Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012

Program Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) berjaya melahirkan 803 pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan 2012.

Pengerusinya, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, kejayaan itu tidak akan dikecapi tanpa kerjasama daripada guru dan ibu bapa pelajar terlibat.

“Program sekolah angkat ini berjaya melalui resipi resolusi segi tiga pendidikan yang menggabungkan kerjasama antara guru, pelajar serta ibu bapa mereka,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang YTP di sini hari ini.

YPT merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bertujuan menaik taraf pendidikan pelajar di bawah naungan kawasan Parlimen Titiwangsa.

Menurut Astaman, program yang ditubuhkan ketika beliau masih lagi memegang jawatan ahli Parlimen Titiwangsa itu tetap diteruskan bagi mencipta lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sufa’at Tumin berkata, usaha YTP jelas memenuhi aspirasi kementerian untuk melahirkan modal insan cemerlang dan mampu berjaya dalam situasi yang semakin mencabar kini.

“Kementerian amat berbangga dengan usaha ditunjukkan YPT dan gembira melihat kerjasama yang cukup baik oleh pelbagai pihak, sekali gus merupakan kekuatan program tersebut.

“Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM3.8 bilion untuk membiayai kos pendidikan di negara ini dan program seperti itu membantu pihak kementerian merealisasikan pelan pembangunan yang telah dirancang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah YTP yang juga calon Barisan Nasional untuk Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, beliau akan bersama-sama merancang program baharu yang akan memberikan manfaat kepada pelajar dan penduduk di kawasan tersebut.

“Saya menyokong penuh apa dilakukan oleh yayasan dan merancang untuk memberikan bantuan seperti komputer serta alat bantuan pendidikan kepada pelajar miskin yang cemerlang dalam pelajaran mereka,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130503/pe_01/Sekolah-Angkat-YPT-lahir-803-pelajar-cemerlang-2012#ixzz2STTvPAr0
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s