Cerdik terbitkan buku rujukan terbaik

PELBAGAI buku latihan dan panduan peperiksaan mudah diperolehi di mana-mana kedai buku di pasaran sedia ada namun hakikatnya tidak semua yang berkualiti serta mampu memenuhi kehendak pelanggan khususnya pelajar.

Menyedari keperluan dan dalam usaha mengatasi kekurangan buku rujukan peperiksaan sedia ada, syarikat penerbitan Cerdik Publications Sdn. Bhd., memperkenalkan Siri Koleksi Kertas Percubaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pengarah Urusan Cerdik Publications, Rozida Ismail berkata, ia dihasilkan dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan bermula tahun lalu.

Menurutnya, Cerdik Publications yang berusia 20 tahun merupakan satu-satunya syarikat penerbitan bumiputera yang memperolehi hak eksklusif menerbitkan buku tersebut.

Kata beliau, usaha pihaknya itu sekali gus menjadikan Cerdik Publications berbeza berbanding dengan syarikat penerbitan lain.

“Ini kerana, sebelum ini hak eksklusif menerbitkan kertas soalan percubaan PMR dan SPM hanya diberi kepada Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan.

“Setelah bekerjasama dengan pihak berkenaan maka Cerdik berpeluang menerbitkan buku soalan SBP seiring dengan hasrat kita menjadi peneraju pengeluar kertas peperiksaan di Malaysia” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kata beliau, buku Siri Koleksi Kertas Percubaan SBP yang dijual pada harga RM6.90 hingga RM17.90 mengikut ketebalan itu mengandungi set soalan semua mata pelajaran bermula tahun 2005 hingga 2012 serta terbahagi beberapa bahagian termasuk teknik menjawab soalan mengikut kehendak pemeriksa.

“Melalui usaha ini, pelajar yang bersekolah biasa berpeluang berkongsi maklumat mengenai soalan ramalan peperiksaan yang sebelum ini hanya diperolehi dalam kalangan pelajar atau guru SBP sahaja.

“Antara kelainan buku ini juga, kebiasaannya soalan peperiksaan SBP lebih sukar berbanding sekolah biasa maka jika pelajar sekolah biasa dapat menjawab dan menguasai soalan SBP maka pelajar itu tidak mempunyai masalah menjawab peperiksaan,” katanya.

Pada masa yang sama, menurut Rozida, seiring dengan keperluan semasa, Cerdik Publications berhasrat melebarkan operasi pasaran ke luar negara khususnya di Asia Tenggara seiring dengan moto syarikat Learn The Smarter Way.

Katanya, dalam usaha memudahkan pelajar dan ibu bapa luar bandar mendapatkan kemudahan buku rujukan dan bahan bacaan, pihaknya dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir, Negeri Sembilan menganjurkan Pesta Buku di Batu Kikir bermula 13 hingga 17 April.

“Kita sengaja memilih lokasi pameran buku di kawasan luar bandar kerana kita mahu ibu bapa dan pelajar mudah mendapatkan buku rujukan dan bahan pembelajaran yang kebanyakannya hanya dijual di bandar besar,” katanya sambil menambah penganjuran Pesta Buku Cerdik turut disertai syarikat penerbitan lain dan artis tempatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130415/pe_02/Cerdik-terbitkan-buku-rujukan-terbaik#ixzz2QUDpuIJD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s