Kursus kurikulum baharu Bahasa Arab

ARKIB : 29 Oktober 2012, Isnin

Mulai tahun depan, murid tahun tiga akan mengikuti kurikulum baharu untuk mata pelajaran Bahasa Arab justeru guru perlu diberi pendedahan tentang perubahan tersebut.

Menurut Penolong Pengarah j-QAF Sektor Pendidikan Islam Melaka, Ustaz Norhisham Miswan, bagi melengkapi pengetahu guru subjek Bahasa Arab dengan perubahan itu maka satu kursus yang memberi pendedahan tentang kurikulum baharu itu diadakan di Alor Gajah, baru-baru ini.

“Melalui kursus itu, guru juga diajar dengan teknik pengajaran terkini bersesuaian dengan kurikulum baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Semua guru Bahasa Arab di daerah Alor Gajah mengikuti kursus khas kurikulum baharu subjek itu yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Melaka dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah.

Kursus pendedahan itu disampaikan oleh Jurulatih Utama j-QAF Melaka yang mahir dan berkebolehan dalam kurikulum baharu tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_05/Kursus-kurikulum-baharu-Bahasa-Arab#ixzz2AkVVbKD0
© Utusan Melayu (M) Bhd