Kerajaan perlu bina sekolah pendidikan khas autistik

25 Oktober 2012, Khamis

KOTA KINABALU 24 Okt. – Kerajaan negeri diminta menubuhkan sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak autistik di negeri ini bagi membantu golongan berkenaan mendapat pendidikan yang sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, pembinaan segera perlu dilakukan memandangkan jumlah penghidap autisme semakin meningkat dengan anggaran satu daripada 600 kanak-kanak adalah pengidap autisme.

“Statistik terkini menunjukkan kira-kira 47,000 daripada jumlah penduduk negara adalah pengidap autisme.

“Jadi kita meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dapat memainkan peranan lebih aktif dalam usaha mewujudkan sekolah-sekolah khas ini termasuk di bandar-bandar kecil di Sabah,” katanya dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri Sabah ke-13 di sini hari ini.

Tegas Hamisa, kanak-kanak autisme tidak lagi boleh diberikan pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

Katanya, melalui kaedah pembelajaran yang sesuai, kanak-kanak berkenaan diyakini dapat mengembangkan minat, bakat dan kemahiran mereka seterusnya menjalani kehidupan yang baik.

“Dilaporkan golongan kanak-kanak autisme ini berkeupayaan dan lebih mudah memahami selain mampu berinteraksi dengan baik menerusi kaedah pembelajaran muzik, nyanyian dan tarian,” katanya.

Dalam pada itu beliau berharap, kerajaan turut membuka taska Orang Kurang Upaya (OKU) di kawasan bandar-bandar kecil di negeri ini.

Ujarnya, selain dapat memberikan penjagaan rapi kepada golongan ini, inisiatif itu juga dapat membantu penjaga terbabit menumpukan kepada pekerjaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121025/wb_03/Kerajaan-perlu-bina-sekolah-pendidikan-khas-autistik#ixzz2AJbarrex
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s