Sistem dan organisasi IPGM perlu disemak semula

ARKIB : 18/10/2012
Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on redditMore Sharing Services
5

BANGI 18 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem dan organisasi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu disemak semula agar matlamat untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti dan terbaik mampu dicapai.

Timbalan Perdana Menteri berkata antara perkara yang wajar diberi perhatian adalah penambahbaikan berterusan sistem pengurusan, pentadbiran, modul latihan serta kemudahan prasarana.

“Saya telah meminta pihak atasan IPGM bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran meneliti semula perkara-perkara ini.

“Kita perlu mewujudkan satu persekitaran kerja yang kondusif dan terbaik terutama bagi warga kerja IPGM dan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada siswa pendidik,” katanya pada majlis perjumpaan bersama siswa pendidikan IPGM serta penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (Kads1m) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pada masa yang sama beliau berharap IPGM akan terus relevan dalam melatih dan melahirkan guru-guru berwibawa dan cemerlang. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121018/dn_22/Sistem-dan-organisasi-IPGM-perlu-disemak-semula#ixzz29i9r9e5j
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s