Jaga hal ehwal kebajikan pesara guru

18 November 2012, Ahad

KUALA TERENGGANU 17 Nov. – Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) meminta kerajaan menubuhkan sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan para pesara guru dan keluarga mereka.

Presidennya, Datuk Jemale Paiman berkata, pendekatan seumpama itu boleh memayungi nasib mereka kelak dan langkah itu sebagai penghargaan kepada guru yang turut memikul tanggungjawab besar berjuang bagi mencorakkan masa depan bangsa dan negara.

“Dalam soal itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera boleh dijadikan contoh dan rujukan. Lembaga Tabung Kebajikan Guru ini kelak ditadbir urus oleh Kementerian Pelajaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Sambutan Jubli Emas KKGLMSM di sini hari ini.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu resolusi 12 perkara tentang isu-isu semasa pendidikan dalam persidangan sempena program sambutan untuk diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, kerajaan diminta menubuhkan Bank Guru sebagai sebuah bank perdagangan bagi memberikan perkhidmatan kepada 430,000 orang warga pendidik dan 5.5 juta pelajar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121118/dn_14/Jaga-hal-ehwal-kebajikan-pesara-guru#ixzz2CjbJW9ja
© Utusan Melayu (M) Bhd