Sekolah K9 diperluaskan tangani keciciran – TPM

BELURAN 18 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Program Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) akan diperluas di beberapa buah sekolah terpilih bagi menangani masalah keciciran murid dari peringkat rendah hingga ke menengah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pihaknya akan menumpukan kepada penyediaan infrastruktur asas seperti kemudahan asrama khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Katanya, turut diberi tumpuan ialah keperluan rumah guru yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini sehingga 2015.

“Fasa pertama melibatkan enam buah sekolah terpilih di pedalaman Sabah manakala tiga buah sekolah lagi di pedalaman Sarawak. Fasa kedua tahun depan pula melibatkan dua buah sekolah lagi di Sarawak dan lima buah sekolah di Sabah.

“Setahun selepas itu, dalam fasa ketiga, melibatkan sebuah sekolah di Sarawak dan tiga di Sabah,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pendekatan memperluas sekolah K9 itu bagi memastikan murid-murid mendapat kemudahan di sekolah sama tanpa perlu ke sekolah lain.

Jelas beliau, murid-murid juga akan diberi kemudahan dan pendidikan setanding dengan sekolah di bandar melibatkan pelajar dari tahun satu sehingga tingkatan tiga.

“Pendekatan itu bagi memastikan mereka sekurang-kurangnya dapat menamatkan pelajaran di tingkatan tiga sebelum ke sekolah lain di kawasan bandar.

“Program sekolah K9 telah dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2, Paloh Hinai, Pahang dan SK Long Bedian, Baram, Sarawak,” katanya.

Tambah beliau, program itu berjaya menggalakkan murid ke sekolah seperti dapat dilihat menerusi peningkatan sebanyak 97 peratus ketika ini berbanding 70 peratus sebelum ini.

Katanya, hasil kejayaan itu juga kementerian telah mengenal pasti sekolah seperti SK Pekan Pensiangan, Nabawan, SK Bawang, Beluran dan SK Long Lamei, Baram di Sarawak untuk dinaik taraf sebagai sekolah K9 yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada sesi persekolahan tahun depan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130419/dn_03/Sekolah-K9-diperluaskan-tangani-keciciran—TPM#ixzz2QrX6yT00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s