Pelajar mati ditumbuk

25 Oktober 2012, Khamis

ALOR GAJAH 24 Okt. – Perang mulut yang tercetus antara dua pelajar sekolah berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati akibat ditumbuk dalam pergaduhan di Perhentian Bas Pulau Sebang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, K. Saravanan, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Sebang maut selepas ditumbuk beberapa kali sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pergaduhan itu berpunca daripada perang mulut yang berlaku awal pagi ini ketika kedua-dua mereka menaiki bas untuk ke sekolah.

“Dua suspek yang juga berusia 14 tahun merupakan pelajar di SMK Sultan Mansor Shah yang terletak bersebelahan sekolah mangsa.

“Perang mulut itu bagaimanapun berlarutan sehingga tamat waktu sekolah apabila ketiga-tiga pelajar terbabit menunggu bas di tingkat satu perhentian bas itu.

“Berlaku pertelingkahan dan cabar mencabar antara satu sama lain dan ketika itu mangsa ditumbuk oleh suspek pertama sebelum seorang lagi suspek turut melakukan perbuatan serupa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini lewat petang ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121025/je_07/Pelajar-mati-ditumbuk#ixzz2AJan9qfr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s