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121011/wb_02/Murid-murid-lebih-mudah-fahami-bahasa-Inggeris#ixzz29hzmTSVl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s