Hari Guru disambut meriah

KUALA LUMPUR 16 Mei – Sambutan Hari Guru bertemakan ‘Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda’ yang diraikan hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa, disambut secara sederhana namun meriah.

Tinjauan Bernama di beberapa sekolah sekitar ibu kota mendapati ada sekolah menunda sambutan Hari Guru kerana pelajar sedang menduduki peperiksaan namun ada juga yang meraikan sambutan itu hari ini.

Antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Kwok, Jalan Raja Laut yang akan menyambutnya pada 23 Mei kerana mahu pelajar memberi tumpuan kepada peperiksaan pertengahan tahun yang sedang diadakan.

Di Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan (SPKCP) Jalan Batu di sini, sambutan Hari Guru meriah dengan hilai tawa serta nyanyian lagu ‘Terima Kasih Cikgu’ oleh 38 pelajarnya diketuai adik Nurul Khairinna Ramlan, 8.

Pengetua SPKCP, Ahmad Baki Musli memberitahu, kekurangan deria penglihatan bukanlah penghalang pelajarnya turut serta dalam acara tahunan itu, namun mereka lebih bersemangat dan persediaan dilakukan lebih awal.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Appar, Jalan Raja Laut pula menyambutnya selepas waktu rehat kerana 107 pelajarnya menduduki peperiksaan pertengahan tahun di sebelah pagi.

Sambutan bermula 11 pagi dengan pelajar berhimpun di pekarangan sekolah dan menyanyikan lagu Negaraku diikuti ucapan pengetua, K. K. Peramah dan bacaan amanat Menteri Pelajaran oleh pengetua.

“Semua pelajar dan guru serta ibu bapa bekerjasama menjayakan majlis hari ini dan walaupun mereka sedang menduduki peperiksaan, sambutan tetap meriah,” katanya.

Di GEORGETOWN, tokoh guru swasta Pulau Pinang, A. Valliammal berkata, guru sekolah pendidikan khas perlu mengamalkan sikap kerja berpasukan dan sentiasa bertukar idea antara satu sama lain bagi mencari kaedah pembelajaran untuk mendidik pelajar istimewa.

“Cabaran mendidik pelajar istimewa berbeza dengan mengajar di sekolah biasa kerana itu sokongan dan bantuan daripada rakan tenaga pengajar lain amat perlu untuk meningkatkan motivasi diri dan barulah kita sentiasa bersemangat untuk bekerja,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Sukan ke-46 Sekolah Spastik Pulau Pinang di sini hari ini.

Valliammal, 65, berkhidmat di sekolah itu sejak 1975 berkata, guru juga perlu sentiasa kreatif meneroka teknik pengajaran baharu selari dengan senario pendidikan sekarang yang turut dipengaruhi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130517/pe_03/Hari-Guru-disambut-meriah#ixzz2TVDoPq5K
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s